PTS Komited Membuka Laut Biru Pasaran Buku Terjemahan
Tuan Muhammad Aizat Abbdul Razak, pengurus PTS Professional Sdn. Bhd. memberitahu bahawa anak syarikat PTS itu yakin pasaran buku-buku terjemahan daripada bahasa Inggeris mempunyai potensi yang bagus dan berbaloi diterokai.
Sehingga kini TimPTS-Pro sudah berjaya menerbitkan 10 judul buku terjemahan daripada bahasa Inggeris:
1. The 21 Indispensable Qualities of A Leader - John C Maxwell
2. The Psychology of Selling - Brian Tracy
3. The Art of Closing Sales - Brian Tracy
4. Law of Attraction – Michael J. Losier
5. The Effective Executive – Peter F. Drucker
6. 360 Degree Leader – John C. Maxwell
7. Kotler on Marketing – Philip Kotler
8. How To Win Friends and Influence Other People - Dale Carnegie
9. Law of Connection - Micheal J Losier
10. The Magic of Thinking Big - David J. Schwartz
Bagi bulan Mei akan datang ini 2 judul akan terbit:
1. The Leader in Me - Stephen Covey (akan terbit - Mei)
2. Great Work, Great Career - Stephen Covey (akan terbit - Mei).
Menurut Tuan Aizat, PTS-Pro mempunyai pasukan penterjemahnya sendiri yang terdiri daripada mereka yang mencapai status penterjemah Gred A, berdasarkan kayu ukur penilaian yang digunakan oleh PTS sahaja.
Pasukan penterjemah itu terdiri daripada penterjemah profesional, yakni mereka memiliki ijazah, memiliki diploma penterjemahan, serta lulus ujian kelayakan yang dikendalikan oleh PTS sendiri.
PTS mengenakan syarat kelayakan yang sangat ketat apabila memilih anggota pasukan penterjemahnya disebabkan kualiti terjemahan adalah faktor paling kritikal yang menentukan sama ada buku terjemahan itu laku ataupun tidak laku.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Salam Puan Ainon..
Memandangkan kebanyakan buku-buku terjemahan ini mempunyai isi kandungan yang tebal, saya mencadangkan supaya kulit atau cover buku-buku ini menggunakan kertas yang lebih tebal walaupun ianya soft cover.
Contoh, buku “The Magic of Thinking Big” yang ada di depan saya sekarang hanya menggunakan kertas Artcard 230 gsm (?). Saya cadangkan kertas sekitar 300-350 gsm digunakan supaya ianya lebih lasak dan lebih ‘solid’. Kos tambahan mungkin hanya sekitar 20 sen untuk sebuah buku, tetapi imej buku-buku PTS akan berharga lebih dari itu.
Ketebalan kertas untuk cover sepatutnya bergantung kepada jumlah isi kandungan buku berkenaan. Jika buku hanya sekitar 100-200 muka surat, kulit 200 gsm mungkin boleh digunakan. Tetapi jika isinya melebihi 300 muka surat, kulit yang tebal 300-350 gsm mesti digunakan. Saya pernah terlibat dalam urusan percetakan buku-buku untuk pasaran antarabangsa dan inilah peraturan yang kami gunakan dan dikehendaki oleh pelanggan kami.
Mohon dipertimbangkan.
Saifuddin.
Post a comment