Ada-ada Sahaja: PTS akan Terbitkan Buku Panduan Hidup Bahagia Berpoligami
PTS bukan anti-poligami.
PTS juga bukan pro-poligami.
Tetapi PTS berpendirian, jikalau saudara mahu mengamalkan poligami, eloklah kita membantu saudara supaya dapat menjalani hidup berpoligami dengan harmonis.
Buku bertajuk DI BAWAH PAYUNG AISHAH ini adalah karya pengarang yang tidak (eh! belum!...) berpoligami. Dijadualkan buku itu akan masuk setor PTS pada 30 April 2007.
Pengarang buku ini memberitahu saya, manuskrip bukunya itu dibaca dahulu oleh isteri beliau, dan hanya selepas Cikpuan itu bersetuju dengan isi kandungannya, baru diluluskannya bagi dihantarkan ke PTS ISLAMIKA. (Patutlah beliau belum dapat berpoligami! Hahaha!)
Bagi saudara yang mahu berpoligami, ada bab khas tentang doa-doa bagi melembutkan hati isteri yang ada....
Bagi saudara yang tidak mahu dimadukan, ada bab khas tentang doa-doa tolak bala....
Ermm... nampaknya Sifu perlu belajar doa-doa tolak bala dalam buku itu....
.
.
PTS juga bukan pro-poligami.
Tetapi PTS berpendirian, jikalau saudara mahu mengamalkan poligami, eloklah kita membantu saudara supaya dapat menjalani hidup berpoligami dengan harmonis.
Buku bertajuk DI BAWAH PAYUNG AISHAH ini adalah karya pengarang yang tidak (eh! belum!...) berpoligami. Dijadualkan buku itu akan masuk setor PTS pada 30 April 2007.
Pengarang buku ini memberitahu saya, manuskrip bukunya itu dibaca dahulu oleh isteri beliau, dan hanya selepas Cikpuan itu bersetuju dengan isi kandungannya, baru diluluskannya bagi dihantarkan ke PTS ISLAMIKA. (Patutlah beliau belum dapat berpoligami! Hahaha!)
Bagi saudara yang mahu berpoligami, ada bab khas tentang doa-doa bagi melembutkan hati isteri yang ada....
Bagi saudara yang tidak mahu dimadukan, ada bab khas tentang doa-doa tolak bala....
Ermm... nampaknya Sifu perlu belajar doa-doa tolak bala dalam buku itu....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Ha ha ha…
——-
Mesti beli. Pasti menjadi evergreen bestseller seperti buku ‘Think And Grow Rich’.
Pada masa yang sama, pasti ada kumpulan wanita yang akan menghalang penjualannya.
Pasti kontroversi.
Dan seperti Eric Bishoff pernah berkata, “Controversy create cash!”
Mbakyu,
Ini yang pernah kita semua bincangkan dulukah? Seingat saya, entri poligami ini mendapat komen yang paling banyak (93) kalau tidak silap.
Assalamualaikum,
Amboi! (sambil cekak pinggang) kalau pasal poligami reaksinya cepat sekali.
Penulis buku ini adalah seorang lelaki yang cukup sopan dan berpekerti tinggi. Seronok dapat berbual dengan beliau.
Tahniah!
Jadilah poligamis yang membaca dan nampaknya buku ini bakal melonjak PTS masuk senarai BSKL (Bermadu SihatKan Lelaki)!
Bagus! Syukur! Tahniah!... Syabasss!!!
Saya nak tempah 4, sebab talian hayat ada 3 lagi.
Nota: Mengapa saya rasa entri ini akan mendapat komen tertinggi lagi.
Oppsss… Sudah ada yang cekak pinggang!
Para datin, dan puan semua mesti tidak senang duduk dengan kemunculan buku ini. Tetapi para datok dan encik-encik tersenyum gumbira.
Sdr Saridah Hamid….
Bawa bertenang! Turunkan tangan di pinggangmu itu!
Ini isu bisnes sahaja. Ada demand, adalah supply.
Kaum penentang poligami itu marah-marah atas alasan poligami menyebabkan banyak kedukaan. Nah! Inilah PTS tampil dengan buku yang dapat membantu mengurangi kedukaan itu.
Kalau belum berlaku, baca bab doa-doa tolak bala. (Sifu pun perlu baca bab itu juga.)
Soal kedukaan dalam rumahtangga…
Di kalangan yang tidak dipoligamikan pun banyak juga yang hidup berduka nestapa, ada yang kena pukul, ada yang dilayan macam hamba, ada yang tidak dimadukan secara formal, macam-macam…
Yang berpoligami dan hidup berbahagia pun tidak kurang juga.
Yang tidak mahu berpoligami sampai tua pun ramai….
Kita semua boleh memilih mahu hidup cara yang bagaimana. Buku ini untuk mereka yang memilih mahu berpoligami dengan cara harmonis… tidak salah, bukan?
Assalamualaikum,
Baru sahaja saya hendak bersama-sama Puan Saridah bercekak pinggang namun sudah ditahan dek Sifu. :-D
Tahniah kepada pengarangnya.
Saya teringat sedikit waktu dahulu setelah habis kelas Tuan Alang, En. Faris dan beberapa orang lagi (lelaki kesemuanya) berbincang (meramalkan?) betapa buku ini akan menjadi ‘buku wajib’ kaum lelaki dan akan dibeli, dibaca tetapi tidak secara terang-terangan.
Saya mesti beli. Setelah habis baca baru saya akan komen. Boleh ya Sifu.
Hmmm… selepas ini saya kena tulis buku tentang pengalaman calon madu pula… Kena baca dan hafal doa tolak bala juga nampaknya saya ini.
Salam hormat buat Puan Sifu.
Bilakah agaknya buku ini akan masuk pasaran?
Saya akan baca buku ini di tempat terbuka. Ya, bukankah buku ini HALAL pada segi agama dan dari segi undang-undang negara?
Nota Sifu: Hohoho! Buku panduan hidup bahagia berpoligami Tuan mahu baca di tempat awam. Hmm…. bacalah buku Sifat 20 di tempat awam juga!
Ohhh saya pun wajib memilikinya. Walaupun memegang status 0/4 tapi kenalah ada ilmu tersebut.
Nak jadi suami pun bukan hanya tahu lafaz akad sahaja dan kemudian tanggungjawab lesap.
Ada tak diberitahu berapakah agak-agaknya pendapatan minimum yang membolehkan poligami dijalankan kalau ikut iklim di Malaysia ini? Itu masuk bab ekonomi rumahtangga rasanya
.
Jadi kalau rasa-rasanya pendapatan (+ kemampuan tahap 0) pendamkan sahaja mahumu ke lumpur ....
Mr K
Panduan buku ini harap biarlah menyeluruh bagi lelaki dan wanita.
Saya ada lima rakan yang bepoligami. Salah satu daripadanya habuk gula dan beras pun tak ada di rumah. Saya pulak yang kena hantar beras, susu, gula tepong kerana dapurnya kering kontang.
Anak-anak pergi sekolah minum air paip. Suami asyik di rumah isteri muda sahaja.
Tapi wanita yang satu ini hebat. Selepas bermadu, barulah dia merasa naik kereta. Ah! nyamannya….
Nota Sifu: Ini Tuan Alang perlu ambil nota!
Assalamualaikum wm.
Seandainya doa kedua-dua kumpulan (yang nak berpoligami dan menolak bala) dimakbulkan Allah s.w.t., bagaimanakah kesudahannya ...
Apa pun, saya menunggu-nunggu kemunculannya!.
Saya terpaksa mengabaikan dunia percintaan disebabkan hal-hal yang memeningkan kepala seperti ini.
Ditolak merajuk, diterima pasti ada yang lain cemburu…
zzz… zzz…
Tahniah Tuan Alang.
Semoga dengan terbitnya buku ini nanti, menjadi panduan bagi lelaki-lelaki yang pandai mengumpul madu tetapi tidak pandai bagaimana mahu melayan madu-madu itu mengikut sunnah.
Tahniah. Semoga buku ini boom di pasaran.
Err… saya mahu belajar doa2 tolak bala juga :D
Baca doa tolak bala untuk elak dimadukan?
Hmmmh… Adakah dimadukan itu satu bala…. (?)
Sdr Ideal,
Hmmmh… Adakah dimadukan itu satu bala…. (?)
