Wednesday, July 13, 2011

Strategi Menjadi Penulis Bayang-Bayang Star Antarabangsa

Salah satu cara menjadi penulis yang juga trainer yang mempunyai brand sendiri adalah dengan menjadi bayang-bayang, atau shadow, kepada nama-nama penulis yang sudah menjadi brand antarabangsa.

Sebagai contoh, nama 'Trump' sudah menjadi brand yang terkenal pada peringkat antarabangsa. Di Malaysia nama beliau juga sudah terkenal di kalangan golongan profesional apabila siri televisyen beliau diterbitkan.

Tip memilih penulis Star yang akan di-shadow:

(i) Nama Star itu sangat dikenali oleh pelanggan kita

(ii) Buku-buku Star itu sangat laku di Malaysia

(iii) Banyak pihak memerlukan maklumat dalam buku-bukunya

(iv) Buku-buku Star itu sudah ada dalam Bahasa Melayu

(v) Isi kandungan buku-bukunya mudah dijadikan modul training

Dari sudut sumber pendapatan, penulis buku mempunyai banyak persamaan dengan penyanyi. Penulis mempunyai buku, manakala penyanyi mempunyai album. 

Penyanyi muncul dalam show dan roadshow dan pendapatan daripada show dan roadshow mungkin jauh lebih tinggi dari jualan albumnya.

Penulis juga boleh muncul dalam show dan roadshow dalam bentuk menyampaikan ceramah, bengkel dan kursus.

Sebagaimana keadaannya dengan penyanyi, pendapatan penulis dari roadshow juga berpotensi jauh lebih tinggi daripada jualan album. Namun, itu memerlukan si penulis dilihat sebagai seorang 'pakar bidang', bukan setakat seorang 'penulis buku'.

Apabila membaca buku, ada 2 nilai yang penting yang dicari oleh pembaca:

(1) Nilai Kefahaman

Dengan membaca buku kita itu, pembaca sudah faham siapa Trump, apa kekayaan Trump, apa yang Trump lakukan dll.

(2) Nilai Tahu

Dengan membaca buku kita itu pembaca tahu apa yang dirinya perlu lakukan supaya dia dapat amalkan tip-tip Trump. Ini dapat dilakukan apabila kita berikan contoh-contoh tempatan. Kalau setakat contoh Trump di US, pembaca cuma faham, tetapi dia masih tidak tahu apa dia patut buat bagi menjadi seperti Trump.

Hanya apabila penulis dapat mengemukakan contoh-contoh tempatan, baru kita dipersepsi sebagai 'pakar' yang sudah menjalankan kajian tempatan. Jadi, nama si penulis menjadi lebih tinggi daripada brand 'Trump' oleh sebab si penulis mengetahui serba-serbi tentangTrump dan beliau juga mengetahui situasi tempatan.

Selagi penulis cuma menerangkan apa-apa-yang-Trump, beliau akan dipersepsi sebagai 'pengagum Trump'. Jadi, Trump dipersepsi sebagai Manusia Besar, manakala si penulis dipersepsi sebagai Manusia Kecil berbanding Trump.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komik-M Masuk Kedai-Kedai Runcit Previous entry: TOP 200 Penulis Penerima Royalti Tertinggi di PTS bagi Jualan Tahun 2010
ahmadyani  on  07/14  at  01:05 PM

Mungkin ini sebabnya ada sebahagian usahawan kita ‘rosak’ kerana mereka meniru bulat-bulat cara usahawan barat tanpa menyulamnya dengan agama dan budaya tempatan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.