Ada-ada Sahaja: Apabila Penyokong PTS Bergaduh dengan Penyokong PTS
Isu gaya penulisan Razzi Armansur dalam blog beliau menyebabkan penyokong dan pendukung perjuangan memandaikan bangsa saling panah-memanah satu sama lain.
Nampaknya Sifu perlu masuk ke tengah padang dan menjadi referee!
Gaya penulisan yang digunakan oleh Tuan Razzi dalam blog peribadi beliau diakui keras. Sifu pun rasa gaya keras tidak disukai majoriti pembaca.
Walau bagaimanapun, gaya bahasa beliau dalam buku-buku beliau adalah lebih lembut. Dalam siri Akademi Jutawannya gaya bahasa beliau lebih lembut lagi.
Jika faktor bahasa keras dalam blog yang mencetuskan pergeseran ini, eloklah faktor itu ditiadakan, supaya para pejuang semua dapat duduk berkumpul baik-baik di bawah payung PTS.
Sebenarnya, blog Tun Razzi itu sudah "hilang" sejak beberapa minggu yang lalu - entah mengapa - tanpa ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.
Peminat-peminat blog beliau terpinga-pinga. Setiap hari mereka klik, dengan harapan ada entri baru, tetapi kecewa sahaja. Bilakah rebranding itu akan ditampilkan?
Barangkali Tun Razzi sudah dapat merasakan bahawa, demi menjaga perasaan sesama penyokong PTS, gaya bahasa dalam blog beliau itu perlu diselaraskan dengan gaya bahasa dalam buku-buku beliau....
.
.
Nampaknya Sifu perlu masuk ke tengah padang dan menjadi referee!
Gaya penulisan yang digunakan oleh Tuan Razzi dalam blog peribadi beliau diakui keras. Sifu pun rasa gaya keras tidak disukai majoriti pembaca.
Walau bagaimanapun, gaya bahasa beliau dalam buku-buku beliau adalah lebih lembut. Dalam siri Akademi Jutawannya gaya bahasa beliau lebih lembut lagi.
Jika faktor bahasa keras dalam blog yang mencetuskan pergeseran ini, eloklah faktor itu ditiadakan, supaya para pejuang semua dapat duduk berkumpul baik-baik di bawah payung PTS.
Sebenarnya, blog Tun Razzi itu sudah "hilang" sejak beberapa minggu yang lalu - entah mengapa - tanpa ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.
Peminat-peminat blog beliau terpinga-pinga. Setiap hari mereka klik, dengan harapan ada entri baru, tetapi kecewa sahaja. Bilakah rebranding itu akan ditampilkan?
Barangkali Tun Razzi sudah dapat merasakan bahawa, demi menjaga perasaan sesama penyokong PTS, gaya bahasa dalam blog beliau itu perlu diselaraskan dengan gaya bahasa dalam buku-buku beliau....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sesekali berlainan pendapat bagus juga!
——-
Assalamualaikum!
Saya pernah membaca blog beliau…
“Ihik hik hik”.
*Hanya ketawa kecil memerhati.
Salam.
“...sesekali kurasa teringggiiinnn…”
Ya! Bagus juga berbeda pendapat dalam sedikit sebanyak perkara yang dibincangkan.
Cuma tertib atau etika berbicara di alam semu ini perlu dijaga.
Agak panas juga nama Razzi Armansur ini. Hanya kerana guna bahasa keras. Sedikit sebanyak orang yang tidak kenal Razzi Amansur akan lebih mengenali dirinya.
Puan Ainon mengenali Kang Razzi tentu bukan melalui penulisan di blog, tetapi melalui orangnya. Itu sebab ia lebih mengenali. Jika tidak, takkanlah PTS boleh menerbitkan buku tulisan beliau.
Tidak ada apa yang pelik sebenarnya. Alasan biasa bagi pemilik blog ialah, blog seumpama diari peribadi. Yang bebas menulis apa sahaja. Pembaca mempunyai opsyen sama ada ingin menjadi pembaca setia atau hanya sekadar pemerhati. Untuk mengkritik juga boleh tetapi jika mahu mempertikai, itu mungkin tidak sepatutnya kerana itu rumah dia. Suka hati dialah mahu mencorak rumahnya bagaimana.
Bukan semua bahasa lembut itu baik. Dan bukan semua bahasa kasar itu jelek. ‘Masuklah ke dalam’, baru anda akan mengerti bagaimana sifat tuan rumah itu…..
Pertama kali kami bertemu dan bercakap-cakap adalah pada Pesta Buku 2007 yang lalu.
Sifat seorang mukmin itu, mudah kasihan kepada saudara mukminnya yang lain. Jika ternampak kesalahan akan cepat-cepat dibetulkan. Sifat seorang mukmin sejati tidak akan membenarkan saudara mukminnya berterusan melakukan kesalahan.
