Saturday, January 26, 2008

Ada-ada Sahaja!

Penulis ngetop PTS, Dato' Dr Harun Din dianggap tidak layak menyampaikan kuliah agama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini. Perkara tersebut dinyatakan dalam sepucuk surat kepada Pengerusi Surau Al-Ulum, Seksyen 9, Kota Damansara pada 15 November lalu bagi mengarahkan pembatalan kuliah yang disampaikan Dato' Harun pada 17 November lalu.

Surat JAIS itu mengatakan Dato' Harun Din tidak mempunyai tauliah berceramah di Negeri Selangor terutama di masjid dan surau-surau. Kata surat itu lagi, larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah telah termaktub dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seksyen 14 (1).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Strategi Menjadi Penterjemah Selebriti Previous entry: Terbaru dari PTS One: Novel Remaja Awal
Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  01/29  at  11:45 PM

Puan Sifu,

Orang kalau takut hantu pokok bergoyang pun disangkakannya hantu.  Jadi tidak peliklah ketakutan boleh membawa kepada tindakan-tindakan yang tidak masuk akal.

Katarsis  on  01/30  at  07:40 AM

Tuan guru kita itu pakai kopiah, sekiranya beliau pakai songkok saya rasa plot ceritanya akan jadi lain.

jumie  on  01/30  at  09:46 AM

Apabila yang perlu diberi keutamaan dipinggirkan,
Perkara yang tidak perlu sebaliknya diberi keutamaan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  12:43 PM

Puan,

Saya cukup kecewa melihat perkara seperti ini berlaku. Di tempat saya di Ampang juga ada berlaku perkara begini apabila seorang ustaz itu tidak mengikut ‘skrip’ yang ditentukan oleh AJK masjid. Inilah akibatnya apabila masyarakat kita tidak tahu menghormati dan meletakkan guru/ustaz di tempat yang sepatutnya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: