Sunday, March 29, 2009

Ada-ada Sahaja: Nama Siapa di Atas

Buku-buku akademik tempatan banyak ditulis oleh lebih daripada satu orang pengarang. Ada yang ditulis oleh dua, tiga ataupun sepuluh pengarang.

Apabila nama-nama pengarang dicetak pada kulit depan, macam-macam kerenah penulis boleh berlaku.

Majoriti penulis tidak mengemukakan bantahan pada bagaimana nama-nama mereka disusun dan dicetak pada kulit buku. Tetapi sekali sekala, ada yang tidak puas hati.

“Kenapa nama saya di bawah?” kata seorang pengarang. “Saya profesor madya, si polan itu pensyarah biasa?”

“Kenapa nama si polan itu di atas? Saya tulis 4 bab, dia cuma tulis 3 bab?” kata seorang pengarang lain.

“Bos kami tidak setuju nama si polan diletakkan di kulit buku kami sebagai editor projek. Dia belum ada Ph.D. Kata bos kami, penerbit mesti meletakkan nama orang yang ada PhD sebagai editor,” kata si penulis yang ada Ph.D, dia berdusta dengan menjual nama bosnya.

Semasa buku belum terbit, tidak kedengarang apa-apa, masing-masing setuju sahaja dengan pertimbangan editor tentang nama siapa yang selayaknya diletakkan di atas ataupun di bawah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jawatankuasa GMP akan Bermesyuarat Previous entry: Rosmah Mansor
Fable Fox  on  03/30  at  08:10 AM

Teringat sewaktu buat tugasan di UTM.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/30  at  09:02 AM

Terkenang nyanyian Ramli Sarip…

“Aku menulis bukan kerna nama. Kerna sifat kasih, kepada sesama insan…”

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: