Saturday, May 24, 2008

Ada-ada Sahaja: Poligami dan Teori Lelaki Mahu Fun

Baca di sini.

Walau apa sekalipun faktor yang mendorong lelaki mahu berpoligami, PTS sudah menyediakan buku yang bagus dibaca sebelum berpoligami.

Satu lagi buku poligami akan terbit. PTS MILLENIA saat ini sedang bersiap-siap menerbitkan sebuah buku berjudul "Hidup Bahagia Berpoligami".  

Di samping hendak memandaikan bangsa sambil buat duit, tujuan PTS menerbitkan buku-buku panduan berpoligami adalah demi membantu semua pihak supaya hidup bahagia, baik yang bermonogami mahupun yang berpoligami. 

Ini ada suatu idea lateral:

Selama ini kita mendengar hujah-hujah yang mengatakan lelaki cuma suka hendak berpoligami, tetapi mereka tidak pandai cara-cara yang betul mengamalkan poligami.

Lalu disarankan supaya lelaki yang berpoligami ikut betul-betul cara Nabi Muhammad berpoligami.

Dari satu sudut lain, apa kurangnya dengan perempuan... Hehehe.... Macam lelaki juga, majoriti perempuan tidak pandai hidup dalam keluarga poligami.

Elok disarankan supaya orang perempuan yang dipoligamikan ikut betul-betul cara bagaimana isteri-isteri Nabi Muhammad hidup dalam keluarga poligami.

Barulah, baik lelaki mahupun perempuan, sama-sama pandai hidup dalam keluarga poligami.

Sang suami ikut cara-cara Nabi. Sang isteri-isteri ikut cara-cara Siti Aishah, Hafsah, Zainab dan lain-lain isteri Nabi.

Jangan marah! (Nanti kena jual.) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cakap-cakap Hos TV Yang Menjatuhkan Semangat Previous entry: Novel Cinta Spiritual dari PTS LITERA
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/30  at  07:29 AM

Salam

Buku yang banyak orang nak beli tapi takut.

Lelaki = takut isteri kata gatal. Lagipun mana nak sorok buku tu yedak.
Perempuan = takut ibarat memberi lesen pada suami.

Bayangkan, kawin kedua tanggungjawabnya sebesar haji kedua… tapi haji kedua disanjung, kawin kedua dipandang serong. Sementelah ketiga atau keempat.

Pengaruh media dan fitnah barat.

Imran Yusuf  on  05/30  at  09:16 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah kepada penulis buku “Hidup Bahagia Berpoligami”, dan syabas kepada PTS MILLENIA.

Semoga akan bertambah lagi khazanah buku mengenai perkara ‘poligami’; demi memandaikan bangsa (lelaki & perempuan), sekaligus sebagai hujah balas kepada media barat yang anti-poligami.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/05  at  03:58 AM

Selama ini kita mendengar hujah-hujah yang mengatakan lelaki cuma suka hendak berpoligami, tetapi mereka tidak pandai cara-cara yang betul mengamalkan poligami.

Barangkali betul idea di atas. Bagaimana dengan idea di bawah?

Wanita pula bencikan poligami, tetapi barangkali mereka tidak praktikkan cara mengelak poligami yang mereka arif itu.

Kelaziman dalam sejarah ialah lelaki dan wanita berkongsikan kesilapan dan kejayaan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.