Tuesday, January 25, 2011

PTS akan Melancarkan Tahun Kempen Apresiasi Karya SN A Samad Said

Jabatan Marketing PTS akan menjadikan tahun 2011 ini sebagai 'Tahun Apresiasi Karya SN A Samad Said'.

Pengurus Besar jabatan editorial PTS, Tn. Fauzul Naim Ishak, memberitahu persediaan bagi tujuan itu sedang giat dijalankan saat ini.

Persediaan yang pertama adalah menerbitkan siri 5 buah karya sastera remaja oleh Sasterawan Negara itu. Pada saat ini 2 buah sudah terbit dan berada dalam pasaran. Tiga buah lagi sedang dalam proses produksi.

Siri novel remaja SN A Samad Said dijual pada harga patut supaya para remaja mampu membelinya dengan menggunakan wang saku sekolah mereka.

Satu lagi karya beliau yang sedang dalam proses penerbitan semula adalah novel Salina.

Pada tahun 2011 ini genaplah 50 tahun usia novel Salina semenjak ia pertama kali diterbitkan.

Kempen ini akan dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) pada bulan April 2011 di Putra Trade World Centre (PWTC).

Sepanjang tahun 2011 SN Dato' A Samad Said akan menjalankan aktiviti apresiasi sastera di sekolah-sekolah.

NOTA: Pada tahun 2010 PTS berjaya mendapatkan lesen penerbitan bagi semua 60 karya SN Dato' A Samad Said untuk pasaran Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis Novel: Elakkan Tema Basi Isu Semasa dalam Media Previous entry: Delegasi PTS ke Pesta Buku Kaherah

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.