Monday, May 21, 2007

Ada-ada Sahaja

Assalammualaikum w.b.t,

Apa khabar Puan Sifu? Moga di dalam lindungan Allah sentiasa hendaknya.

Rasanya sudah terlalu lama tidak menghantar tugasan dan menghadiri bengkel di PTS. Mungkin hanya akan hadir bila sudah ada 'sebatang pokok getah'. Bukan apa, Puan Sifu, patik pacal yang hina ini bergelumang dengan dokumentasi ISO yang tidak sudah-sudah. Sekarang ini, hendak demam segala urat saraf saya. Rambut pun semakin botak.

Apa pun saya harapkan PTS akan terus maju jaya dan Puan Sifu mendapat mentee-mentee yang rajin-rajin belaka. Amin.

Kamal
...............

Nota: Ini adalah contoh surat meminta maaf yang membuat Sifu seronok membacanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: JAWATAN KOSONG di PTS Previous entry: Cukai Pendapatan Penulis
MBA  on  05/23  at  12:11 PM

Mal;

Alhamdulillah saya punya ISO dah siap dan syukur kehadratNya, semasa audit pematuhan cuma dapat 3NCR sahaja. Semuanya sudah beres (sekarang ahli kumpulan sedang tempah baju baru untuk terima sijil).

Projek berikutnya ialah 6Sigma.

Bos saya suruh tulis buku 6Sigma dari perspektif pengalaman melaksanakannya. Mungkin juga saya boleh tulis buku “Jalan Pintas Mencapai ISO”.

p.s Bos saya ialah Profesor Kualiti di sebuah IPTA.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  11:45 PM

Saudara MBA,

ISO bukanlah terlalu susah cuma cerewet sahaja. Perlu kesabaran tahap dewa sebab segalanya saling berkait. Dalam kualiti manual yang saya bangunkan ada 2 department yang mempunyai bidang tugas yang sungguh berbeza insyaAllah audit pematuhan akan dijalankan pada bulan 6 nanti. Kami diberi masa 11 bulan untuk mendapatkan persijilan.

MBA  on  05/24  at  12:41 AM

ISO: “Buat apa yang anda dokumen, dokumen apa yang anda buat”. Sungguh Mudah!

Tuan MBA,
Saya pernah membaca laporan dalam majalah FORTUNE yang menerangkan ISO tidak menjamin kelestarian sesebuah syarikat. Banyak syarikat yang mendapat ISO akhirnya gulung bisnes juga.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  01:28 AM

Puan Sifu dan MBA,

Tahukah kenapa company yang saya berkerja ini beriya nakkan ISO?

Sebabnya hanyalah sebagai satu syarat yang diwajibkan oleh MDEC untuk mendapatkan segala kemudahan MSC Status Company itu sahaja. Kalau tidak, mereka tak heran hendak melabur dalam ISO

Sungguh menggeramkan!

Patik juga yang terpaksa menjunjung segala bebannya ...

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.