Ada-ada Sahaja - Penulis Tarik-tarik Rambut
Pada masa ini salah satu cerita hangat dalam blog-blog penulis perempuan adalah kes penulis perempuan hendak menyaman penulis blog perempuan yang mengutuk karyanya dalam blog. (Kira macam perempun tarik-tarik rambut jugalah.)
Katanya, penulis itu sudah buat laporan polis. Kononnya polis sedang buat siasatan. (Biar betul. Kes libel - saman malu - adalah kes sivil, bukan kes jenayah. Bukan kerja polis hendak siasat kes perempuan mengumpat perempuan.)
Pada suatu masa dahulu, Sifu pernah dikutuk oleh seorang nama besar dalam dunia kritikan sastera. Beliau menyiarkan kutukannya itu dalam ruangan sastera akhbar perdana. Puncanya, saya mengkritik karya beliau dengan menyenaraikan bahagian-bahagian yang pada pendapat saya tidak berkualiti.
Kawan baik saya yang mula-mula terbaca artikel itu dan bertanya, "Hang dah baca?"
"Belum," jawab saya.
"Eloklah hang jangan baca. Nanti hang pengsan!" kata kawan baik saya itu sambil mencampakkan akhbar itu ke atas sofa.
"Dia tulis apa?" saya bertanya.
"Dia suruh hang masuk sekolah balik!" kata kawan baik saya.
Saya pun ikut nasihatnya. Saya tidak baca artikel yang mengutuk saya itu.
Beberapa lama kemudian, saya berjumpa tokoh itu dalam seminar sastera. Saya buat baik sahaja. (Drama!)
Selepas seminar saya belanja dia minum. Saya pura-pura tidak pernah tahu apa yang dia pernah tulis tentang kebodohan saya. Sampai sekarang dia senyum lebar dan amat ramah apabila bertemu saya dalam majlis-majlis sastera.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
“....Selepas seminar saya belanja dia minum. Saya pura-pura tidak pernah tahu apa yang dia pernah tulis tentang kebodohan saya. Sampai sekarang dia senyum lebar dan amat ramah apabila bertemu saya dalam majlis-majlis sastera….”
Nampaknya Puan mengamalkan suatu pepatah Inggeris yang lebih kurang maksudnya: “Apabila anda buatlah baik kepada musuh anda, dia akan hilang menyesali perbuatan buruknya terhadap anda.”
——-
Saman? Sebelum menyaman atau cuba nak menyaman, fikir 1000 kali, nanti hanya kena pedaya dengan peguam sahaja. Kalau bercetak di buku, surat khabar, majalah, bolehlah. Kalau di dalam web, hanya buang duit sahaja.
Sudah ada akta untuk internet?
Kalau nak disaman—harakahdaily.net, malaysiakini.com, sangkelembai2006.blogspot, rocky’s bru, malaysia-today.net, roslansms.blogspot sudah lama kena saman juta-juta ringgit.
nak (SALAH) = hendak (BETUL)
Orang yang sedikit-sedikit gunakan perkataan ‘peguam’, ‘saman’, ‘polis’ dan yang sewaktu dengannya adalah perangai penggertak, pengugut, pengancam tidak bergigi.
Puan, membaca pengalaman puan, teringat pengalaman sendiri. Saya banyak kali melakukan tektik ini kepada lawan. Memang berkesan. Malah ada yang meminta maaf setelah bertahun-tahun berpisah dan kami bertemu kembali (barangkali dia sudah tahu saya tahu).
Moral daripada cerita, lebih baik cakap depan-depan daripada mengumpat di belakang. Marah-marah di depan insyaAllah ada jalan penyelesaian. Marah-marah di belakang hanya menambah musuh.
Assalamualaikum Puan Sifu.
Puan Sifu yang bijaksana.
Libel juga sebenarnya ialah satu kesalahan jenayah. Kesalahan libel tanpa perlu membukti kerugian ialah satu jenayah dibawah Kanun Keseksaan kod 499. Kesalahan libel boleh di denda di bawah Kanun Keseksaan kod 500, iaitu penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam undang-undang, memang ada kesalahan yang tindakan hukumannya bertindan. Sebagai contoh, libel ialah satu kesalahan sivil dan jenayah. Terpulanglah kepada individu itu mahu membawa tindakan sivil atau jenayah.
Bezanya ialah, sekiranya individu (Selepas ini saya taip sebagai plaintif) mahu membawa tindakan undang-undang sivil dan terbukti menang, maka dia layak menerima gantirugi yang ditentukan mahkamah. Matlamat undang-undang sivil ialah meletakkan plaintif pada keadaan asal atau remedi. Segala kos guaman dan mahkamah ditanggung penuh oleh plaintif.
Sekiranya si pembawa kes libel itu tidak mahu membayar kos guaman dan mahkamah, maka dia boleh memilih untuk membawa kesalahan libel mengikut undang-undang jenayah. Kes libel ini akan di bawa oleh pendakwa raya / timbalan pendakwa raya. Sekiranya terbukti si pelibel itu ( Selepas ini ditaip sebagai responden), itu bersalah, maka dia akan dihukum tetapi si pembawa kes libel itu tidak dapat apa-apa ganti rugi. Matlamat undang-undang jenayah ialah menghukum pesalah (responden)
Puan Sifu yang budiman.
Walaupun begitu, selama program sangkutan saya di Mahkamah Tinggi Selangor, bahagian jenayah, saya tidak lagi berjumpa kes libel. Saya tidak pasti sama ada kes libel ini dibicarakan di mmahkamah rendah atau sesyen oleh majistret.
Puan Sifu yang budiman,
Saya secara peribadi, saya suka sikap dan perangai Puan Sifu itu
Entri Puan Sifu : Beberapa lama kemudian, saya berjumpa tokoh itu dalam seminar sastera. Saya buat baik sahaja. (Drama!)
Saya rasa ini hubungan menang-menang. Ia tetap mengekalkan hubungan baik walaupun pernah dikutuk.
Kelebihan kutukan ini menjadi satu dorongan motivasi yang membakar kemahuan diri. Secara peribadi, saya pernah dikutuk oleh emak saudara sendiri. Saya dikutuk sebagai pemalas dan bodoh.(banyak lagi). Selepas itu saya buktikan, bahawa saya bukan seperti yang dikata. Kegeraman saya itulah yang membakar semangat saya untuk berjaya. Tetapi dihadapannya saya sangat baik. Saya pernah beri katil saya pada dia dan saya tidur di bawah. Walaupun saya sakit hati, tapi saya terima kasih jugalah pada dia. Dek mulut dia yang jahat itu, saya dapat apa yang saya mahu hari ini.
Puan Sifu yang dihormati,
Itu sahaja komen saya. Seperti biasa, disclaimer saya, ini ialah ‘opinion’ saya dan bukannya ‘legal opinion’. Semoga PTS terus berjaya ‘memandaikan bangsa’. Amin….
Post a comment