Sunday, November 21, 2010

Tip Survival Penerbit Fiksyen: Laut Biru Novel Fantasi

Dalam bisnes penerbitan buku fiksyen, semua kategori fiksyen mempunyai peminatnya sendiri. Jadi, secara teorinya semua jenis fiksyen dapat dijual kepada peminatnya.

Namun, buku adalah produk konsumer. Jadi, sebagaimana produk-produk konsumer lain, bukan semua produk laku dijual.

Ambil sebagai contoh kes kategori fiksyen fantasi. Kategori ini adalah Laut Biru yang mempunyai potensi baik. Sebagai buktinya adalah kejayaan luar biasa novel-novel Ramlee Awang Murshid (RAM) dalam pasaran.

Kelab peminat beliau (RMFC) mempunyai lebih 7 ribu fans. Klik di sini. Jumlah peminat setia beliau adalah jauh lebih besar kerana bukan semua peminat beliau mempunyai akses internet. Di kalangan mereka yang mempunyai internet pula, bukan semua menjadi ahli kelab RMFC.

Ini menjadikan Ramlee Awang Murshid lelaki penulis fiksyen paling ngetop saat ini. Tiap-tiap tahun nilai jualan novel-novel beliau mencecah jutaan ringgit.

Dalam bidang seni, seseorang itu meminati 'genre'. Ertinya, mereka akan membeli dan membaca produk-produk dalam genre yang sama.

Peminat Ramlee Awang Murshid adalah lombong duit yang besar.  Peminat RAM berpotensi meminati novel-novel fantasi hasil karya penulis lain.

RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.

Bak kata pepatah, Ramlee Awang Murshid telah membukakan hutan, kini penulis-penulis lain dapatlah berkebun. Isunya sekarang adalah bagaimana mahu menjual novel-novel fantasi kepada peminat-peminat RAM.

Novel-novel RAM yang paling laris mempunyai ciri-cirinya. Ini bermakna, ciri-ciri itulah yang diminati oleh peminat-peminat beliau.

Bagi penulis fiksyen yang mahu menjual karyanya kepada peminat RAM, langkah pertama adalah membaca dan membedah novel-novel terlaris RAM.

PTS berminat meneroka potensi pasaran genre fantasi Melayu dengan efektif. Tetapi PTS tidak boleh menawarkan produk-produk yang amat serupa dengan karya-karya RAM. PTS mesti menawarkan genre yang sama tetapi dengan USPnya (unique selling point) sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis: Ciri-Ciri Novel Fantasi Yang Tidak Laku Previous entry: AHAD 5.12.10: Kursus Menulis Buku Menggunakan KJ Method

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.