Saudara Along_Safa,
Masalahnya dia mengkritik (mengutuk) orang lain /penulis yang bukunya diterbitkan penerbit berwibawa di laman UNIKA PTS ini. Bulat-bulat dikutuknya, seolah-olah penulis yang dikutuknya bulat-bulat menipu pembaca yang membeli buku tulisannya. Hal ini boleh disamakan dengan merendah-rendahkan ilmu dan pengalaman orang lain.
Tulisan yang baik, baik adanya. Tulisan yang buruk, buruk adanya.
Allah jua Yang Maha Tahu.
Di UNIKA, perkataan “masalah” tidak dibenarkan. Perkataan itu tidak terdapat dalam Quran, mahupun Hadis.
Assalamualaikum
Saya adalah antara ribuan pengunjung kaman web Razzi Armansur setiap hari. Di blog penulis itu saya mendapat berbagai-bagai ilmu pengetahuan di samping mula berkenalan dan meminati UNIKA ini.
Bagi saya gaya bahasa beliau ringan tetapi keras namun sarat dengan pengetahuan dan peringatan agar tidak tertipu. Pun begitu lebih banyak yang saya suka dari yang tidak suka.
Meneliti komen-komen di sini mengenai penulis tersebut bagi saya lebih ramai yang meminati beliau berbanding yang tidak menyukai. Ini amat sesuai dengan kata-kata ‘adalah mustahil kita dapat menyukakan semua orang, kalau ada yang suka akan ada yang tidak suka’.
Jika diamat-amati yang menghantar komen negatif mungkin hanya 1 atau 2 orang sahaja tetapi menggunakan nama yang berbagai-bagai.
Kepada sdr Kang Razzi, saya merayu supaya dinaikkan semula laman Armansur.com yang berharga itu. Ramai yang kehampaan dengan ketiadaan laman web tersebut.
Saya suka laman yang mengkritik kerana saya benci laman yang puji-puji-puji-puji. Dunia puji-pujian hanya sesuai jika di istana, di hadapan VIP, bos-bos yang makan puji atau untuk gadis-wanita yang ingin anda goda.
Saya benci akhbar/radio/TV yang memuji muji (tidak lama lagi pilihanraya, ya , ya, ya!) yang tidak pernah mengkritik pada yang sepatutnya. Media atau bahan yang memuji itu laksana “icing” yang menyaluti atau bedak foundation yang menutup wajah kerepot seseorang.
Saya suka mengkritik dan juga dikritik. Bangsa Melayu yang pandai mesti mampu mengkritik dan tahan telinga jika dikritik. Jangan cepat menghunus keris, ya, sayang. Simpan keris karat itu baik-baik. Hunus lidah yang fasih dengan ilmu, hujah lawan hujah.
Tulisan Rastom amat dipersetujui dan semuanya benar.
Penulis bukan maksum, tidak boleh dikritik dan dibetulkan. Sekiranya penulis itu menulis fakta yang salah apakah kita hanya memujinya, tidak boleh dikritik?
Sedangkan Nik Aziz, Paklah, Mahathir, Haji Hadi, Haron Din dan lain-lain dicerca dan dikutuk secara terbuka, jadi apatah lagi penulis.
Di mana kita dan apa peranan kita bila Nabi Muhammad dihina oleh ilustrator?
Mengkritik tidak salah tetapi cara kritikan beliau menunjukkan seolah beliau sahaja yang betul. Beliau sahaja yang tahu.
Contoh, beliau mengkritik karya-karya orang lain seperti Azizi Ali. Pada saya, orang seperti saya yang baru hendak belajar perkara-perkara pelaburan, ia adalah buku yang hebat. Kalau beliau hebat sangat, tulislah buku pelaburan hartanah atau financial management.
Jurang pengetahuan beliau dgn Azizi Ali jauh bezanya. Melalui buku beliau, saya berani berkata tidak usahlah kutuk kalau diri sendiri pun tidak sehebat mana. Saya bukanlah penyokong setia mana-mana pihak, tetapi sejak saya membaca tulisan di blog Kang, saya jadi menyampah.
Bukan saya sahaja, nama beliau juga disebut oleh sebuah forum http://www.wangcyber.com. Ramai forumer marah akan tulisannya yang bajet diri hebat.
Kadangkala, apabila membaca buku Kang, saya perasan, apakah mamat ni hipokrit. Di blog, bukan main kutuk orang. Di buku, ayat manis-manis.
Keras pun bertempat. Kalau keras menunjukkan kedangkalan kita, adalah lebih baik berdiam diri.
Assalamualaikum,
Bagaimanapun saya yakin penyokong saudara Razzi Armansur lebih ramai berbanding yang tidak menyukainya. Hanya beberapa kerat sahaja yang tidak menyukai.
Ada sesuatu yang istimewa pada tulisan beliau menyebabkan buku-buku beliau diminati ramai dan laku keras. Adalah tidak sesuai membandingkan tulisan beliau dengan tulisan penulis lain.
