Sunday, December 23, 2007

Surat Pilihan: Ada-ada Sahaja!

Puan Ainon yang dihormati,

Saya ingin membeli buku Tips-Tips Berpoligami - Di Bawah Payung Aisyah.

Saya sudah beristeri dua, seorang doktor dan seorang jurutera, tetapi ingin mendapat maklumat tambahan jika ada apa-apa tips yang mungkin saya belum ketahui ataupun amalkan untuk berlaku adil dan membahagiakan mereka sampai ke liang lahad.

Harap puan dapat menasihati beberapa cara mudah untuk membeli dan membayar. Saya tinggal di Shah Alam dan mungkin sukar untuk pergi ke sebelah sana jika tiada masa kosong.

Salam.
Azmi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hakcipta Kamus Idiom Previous entry: Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/24  at  08:45 AM

Tuan Azmi,

Tahniah atas kejayaan Tuan memikat doktor dan jurutera! Nampaknya elok Tuan menulis buku buat bacaan rakan-rakan lain yang berminat hendak memikat doktor ataupun engineer, ataupun kedua-duanya sekali.

PTS boleh terbitkan… InsyaAllah.

Alang  on  12/24  at  10:33 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tuan Azmi, saya pun sokong tuan tulis buku itu. semoga buku tuan akan menaikkan jualan buku saya. smile

Wassalam.

Alang  on  12/24  at  10:37 PM

Tuan Azmi,

Saya sudah hantar emel kepada tuan.

Wassalam.
Imran Yusuf @ Alang

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/28  at  12:14 AM

Assalaamualaikum Puan Ainon,
Saya adalah seorang poligamis dengan dua orang isteri. Di satu ketika dahulu saya juga turut mencari bahan-bahan yang boleh saya baca mengenai poligami sebagai panduan untuk diri saya sendiri. Namun, saya dapati bahan-bahan bacaan yang berkaitan begitu sukar didapati di pasaran. Dalam masa yang sama juga, saya sangat yakin bahawa poligami tidak sedikitpun mendatangkan sebarang mudharat kepada sesiapa sekalipun, baik kepada suami, isteri-isteri atau anak-anak jika ia dilaksanakan dengan adil dan betul. Malangnya, poligami ini terlalu sangat dikaitkan dengan kehuru-haraan rumahtangga, dan yang peliknya, yang membuat kaitan sedemikian ialah orang-orang yang tidak pernah terlibat dengan poligami. Sesungguhnya, masyarakat kita dari dahulu hingga sekarang sentiasa ditakut-takutkan oleh orang-orang kita sendiri, dengan satu keharusan Ilahi yang tidak sedikitpun memudharatkan sesiapa.
Di awal tahun ini, saya memutuskan untuk menulis sendiri buku yang berkaitan. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan buku itu dengan tajuk “POLIGAMI: MENGAPA GEGER” dan telah mula dipasarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Kota Bharu dalam bulan Ogos yang lalu. Namun, saya tidak berkesempatan untuk membuat ikhtiar yang khusus untuk memasarkan buku itu kerana saya sendiri bekerja. Buku itu diterbitkan oleh saya sendiri tanpa sebarang penglibatan orang lain. Saya juga telah menyediakan website http://www.lamanpoligami.com untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memesan atau memberikan komen mengenainya.
Berdasarkan kepada soalan-soalan yang diajukan kepada saya oleh kawan-kawan serta orang-orang yang mengenali saya, saya mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa persepsi orang-orang kita mengenai poligami adalah agak jauh dari yang sebenarnya. Bukanlah pula saya mengatakan bahawa saya tahu segalanya, namun banyak pendapat-pendapat dari orang-orang yang tidak terlibat dengan poligami ini menunjukkan betapa bersalahannya kefahaman mereka tentang kehidupan, hati, perasaan dan emosi orang-orang yang berpoligami.
Saya rasa, dengan apa yang telah saya lalui setelah berpoligami semenjak tiga tahun yang lalu, saya boleh memberi sumbangan dalam ikhtiar kita untuk memberikan kefahaman yang lebih tepat mengenai poligami kepada masyarakat. Saya menulis email ini kepada puan dengan harapan kalau-kalau ada sebarang ruang yang puan boleh berikan kepada saya untuk menyampaikan sumbangan itu.
Sekian, wassalaam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/26  at  04:09 PM

camaner nak memikat seorang doktor ah?
saya ni bujang, berumur 25 thn n berminat nak berkenalan gn seorang doktor,
pekerjaan saya adalah jurutera elektrik.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: