Thursday, July 21, 2011

Tip Survival Penerbit: Plus Minus Menerbitkan Buku Agama Murah

Buku-buku agama boleh diterbitkan sebagai buku yang dijual dengan harga amat murah ataupun harga sangat mahal.

Jadi, ada buku agama yang dapat dijual dengan harga RM3 ataupun RM4 ringgit, manakala ada buku agama dapat dijual dengan harga lebih RM100.

Kedai-kedai buku besar tidak mahu menjual buku-buku murah kerana beberapa faktor:

(i) Kos pengurusan bagi setiap unit buku murah adalah sama sahaja dengan kos pengurusan buku mahal

(ii) Disebabkan kedai mengambil diskaun daripada harga jualan, maka margin keuntungan buku murah sangat nipis

Dua faktor itu menyebabkan menjual buku-buku murah tidak menguntungkan.

Satu lagi faktor mengapa kedai buku elit tidak suka menjual buku-buku murah adalah disebabkan pelanggan mereka terdiri daripada kelas menengah yang mempunyai pendapatan tinggi, oleh itu mereka mampu membeli buku-buku yang lebih tebal dan lebih tinggi harganya.

Inilah faktor mengapa buku-buku agama yang murah hanya dijual di saluran pasar malam dan kedai-kedai buku kecil.

Buku-buku murah diterbitkan oleh penerbit buku agama tradisional. Mereka menjual buku-buku itu secara tunai kepada peruncit.

PTS meneroka pasaran buku murah sebagai salah satu strategi memperkenalkan buku-buku PTS kepada kedai-kedai indie, terutamanya di pekan-pekan kecil. Meskipun marginnya amat nipis, tetapi bagi PTS isu yang lebih penting adalah memperkenal brand PTS kepada mereka. Diharapkan, kedai-kedai kecil itu lama-kelamaan akan berminat menjual buku-buku PTS yang lebih tebal dan lebih mahal harganya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Buku Motivasi dan Peranan Penerbit Membantu Bisnes Kedai Buku Previous entry: PTS Memperkenalkan Karya Sasterawan Negara kepada Bangsanya Sendiri
ahmadyani  on  07/22  at  09:43 AM

Ada masanya seorang usahawan itu perlu melakukan sesuatu yang tidak memberi untung. Apa yang penting perkara yang dibuat itu dapat mengenalkan pelanggan kepada jenama dan perniagaan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.