Tuesday, May 11, 2010

Edisi Gramedia Jakarta & Edisi PTS Kuala Lumpur

Apabila PTS melesenkan judul-judul terbitannya kepada penerbit di Indonesia, lazimnya desain kulit buku PTS tidak digunakan semula di Jakarta disebabkan mereka berasa citarasa pembeli buku di negara itu tidak menyukai desain Kuala Lumpur. Justeru mereka melukis cover baru sama sekali.

Kecuali buku di atas  -  di mana desain PTS digunakan semula di Jakarta, dengan penyesuaian semula yang minimal. Ada 2 penyesuaian yang dilakukan.

Pertama, ejaan "biskut" yang menjadi "biskuit".  (Ejaan "biskuit" itu sebenarnya "lebih betul" berdasarkan garis panduan mengeja kata-kata pinjaman Inggeris yang disepakati oleh Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia-Brunei.) Kedua, warna yang sedikit berbeza.

Apabila cover PTS sesuai untuk pasaran Indonesia, faktor ini membantu mengurangkan kos produksi yang dikeluarkan oleh penerbit Indonesia. Ia juga membantu mempercepatkan proses penerbitannya.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan cover di atas sesuai untuk pasaran Malaysia dan Indonesia. Cover itu tidak menggunakan:

(i) Wajah kanak-kanak: Lazimnya rupa kanak-kanak Malaysia berlainan sedikit daripada rupa kanak-kanak Indonesia. Pakaian kanak-kanak Malaysia juga sedikit berbeza.

(ii) Pemandangan alam dan artifak: Lazimnya pemandangan alam, bentuk arkitektur rumah, dan artifak hiasan dalam rumah di Malaysia berbeza daripada yang di Indonesia.

(iii) Nama-nama timangan kanak-kanak Malaysia juga berbeza daripada nama-nama di Indonesia.

Bagi buku-buku yang ditargetkan untuk dilesenkan ke Jakarta, sebaiknya faktor desain cover juga diberikan perhatian. Ia memberikan nilai tambahan kepada judul itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: AHAD 16 Mei 2010: Chef Zul & Chef Dzul di Subang Parade Previous entry: Buku Baik Belum Tentu Laku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/11  at  07:37 PM

Assalamualaikum Puan,
Bagaimana dengan bayaran untuk pelukis desain cover? Adakah pelukis mendapat bayaran (lagi) untuk versi Jakarta?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: