Wednesday, March 28, 2007

Ada-ada Sahaja: PTS akan Terbitkan Buku Panduan Hidup Bahagia Berpoligami

PTS bukan anti-poligami.

PTS juga bukan pro-poligami.

Tetapi PTS berpendirian, jikalau saudara mahu mengamalkan poligami, eloklah kita membantu saudara supaya dapat menjalani hidup berpoligami dengan harmonis.

Buku bertajuk DI BAWAH PAYUNG AISHAH ini adalah karya pengarang yang tidak (eh! belum!...) berpoligami. Dijadualkan buku itu akan masuk setor PTS pada 30 April 2007.

Pengarang buku ini memberitahu saya, manuskrip bukunya itu dibaca dahulu oleh isteri beliau, dan hanya selepas Cikpuan itu bersetuju dengan isi kandungannya, baru diluluskannya bagi dihantarkan ke PTS ISLAMIKA. (Patutlah beliau belum dapat berpoligami! Hahaha!)

Bagi saudara yang mahu berpoligami, ada bab khas tentang doa-doa bagi melembutkan hati isteri yang ada....

Bagi saudara yang tidak mahu dimadukan, ada bab khas tentang doa-doa tolak bala....

Ermm... nampaknya Sifu perlu belajar doa-doa tolak bala dalam buku itu....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(30) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Agama untuk Pembaca Beginner: Isu Perkataan Pinjaman Arab Previous entry: Presiden PTS Mengetuai Perwakilan Malaysia ke Pesta Buku Bangkok
rastom  on  03/30  at  06:44 PM

Saya turut mengaminkan kesemua doa tolak bala.

Di waktu yang sama juga turut aminkan doa mereka yang ingin mengamalkan poligami secara sihat supaya institusi ini dihormati dan tidak diperlecehkan seperti yang diamalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pahala besarlah kepada PTS kerana usaha mencelikkan umat.

Puan Ainon Mohd.  on  03/30  at  08:43 PM

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Ini kisah benar. Salah seorang anggota tim PTS mempunyai 2 orang ibu. Sewaktu beliau datang melaporkan diri bertugas di PTS, beliau dihantar oleh kedua-dua orang ibunya!

Nah! Bukankah itu harmonis sekali!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/06  at  12:40 PM

Hmm… panas juga.

HHENTIKAN KEMPEN MONOGAMI—MUFTI: Bertentangan dengan hukum syarak dan akidah umat Islam

KUALA LUMPUR 17 Mac - Para mufti seluruh negara hari ini meminta supaya kempen menggalakkan monogami yang bertemakan `Satu Suami Satu Isteri’ dihentikan segera kerana ia bertentangan dengan hukum syarak dan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Alim ulama berkenaan melihat apa yang diperjuangkan itu tidak selari dengan hukum yang telah dijelaskan oleh Allah.

Kata mereka, jika perkara ini tidak ditegur, dibimbangi akan berlaku pula pelanggaran hukum-hukum lain hanya kerana kurang kefahaman kepada hukum syarak.

Mereka menyifatkan langkah 12 gabungan persatuan yang menjalankan kempen itu, Gabungan Hak Wanita Dalam Islam, sebagai bersifat emosional tanpa mendalami perkara-perkara yang ditetapkan dalam Islam.

Semalam gabungan itu yang menganjurkan kempen monogami mencadangkan isteri di Malaysia diberi hak memohon cerai taklik di mahkamah atas dasar tidak sanggup berpoligami.

Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) Zainah Anwar berkata, permintaan gabungan itu bukanlah sesuatu yang baru kerana terdapat beberapa negara Islam di Asia Barat yang mengamalkannya.

Di Kangar, Mufti Perlis, Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin berkata, setiap umat Islam tidak sepatutnya mempertikaikan undang-undang keluarga Islam yang membenarkan umatnya dari kaum lelaki berkahwin lebih daripada satu.

Umat Islam hanya boleh mempersoalkan sistem pengurusan yang mungkin kurang kemas dalam mentadbir urusan poligami, katanya.

Sehubungan itu, Mat Jahaya meminta umat Islam terutama wanita tidak terpengaruh dan menyertai kempen yang dilancarkan oleh gabungan tersebut yang dilihat berunsur `kemarahan’ dan bukan berlandaskan realiti ajaran Islam sebenar.

Beliau yang juga Pendaftar Nikah dan Cerai negeri menggesa pertubuhan-pertubuhan wanita di dalam gabungan tersebut tidak meneruskan kempen berkenaan yang dianggap cuba mengaitkan poligami yang dibenarkan oleh Islam sebagai punca keruntuhan institusi keluarga.

``Kempen seumpama ini tidak perlu ada dan salah jika ia benar-benar menentang hukum syarak. Kita minta kempen ini diberhentikan sahaja,’’ katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Antarabangsa Ulama Pewaris Anbia di Dewan Warisan di sini.

Mat Jahaya berkata, poligami tidak boleh dianggap sebagai perosak institusi rumah tangga kerana krisis seumpama itu juga boleh berlaku dalam perkahwinan monogami.

Menurut beliau, menyalahkan poligami adalah sama seperti menyalahkan kereta apabila berlaku kemalangan.

``Takkan kita hendak menyalahkan kereta apabila berlaku kemalangan. Kita kena salahkan pemandunya yang cuai mengawal kenderaannya.

``Begitu juga dalam hal poligami, pemandunya ialah suami. Suami perlu dipersalahkan jika rumah tangga rosak, bukan poligami.

``Kebenaran berpoligami dalam Islam tidak boleh dipertikaikan tetapi pengurusan sosial umat Islam itu perlu dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut tuntutan zaman,’’ jelasnya.

Mengulas cadangan gabungan itu supaya isteri diberi hak memohon cerai taklik jika suami hendak berpoligami, Mat Jahaya turut mengingatkan bahawa perkara itu juga tidak boleh dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan syarak.

``Cerai taklik tidak boleh dibuat sesuka hati kerana perkara itu sudah jelas kedudukannya dalam syarak,’’ tegas beliau.

Mat Jahaya sekali lagi menjelaskan bahawa keputusan Kerajaan Perlis memudahkan urusan poligami bukan bertujuan menggalakkan kaum lelaki berkahwin lebih sebaliknya menghalang kegiatan perkahwinan di selatan Thailand.

Langkah itu juga, jelas beliau, adalah untuk menjaga kehormatan kaum wanita di negara ini yang sering menjadi mangsa ``gantung tidak bertali’’ apabila ditinggalkan suami selepas berkahwin di negara jiran itu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Madya Dr. Mohammed Yusoff Hussain berkata, selain bercanggah dengan apa yang terkandung dalam nas, kempen tersebut juga dikhuatiri akan menjejaskan imej Islam sekiranya ia diteruskan.

``Ini kerana apa yang diperjuangkan oleh pihak penganjur tidak selari dengan hukum yang telah dijelaskan oleh Allah.

``Sekiranya perkara ini tidak ditegur, saya bimbang akan berlaku pula pelanggaran hukum-hukum yang lain hanya kerana kurang kefahaman kepada hukum syarak,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Dr. Yusoff, kempen tersebut bukan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ketidakadilan dalam berpoligami.

``Saya ibaratkan kempen ini seperti mengunci anak dalam rumah, disebabkan tidak mahu anak terjebak dengan gejala buruk yang berlaku di luar rumah.

``Adakah jalan penyelesaian seperti itu yang dicari? Sepatutnya kita duduk berbincang dan mencari punca kepada masalah tersebut.

``Apa yang tidak kena kita perbaiki dan bukannya mengambil jalan pintas seperti ini yang langsung tidak akan mengubah apa-apa,’’ tegasnya.

Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza yang turut menentang kempen yang bercanggah dengan Islam itu berkata, poligami merupakan sesuatu yang diharuskan dalam Islam tetapi dengan syarat mampu berlaku adil.

``Bagi suami yang mampu melaksanakannya tidak boleh kata tidak. Islam mempunyai undang-undangnya sendiri, oleh itu kenapa kita mengikut pihak-pihak yang kurang faham tentang Islam, ‘’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rashid menegaskan, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan mereka yang berpoligami mematuhi syarat dan sekiranya ia mematuhi syarat maka tidak ada apa yang salah.

Timbalan Mufti Terengganu, Zainal Abidin Ahmad pula bimbang kempen yang dilancarkan itu akan menjejaskan akidah memandangkan hukum berpoligami datangnya daripada Allah.

Beliau berkata, kempen tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan kerana ia menunjukkan ada sesetengah pihak seolah-olah tidak berpuas hati dengan hukum yang jelas tercatat di dalam kitab suci al-Quran.

Sehubungan itu, beliau tidak bersetuju dengan kempen tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

``Apabila kita membincangkan isu poligami ini sepatutnya kita biarkan mereka yang ahli atau mereka yang mendalami ilmu agama yang memberi kenyataan kerana ia bersangkut paut dengan hukum hakam.

``Justeru jika perkara ini dibincangkan secara terbuka oleh mereka yang bukan ahlinya seperti menetapkan amalan monogami di kalangan lelaki Islam, saya bimbang ia boleh menjejaskan akidah,’’ katanya ketika dihubungi.

Zainal Abidin berkata, kebenaran untuk berpoligami oleh Islam mempunyai hikmah-hikmahnya yang tertentu bahkan ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat.

Beliau berkata, Allah tidak akan memberi kebenaran itu jika ia tidak memberi kebaikan kepada setiap hambaNya.

Mufti Johor, Datuk Mohd. Nooh Gadot berkata, isu poligami itu perlu dirujuk kepada mahkamah supaya ia dapat menentukan seseorang yang ingin berpoligami benar-benar layak untuk berbuat demikian atau sebaliknya.

``Walaupun Islam membenarkan poligami tetapi ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia mestilah melalui syarat-syarat dan disiplin yang ketat demi kepentingan semua pihak,’’ katanya.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Sarawak bimbang usaha Gabungan Hak Wanita Dalam Islam untuk membawa usul kepada kerajaan agar isteri dibenarkan memohon cerai taklik jika suaminya berpoligami boleh mencetuskan pelbagai kesan negatif kerana Islam sendiri membenarkan poligami.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Salleh Sulaiman berkata, bagi mengelakkan saranan itu mencetuskan kesan kelak, pihak berkenaan perlu meneliti perkara itu secara serius agar ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Menurut beliau, penelitian di segi agama amat diperlukan agar ia tidak diambil kesempatan oleh pihak tertentu yang mengelak daripada dimadu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa dalam Islam, seseorang isteri dibolehkan mengemukakan permohonan taklik dengan syarat tertentu berdasarkan ketetapan hukum syarak.

Umpamanya kata Salleh, apabila seseorang isteri mendapati dia menjadi mangsa penderaan suami, tidak diberi nafkah atau tidak diperlaku adil, mereka boleh memohon cerai taklik.

``Kalau ada isteri yang nak tuntut taklik mereka kena pastikan mereka telah didera, tak diberi nafkah dan sebagainya oleh suami.

``Kita takut nanti, ada isteri yang ambil kesempatan memohon taklik dengan alasan tak sanggup berpoligami,

``Kalau minta cerai kerana tak nak berpoligami, itu tak boleh kerana Islam sendiri membenarkan poligami. Ini yang saya bimbang,’’ katanya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/27  at  12:04 PM

Assalammualaikum…

Saya banyak kali terbaca kisah fatimah r.a. dan larangan rasulullah terhadap saidina ALi utk memadukan fatimah. Pada masa itu, saya rasa macam tidak kena dengan sifat keperibadian Rasulullah, kemudian saya terjumpa lanjutan kisahnya yang tidak diceritakan oleh golongan anti-poligami.

Rupa-rupanya larangan Rasulullah itu sebab saidina Ali mahu dikahwinkan dengan putri Abu Jahal, sedangkan Abu Jahal menolak Islam yaitu menolak kewujudan Allah s.w.t. Itu yang dimaksudkan oleh Rasullullah s.a.w. jadi, mana mungkin putrinya dikumpulkan bersama putri seteru Allah. Sebab sudah jadi sejarah, tidak boleh pulak hendak dipertikaikan, seandainya yang hendak dimadukan itu putri dari golongan sahabat, mungkin lain pula keputusannya. Wallahualam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/23  at  11:58 AM

Salam.  Saya sudah pun membeli & membaca buku Tip-tip poligami.  Saya rasa buku ini akan menjadi lebih menarik jika diselitkan doa-doa & cara-cara isteri-isteri untuk berinteraksi sesama mereka. apa yang saya sedihkan ialah buku ini menyelitkan doa -doa untuk isteri-isteri mendekatkan suami kepada mereka sahaja. bagi saya ini menyuburkan budaya `membolot’ & bukannya berkongsi.
Saya sendiri berada di dalam hubungan di mana suami sudah bercadang untuk menikah seorang lagi. apa yang dapat saya pelajari ialah isteri-isteri bertanggungjawab untuk mengingatkan suami akan tanggungjawabnya kepada yang seorang lagi, bukannya menggoda hingga suami lupa kepada isteri & anak2.
Suami pula perlu menjadi seorang insan yang dapat mengawal diri & nafsu.  memang terasa suami lebih sayangkan yang sana, wajarkah ditunjukkan sedalam mana sayang pada yang sana pada sikap & perbuatannya ?
Sebagai contoh, pada yang sana diucapkan `sayang’, pada isteri & anak ucap sayang sekali sebulan pun payah.  Ini antara faktor2 yang menyebabkan saya rasa suami perlu menjadi seorang yang dapat mengawal nafsu & diri sebelum berpoligami.  Perbuatan suami & kawan yang seorang lagi yang boleh menyebabkan isteri yang sedia ada amat berat untuk menerima poligami.  Poligami menuntut perubahan besar, `paradigm shift’ bukan hanya pada isteri yang sedia ada tapi pada suami lebih lagi kerana dia bakal mengemudi. Ia juga menuntut kawan yang seorang lagi untuk menyiapkan diri.  Pokoknya, semua kena belajar untuk berada di institusi ini.

Page 2 of 2 pages  <  1 2

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: