Monday, November 15, 2010

Ada-Ada Sahaja: Kisah Penulis Ngetop PTS dengan Kereta Buruknya

Salah seorang penulis ngetop PTS mempunyai 2 buah kenderaan: Sebuah kereta proton yang sudah berusia 24 tahun dan sebuah van yang tidak juga lebih baru usianya.

Pada suatu waktu, dalam perjalanan pulang dari PTS, van beliau pernah rosak di kawasan pergunungan Bukit Tinggi!

Royalti bagi jualan buku-buku beliau pada tahun 2009 yang sudah dibayar tahun ini membolehkan beliau membeli kereta baru dengan bayaran tunai, namun beliau masih menggunakan kereta dan van antiknya.

Beberapa kali juga beliau datang ke PTS untuk sesi foto-shoot dengan menaiki bas ekspres. (Minggu hadapan beliau akan datang lagi ke PTS, masuk studio bagi menjalankan sesi foto-shoot buku terbaru beliau.)

Sebagai Chairman, saya hanya geleng kepala memikirkan kereta dan van penulis ngetop PTS yang satu ini. Saya khuatir orang menyangka PTS menipu royalti beliau. Sebabnya, semua orang tahu buku-buku beliau laku keras. Kalau betul laku keras, tentulah beliau menerima royalti yang banyak. Kalau betul PTS tidak menipu, takkan penulis ngetopnya tidak mampu menggunakan kenderaan yang lebih baik.

Aduh!...

NOTA: Barangkali Chairman PTS perlu mengarahkan Cik Norizah Wahid (foto), eksekutif di jabatan kewangan PTS, supaya membayar royalti beliau bagi jualan tahun 2010 nanti dibayar dalam bentuk sebuah kereta brand new sahaja.....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: Idea Membuka Kiosk Buku di Stesen LRT
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/07  at  08:11 AM

Biarlah dia. Mungkin perasaan romantis dalam hatinya membuatkan dia tidak mahu bertukar. Heh.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.