Saturday, October 23, 2010

Sastera Remaja: Apa Itu Genre ‘Young Adults’

Di Eropah dan Amerika, istilah 'young adults' (YA) digunakan oleh perpustakaan dan penerbit buku bagi merujuk kepada remaja belasan tahun, atau 'teen'.

Pada suatu masa dahulu, buku-buku untuk bacaan remaja belasan tahun dikategorikan sama dalam kelompok 'remaja' ataupun 'kanak-kanak'. Hanya sekarang buku-buku mereka diasingkan sebagai genre tersendiri.

Dalam dunia sastera Inggeris, trend mengasingkan pembaca teen bermula semenjak tahun 1960-an apabila novelis seperti S. E. Hinton, Walter Dean Myers, dan Judy Blume mula menulis novel-novel yang 'challenging' untuk bacaan remaja. Semenjak itulah konsep buku YA tercipta.

Ciri utama genre YA adalah di mana penulis menulis novel-novel yang secara langsung menyorot, menganalisis dan memahami dunia remaja belasan tahun dari sudut pandang remaja itu sendiri.

YA berbeza dengan novel yang ditulis oleh orang dewasa, ditujukan kepada remaja, tetapi menggunakan sudut pandang orang dewasa, yang tujuannya adalah mengajar-ngajar remaja, dengan cara memaksakan ke atas remaja supaya mereka memandang dunia dan berfikir macam orang dewasa.

Dalam sastera Melayu, PTS adalah pelopor dalam usaha membangunkan pasaran Laut Biru bagi novel-novel YA, apabila PTS mula-mula memperkenalkan karya novelis Faizal Dzasrik dan kemudian Bahruddin Bekri.

Pada masa ini PTS menerbitkan minimum 2 judul YA setiap bulan dalam siri "Syok!"

Disebabkan genre YA masih sangat baru dalam sastera Melayu, perbincangan berkenaan genre ini belum dilakukan, malah konsepnya pun belum difahami dengan baik oleh penulis, editor dan pengkritik.

Beberapa ciri terdapat pada karya YA yang berada dalam pasaran saat ini:

(i) Ciri 'challenging' pada karya yang sudah terbit itu masih belum mantap.

(ii) Penerbit dan pengarang lebih cenderung melebihkan unsur hiburan santai dalam karya mereka.

(iii) Penggunaan alat-kerja sastera (literary devices) oleh pengarangnya masih belum cukup.

Genre YA adalah sub-kategori dalam karya genre sastera. Ciri inilah yang membolehkan genre YA dibaca serta dinikmati keindahannya baik oleh pembaca remaja mahupun pembaca dewasa. Genre YA juga dapat dinilai dan dikritik menggunakan teori-teori sastera.

YA yang bernilai sastera mempunyai potensi kekal lama dalam pasaran. Ini yang berlaku dengan novel The Catcher In the Rye oleh JD Salinger, yang terbit pada tahun 1951, sudah diterjemahkan ke dalam 70 bahasa, dan sehingga sekarang masih terjual.

NOTA: Istilah Melayu bagi 'young adults' YA adalah 'dewasa muda' (DM)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Iklan! Ain Maisarah Menawarkan kepada Pelukis Komik-M Peluang Promosi Previous entry: Tip Survival Penulis: Hak Pengarang
harrist  on  03/23  at  12:11 PM

konsep yang bagus nih, semoga aja orang orang melayu mencontoh ide ini, tapi tentu saja namanya harus beda :D biar gak tuduh menjiplak :D

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.