Saturday, September 18, 2010

Istilah-Istilah dan Konsep-Konsep Asas dalam Bidang Penerbitan Buku Kanak-Kanak dan Remaja

Dalam industri penerbitan buku kanak-kanak dan remaja, terdapat banyak istilah.

Yang paling selalu digunakan adalah 'YA books'. 'YA' adalah singkatan pagi 'young adults'.

Buku-buku 'early readers' adalah buku untuk bacaan kanak-kanak yang baru mulai pandai membaca sendiri. Buku-buku kategori ini mempunyai banyak ilustrasi dan sedikit teks, serta tidak mempunyai bab-bab (chapters).

Penulisan buku dalam kategori 'early readers' adalah berdasarkan 'controlled vocabulary', yakni kosa kata yang terancang. Lazimnya buku-buku 'early readers' juga ditulis supaya sesuai apabila dibacakan oleh guru ataupun ibu kepada kanak-kanak.

Satu lagi istilah yang banyak digunakan adalah 'chapter books' iaitu buku-buku antara kategori 'early readers' dan 'true novels'.

Buku-buku 'chapter books' adalah jambatan antara buku-buku 'early readers' dan 'true novels'. Buku-buku 'chapter books' sudah dapat dibaca oleh kanak-kanak pada tahun 2 sekolah rendah.

Buku-buku 'chapter books' bagi bacaan kanak-kanak tahun 2 masih mempunyai ilustrasi tetapi jumlah halamannya tidak lebih daripada 64 halaman sahaja.

Buku-buku 'chapter books' yang digolongkan sebagai 'middle grade novels' untuk kanak-kanak boleh sehingga 200 halaman. Justeru buku-buku dalam kategori ini tidak terlalu mudah dan tidak terlalu kompleks. 

Buku-buku 'chapter books' boleh terdiri daripada buku-buku fiksyen dan bukan-fiksyen.

Berikut adalah panduan sub-kategori 'chapter books':

Berikut adalah panduan sub-kategori 'chapter books':

* Easy readers yang mempunyai bab, juga disebut 'early chapter books': 48 hingga 64 halaman (6 - 8 tahun)
* Young middle-grade: 48 hingga 80 halaman, lebih tebal bagi buku bukan-fiksyen (7 - 9 tahun)
* True middle-grade: 80 hingga 160 pages, ataupun lebih (8 - 12 tahun)
* Older middle-grade ataupun transisi: 128 hingga 200 halaman, ataupun lebih (10 - 14 tahun)
* Young adult atau YA: hingga 300 halaman (12 tahun ke atas)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Cerita Kanak-Kanak bukan Sastera Kanak-Kanak Previous entry: Buku Kanak-Kanak: Buku Bergambar
Saifuddin Awang  on  09/21  at  08:37 AM

Salam Puan Ainon dan warga PTS.Semoga semuanya dalam lindungan rahmat Allah.

Ada tak sesiapa dari PTS akan pergi ke Frankfurt Book Fair 2010?. Pameran ini adalah satu pameran yang “MESTI” dihadiri oleh sesiapa yang berminat untuk mendapatkan idea mengenai buku illustrasi kanak-kanak dan buku “fantasi” kanak-kanak.

Saifuddin Awang.
Kemaman.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.