Kepada Prof. Abdullah Hassan, isu madu bukan bala.
Kepada isteri Prof. Abdullah Hassan, ermm…. sejenis ‘bala’ jugalah. Jadi saya akan baca doa tolak bala….
Meskipun berpoligami itu halal, perbuatan berusaha supaya tidak dimadukan ada presedennya.
Sebagaimana berpoligami dibenarkan oleh Tuhan yang maha adil, menghalang poligami pun dibenarkan oleh Tuhan yang maha adil.
Puan Fatimah binti Muhammad (bukan adik beradik saya) pernah mengadu kepada ayahnya apabila suaminya, Encik Ali, bercadang memadukan beliau. Lalu ayah Puan Fatimah memberitahu menantu kesayangannya, supaya membatalkan niat murninya itu.
Sebagai seorang yang taat kepada bapa mertuanya yang juga seorang Utusan Tuhan, Encik Ali pun membatalkan niatnya itu.
Jadi Nabi Muhammad yang mengamalkan poligami, juga pernah menghalang pengikutnya daripada memadukan anak perempuannya. Ini bukan bermakna Nabi Muhammad melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang beliau sendiri lakukan.
Implikasi perbuatan Nabi Muhammad itu adalah, jika Prof. Abdullah Hassan BELUM kahwin (lagi), saya boleh berusaha menghalang beliau daripada meneruskan rancangannya…. Tetapi jika beliau SUDAH berkahwin (lagi) maka saya tidak boleh berusaha supaya beliau menceraikan isteri barunya itu.
Ya Allah, Tuhan yang maha mengasihi hamba-hambanya, jauhkanlah daku daripada hidup bermadu. Aminnn!
Tuhan jualah yang lebih mengetahui….
Assalammualaikum w.b.t.
Kawan perempuan saya ada berkata, “Menjadi wanita muslim perlu bersedia jika suatu hari nanti dimadukan.”
Beliau berkata dengan perasaan yang cukup mengusik jiwa saya. Lalu saya terkenangkan kakak-kakak saya, dan adik-adik perempuan saya yang lain.
Dia berkata lagi, “Bila perkara itu terjadi dan suami jatuh cinta lagi (mmmm) tidak ada apa yang boleh menghalangnya lagi.”
Saya katakan kepadanya, “Kadar peratusannya masih rendah walau kebarangkaliannya tetap ada.”
Sebab itu rasanya wanita meletakkan penama EPF, insuran dan sebagainya kepada ibu bapa mereka dan memberi peratusan kecil kepada suami mereka.
Jangan takut… majoriti lelaki di Malaysia adalah setia pada yang satu.
Cinta agunglah katakan ...
Sdr mal,
Saya tidak percaya ‘Jangan takut majoriti lelaki di Malaysia setia pada yang satu.
Cinta agunglah katakan …’
Saya lebih percaya jika dikatakan mereka TTT. He he he…
Salam.
Maaf Sifu. Ini satu judul yang tidak akan saya beli.
Bukan apa, saya cuma takut otak geliga ini mula pasang “angan-angan” dan “merancang”.
Saya bahagia kini dan tidak ada sebab untuk “cari pasal”...hehehe
Sdr Helmy,
Pasang angan-angan bukan kena bayar duit!
Walaupun tidak kena duit, tetapi angan-angan yang baik tetap diberi pahala!
Jadi… pasanglah banyak-banyak angan-angan yang baik….
Naik, naik, naik… kita tunggu—memang kalau bab poligami, komennya banyak, hit tinggi.
Saya hendak bertanya—buku ini akan ditulis oleh Alang Kelana?
Puan Siti Hajar,
Tersedak saya… Kami berbincang soal bisnes sahaja, tidak ada perkara lain yang mencurigakan.. betul tak, Tuan Alif-san?...
Kami berhempas pulas memikirkan bagaimana supaya buku ini apabila dibeli oleh para suami, mereka akan bawa pulang hingga ke dalam rumah, bukan ditinggalkan dalam kereta sahaja!
Tan Sri Kang,
Keretapi sudah hendak sampai stesen, tuan masih baru hendak bertanya destinasikah? Ni baru betul entek ke beres.. he.he.he
Post a comment