Monday, September 20, 2010

Tip Survival Penulis: Saiz Pasaran Buku Cerita Kanak-Kanak

Sesetengah cerita kanak-kanak mempunyai saiz pasaran yang besar, manakala ada pula cerita yang saiz pasarannya kecil.

Sebagai contoh, cerita-cerita yang 'Melayu-sentik' dan 'kampung-sentrik' mempunyai saiz pasaran yang relatif kecil.

Bagi survival penulis (dan tentu sekali bagi survival penerbit juga), pilihlah cerita-cerita yang saiz pasarannya besar, di mana cerita itu disukai oleh kanak-kanak semua kaum, dan dapat pula dilesenkan ke negara-negara lain. Dengan demikian royaltinya lebih banyak dan lebih lama.

PTS mahukan lebih banyak buku cerita kanak-kanak yang "Malaysia-sentrik" yakni cerita-cerita itu dapat dibaca dan dinikmati oleh kanak-kanak daripada semua suku kaum negara ini, bukan hanya oleh kanak-kanak Melayu.

Cerita yang berciri Malaysia-sentrik tidak bermakna watak-wataknya wajib terdiri daripada berbilang kaum. Yang penting adalah tema dan persoalannya dapat dinikmati oleh semua kaum.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dicari: Ilustrator Buku Kanak-Kanak Previous entry: Laut Biru: Cerita Pari-Pari Melayu
Syaizul Amal  on  09/21  at  01:59 AM

Assalamualaikum Puan Ainon,

Doa saya semoga Puan sihat sejahtera dan diberikan kekuatan meneruskan perjuangan puan memandaikan umat Muhammad.

Pengalaman saya membuka gerai di Expo Smart Kids pada bulan April 2010, kami mendapati ramai ibubapa bukan berbangsa melayu mencari buku-buku kanak-kanak berbahasa melayu. Kata mereka, sangat sukar mencari buku kanak-kanak berbahasa melayu bagi mengajar anak-anak mereka berbahasa melayu.

Ibubapa melayu yang berpendidikan luar negara pun mencari buku-buku soft cover berbahasa melayu untuk anak-anak mereka.

Saya percaya buku kanak-kanak yang bermodelkan islamik lagi susah untuk dicari.

Wasalam
Syaizul
Buku bahasa Inggeris sangat banyak di pasaran.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/11  at  07:14 AM

bolehkah saya menghantar penulisan saya? sekiranya layak untuk dipasarkan bagaimanakah cara untuk mengetengahkannya ?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.