Pada pendapat saya, lebih baik kita mencari jalan mudah dengan cara begini; jika sekiranya tidak suka dengan beliau jangan masuk ke dalam blog dan membaca blognya. Jangan beli dan membaca buku beliau. Jika suka teruskan menimba ilmu dari blog beliau dan terus membeli buku-buku beliau seperti saya.
Memang melucukan, mengapa apabila kita tidak suka kepada tuan rumah, kita terus berkunjung ke rumah tersebut, kita terus membaca buku tuan rumah?
Ini tidak pula, kalau menyampah atau tidak suka mengapa berterusan masuk ke dalam blog beliau dan membaca buku beliau? Satu persoalan yang perlukan kajian.
Betul tu Kong!
Pendapat saudara saya sokong!
Tulis buku yang lebih baik, biar PTS terbitkan. Baru memandaikan bangsa.
Kong pendapat saudara saya sokong sepenuhnya!!!!!!!
Orang yang sama fikrah dan sama aura saja yang sokong menyokong. Kadang-kadang tidak tahu apa sebenarnya yang disokong.
Betul kata SifuPTS, jangan pandai cakap sahaja, mana buku tulisan anda?
Kalau buku orang lain tidak betul dan tidak menarik, tulis saja buku yang betul dan lebih menarik. Mana pula tulisan anda, kami teringin hendak menilai.
Teruknya aku kena!!!!
*Saya meminta maaf sebab berlaku salah faham. Saya hanya menyokong Kong tentang buku Azizi Ali. Sebab saya juga bekerja dalam personal financial.
Buat Mr April Fool (yang sengaja menambahkan Fool untuk menunjukkan saya bodoh! Moga anda lebih pandai.)
Kalau diperhatikan tiada satu pun post saya sama ada dalam diskusi kuliah atau Cbox yang mengkritik buku-buku atau blog beliau. Tidak Pernah!!!!!!!!!!!
Terima kasih Saudara Mr April Fool!!!!!!!
Secara jujurnya,
Melalaui pemerhatian saya.
Saya akui lebih ramai yang membenci beliau daripada yang menyukai beliau.
Tuan Dingin,
Hidup ini bukan masuk popularity-contest. Jangan dijadikan “orang suka” objektif kerja yang kita lakukan. Nabi Muhammad mempunyai lebih ramai pembenci daripada peminat.
Itu pendapat peribadi Dingin dan tidak semestinya betul.
Pendapat peribadi saya sebaliknya pula, lebih ramai yang menyukai dan meminati tulisan Razzi Armansur. Pendapat saya berdasarkan maklumat buku beliau yang kesemuanya laku keras dan hits kunjungan ke laman web beliau setiap hari.
Dan juga ramai yang menyimpan buku beliau sebagai koleksi, termasuklah saya sendiri.
Maaf jika tersinggung.
Terima kasih atas nasihat Sifu.
Kepada tuan penghawa dingin. Betul, memang itu pendapat peribadi saya yang saya perolehi bukan daripada data jualan buku tetapi melaluai forum-forum di internet dan melalaui komen-komen di blog tuan Razzi sendiri.
Apa buku baru saudara yang akan terbit dengan PTS? Setiap tahun mesti ada judul baru, supaya peminat saudara seronok! Semua penulis, jaga peminat masing-masing!
Hahaha
Belum ada buku, tulis buku. Jangan sibuk menilai buku orang lain.
haha..kena ketuk lagi.
Lupa beritahu saya pernah berjumpa Tuan Razzi,
tidak sempat berbual, cuma bertukar-tukar senyuman. (macam novel cinta pula
)
Dia kelihatannya baik dan berpekerti tinggi.
Saya sependapat dengan Tuan Rastom..
Di zaman demokratik ini, susahlah kalau tidak diberi peluang mengkritik. Biarlah orang ramai memberi penilaian terhadap sesuatu.
Banyak perkara yang subjektif, orang itu kata begitu, orang ini kata begini. Dalam pada itu didiklah diri dan masyarakat supaya memberi perhatian lebih terhadap pandangan orang yang pakar dalam bidangnya, orang yang terlibat dalam bidang yang dia perkatakannya, orang yang sudah buat kejayaan dalam bidang yang diperkatakannya.
Namun begitu orang diluar bidang tetap boleh memberi pandangan dan ada manfaatnya.
diluar (SALAH) = di luar (BETUL)
Ihik hik hik..
Cuma ketawa kecil.
Hebat-hebat sahabat saya di sini.
Tabik! Semua…
*Ya Allah yang maha pengasih, pengampun dan penyayang… Berilah kami kekuatan keimanan dalam gurau senda di sini. Semoga kami dikurniakan buah fikir yang bagus-bagus di dalam menghasilkan tugas-tugas kami.. Amin.
Post a comment