Tuesday, December 14, 2010

Tip Survival Penerbit: Strategi Kuih Tempah Lebih Efektif

Salah satu strategi penerbitan yang digunakan oleh PTS adalah apa yang disebut 'strategi kuih tempah'. Maksudnya, PTS memberitahu kepada penulis-penulisnya judul-judul yang dimahukan oleh PTS, lalu mereka menuliskan buku-bukunya.

Strategi bisnes PTS ini adalah budaya kerja yang baru diperkenalkan kepada penulis-penulis di Malaysia. Ia bersifat sangat komersial dan dari satu sudut ia mirip cara kerja kilang pengeluaran.

Matlamat strategi kuih tempah adalah bagi mengurangkan risiko PTS menerbitkan buku yang sukar dijual dalam pasaran terbuka. Strategi ini menghendaki para penulis menghantarkan kepada editor sinopsis buku yang mereka ingin menulisnya, kemudian tunggu sehingga diluluskan, barulah buku itu ditulis.

PTS mengadakan kursus-kursus penulisan untuk calon-calon penulisnya dengan 2 matlamat:

(i) Mendapatkan manuskrip yang isi kandungannya memenuhi kehendak pasaran.

(ii) Mendapatkan manuskrip yang mutu bahasanya menepati ciri-ciri gaya bahasa PTS.

NOTA: Foto menunjukkan Tn. Muhammad Izzat Abd. Razak, pengurus PTS Professional Sdn Bhd, memberi taklimat kepada calon-calon penulis PTS berkenaan pelbagai kategori judul buku yang beliau mahukan.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: AHAD 9 Januari 2011: Taklimat Projek Fabel PTS Previous entry: Ejaan Kata Majmuk
Nik Muhammad Amin  on  12/14  at  11:06 PM

Salam, bagaimana caranya jika saya ingin menjadi salah seorang penulis PTS ya ?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.