Sunday, February 20, 2011

Faktor Kejayaan Novel Remaja Sehingga Dapat Menyaingi Novel Cinta Popular

Dunia sastera remaja tanah air belum pernah menyaksikan kemeriahan sebagaimana yang sedang berlaku saat ini. Begitu banyak karya novel remaja diterbitkan. Demikian pula begitu banyaknya nama-nama penulis novel remaja yang baru muncul.

Risikan pasaran yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di jabatan jualan PTS mendapati ada tanda-tanda bahawa saiz pasaran novel remaja sudah mengatasi saiz pasaran novel cinta popular.

Malah, maklumat dari petugas di kedai-kedai buku mengatakan jualan novel-novel remaja sudah mencuri sebahagian pasaran novel cinta popular, di mana pada suatu masa dahulu, sebelum novel remaja banyak diterbitkan, remaja perempuan membeli dan membaca novel-novel cinta popular, tetapi pada masa ini trend itu menurun dengan ketara sekali. Remaja perempuan yang masuk ke kedai buku terus menuju rak novel remaja!

Faktor utama yang membolehkan sektor novel remaja berkembang pesat adalah kreativiti penulis-penulisnya yang tidak putus-putus menghasilkan cerita-cerita yang tidak klise.

Ini berbeza dengan penulis novel cinta popular yang seperti tidak berjaya mencipta inovasi sehingga angka jualannya merosot.

Pada masa ini jumlah cetakan pertama novel remaja semakin meningkat, tetapi yang sebaliknya pula sedang berlaku ke atas novel cinta popular.

Unsur paling penting yang menyebabkan remaja gila-gila membaca novel remaja adalah disebabkan novel-novel itu mempunyai banyak unsur 'excitement' dan 'exciting' pada jalan ceritanya. Unsur excitement itulah menyebabkan remaja mengalami pelbagai jenis perasaan yang dikaitkan dengan emosi seronok yang dapat mereka kongsikan dengan rakan-rakan sebaya.

Di sinilah perbezaan yang paling ketara antara novel remaja dengan novel cinta popular. Manakala novel remaja mencetuskan perasaan excitement, novel cinta popular, termasuklah novel cinta Islami, masih terus dengan jalan cerita dan gaya bahasa yang memain-mainkan dan membuai-buai emosi pembacanya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: PTS Netmedia Sdn. Bhd. Mula Menerbitkan Buku

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.