Saturday, July 05, 2008

Ada-ada Sahaja: Body Language

Membaca dan memahami body language adalah salah satu sains yang amat berguna. Ia termasuk dalam sains nonverbal communication.

Sains body language mempunyai aplikasi dalam pelbagai bidang, daripada bidang undang-undang sehinggalah kepada bidang periklanan. 

Di mahkamah, sains body language digunakan bagi mengenalpasti sekiranya seseorang saksi itu berdusta. 

Mahaguru kontemporari dalam sains body language yang paling terkenal di dunia adalah Profesor PAUL EKMAN

Di Amerika, body language presiden-presiden dan calon-calon presiden negara itu menjadi objek pembacaan yang paling popular.

Dikatakan, salah satu faktor yang menyebabkan En. Obama dapat mengalahkan Puan Clinton adalah faktor body language suaminya, bekas Presiden Clinton, yang suka berdiri di belakang Puan Clinton apabila isterinya itu sedang berucap.

Hadirin yang mendengar ucapan kempen Puan Clinton, dan juga penonton TV, dapat melihat dan membaca body language En. Clinton yang kerap kali menunjukkan beliau tidak setuju dengan isterinya.

Banyak buku sudah ditulis dan diterbitkan tentang sains body language atau bahasa badan. Jualan buku-buku seperti itu laku keras dan evergreen dalam pasaran.

Bab yang menerangkan tingkah laku berdusta adalah antara bab-bab yang amat popular dalam buku-buku body language itu.

Salah satu tingkah laku orang yang menyembunyikan sesuatu maklumat apabila dia sedang berkata-kata adalah menyembunyikan tapak tangannya.

Perbuatan menyembunyikan tangan dalam saku seluar adalah paling mudah dapat dilihat.

Satu lagi perbuatan menyembunyikan tangan yang acap kali banyak dilihat adalah seperti yang dilakukan oleh lelaki dalam foto ini. 

Menyembunyikan maklumat adalah sejenis perbuatan berdusta.

Perhatikan juga bagaimana body language lelaki dalam foto ini (bertopi) juga tidak mahu memandang kamera. Ini juga juga salah satu ciri tingkah laku berdusta. 

NOTA: Foto di atas diambil selepas lelaki bertopi dalam foto itu membuat kenyataan bersumpah (buat kali kedua) bahawa apa-apa yang telah ditulisnya berkenaan seorang tokoh politik Malaysia dalam kenyataan bersumpahnya yang pertama, adalah tidak benar belaka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menyeleweng Sedikit: Perihal Orang Janda Baik Previous entry: Pertunjukan Silap Mata: SABTU 12 Julai
 on  09/04  at  03:33 PM

Bila seorang berbohong, biasanya dia sedang menyembunyikan sesuatu. Selalu manusia cuba menyembunyikan perbuatannya (yang salah). Maka perbuatan dikaitkan dengan tangan. Menyembunyikan perbuatan adalah menyembunyikan tangan.

Hujah:
“Telah ZAHIR berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh TANGAN-TANGAN manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali"(Ar-Ruum: 41)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: