Ada-ada Sahaja: Risiko Menulis Buku Motivasi yang Mengesankan
Ini bukan gosip. Sifu dengar daripada yang empunya cerita itu sendiri.
Semenjak, dua menjak (kata budak-budak muda sekarang) beliau terkenal sebagai penulis buku agama TRAVELOG HAJI, Prof. (perakaunan) Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, sekarang Pengarah UiTM Johor, beliau mengalami banyak peristiwa yang tidak pernah disangka akan berlaku kepada beliau.
Ada (perempuan-perempuan) yang meminta supaya beliau sudi diminta doanya.
Ada (perempuan-perempuan) yang mengadu masalah rumahtangganya.
Barangkali memang begitulah ujian yang disediakan Tuhan bagi pengarang (lelaki) yang menghasilkan karya yang diterima baik oleh pembaca, khususnya pengarang buku-buku agama lelaki. Mereka menjadi tempat orang-orang (perempuan) yang sedang mengalami krisis emosi, dan sedang mencari-cari sumber nasihat dan dukungan.
Terfikir oleh Sifu, perlukah penulis-penulis PTS mengikuti bengkel teknik kaunseling supaya mereka mengetahui prinsip-prinsip utama apabila terpaksa berdepan dengan klien (perempuan pembaca bukunya) yang datang dengan muka minta simpati?
Maklumlah, apabila perempuan mengalami masalah, mereka mencari tempat hendak meluahkan masalahnya, mereka cuma mahukan orang (lelaki) yang sudi mendengarkan cerita-ceritanya, yang sudi manaruh kasihan kepada dirinya. Kata pepatah orang putih, mereka 'mencari bahu' (lelaki) sekadar tempat menitiskan air mata. Mereka bukan mencari penyelesaian teknikal.
Kalau yang 'minta bahu' itu perempuan tua dan sudah tidak jelita lagi, ujian itu tidak berat. Tetapi (majoriti perempuan) yang datang itu masih muda dan masih jelita. (Entahlah, lazimnya perempuan muda yang mengalami krisis emosi di rumah lazimnya lebih memberi perhatian kepada penampilan mereka!)
Jadi, perlukah PTS mengadakan bengkel kaunseling untuk penulis-penulis selebriti PTS, yang hensem-hensem dan berkarisma - macam Dr. Tengku Asmadi, Osman Affan, Ahmad Fadzli Yusof, Shamsuddin Abd. Kadir - sekadar menyebut beberapa nama.
Kita hendak mengelakkan risiko fenomena "pada mulanya pengail hendak tarik ikan keluar dari air, tetapi akhirnya ikan pula yang tarik pengail masuk sungai", sebab apabila itu berlaku, produktiviti penulis PTS boleh jatuh! Ini problem buat bisnes PTS.
Kita tanya dahulu apa kata Prof. Kamil...
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan Sifu dan penulis-penulis PTS yang hensem-hensem belaka,
Saya amat bersetuju kalau bengkel kaunseling untuk penulis-penulis ini sebab kenyataannya memang ramai yang datang meminta bahu. Kalau iman tidak kuat memang boleh gugur semuanya. Lebih-lebih lagi apabila memakai kereta ‘sport’ seperti dalam hal saya ini, macam-macam tanggapan yang dibuat orang.
Ada yang merasakan bahawa saya sedang berhadapan dengan krisis di tengah usia (midlife crisis). Walhal sebenarnya tidak. Itulah kereta idaman saya sejak usia muda tetapi masa muda dulu mana mampu untuk memilikinya. Saya tahu apa yang saya lakukan tetapi mereka yang melihat tidak tahu.
Berbalik kepada soal risiko, saya sendiri telah masak dengan perkara sebegini. Ada ketikanya mereka pura-pura ada masalah semata-mata mahu mendengar suara kita dan mendekati diri kita.
Kalau sebelum ini Tipah Tertipu, kali ini Abang Long Tertipu pula.
Dengan adanya bengkel, boleh juga kami berkongsi cerita dan berkongsi cara bagaimana ia berjaya diatasi. Termasuklah sekarang apabila saya memberikan kaunseling, pintu bilik mesti dibuka luas. Kalau ada bilik berdinding kaca itu lebih baik.
Saya juga kini tidak lagi memberikan nombor telefon peribadi secara sebarangan sebab sudak banyak kali diganggu.
Jadi, bilakah agaknya bengkel ini mahu diadakan?
YTH Puanku Sifu yang selalu tersipu sipu,
Benarlah seperti apa yang kekanda katakan. Adinda pun sudah masak dengan fe’el kedua dua khalayak yakni pembicara dan audien.
Sebagai pengacara di radio sekian lama walaupun di sebalik tabir, dengan gigi palsu dan kepala yang botak pun pendengar (khalayak) akan menjadikan kita sebagai andalan atau pakar rujuk untuk hal hal peribadi.
Sudah terlalu banyak kisah seperti kata YM Tengku Asmadi yang saya lalui, Tipah dan Abang Long juga Tertipu. Maka eloklah sebagai peringatan diwujudkan bimbingan yang sedemikian. Walaupun runtutan darah muda selalu menewaskan akal hehehehe… peranan dan tugas memberi ingat patut ada.
Puan SifuPTS dan rakan-rakan,
Saya dulu ahli Persatuan Kauseling Sarawak [KASARA]. Jadi sikit-sikit tu dah belajarlah. Bab-bab kena goda ni susah sikit. Tak layan susah, takut dikata sombong.
Namun - jika ia bukan staf sendiri - biasanya saya tidak akan melayani lebih daripada sekali. Jika mereka pembaca THMSI, saya hanya menjawab panggilan atau SMS yang khusus sahaja. Saya sudah tahu menapis berdasarkan pengalaman.
Secara keseluruhan ia masih OK. Peminat-peminat buku THMSI adalah golongan yang nak pergi haji… heh… heh…
Kursus Kaunseling - OK juga.
Tuan Dr. Tengku yang mulia lagi hensem dan beraura,
Perempuan memang mudah terpikat kepada lelaki yang pandai berkata-kata di atas pentas! Mereka tidak membezakan lelaki yang di atas pentas dengan lelaki yang sama, tetapi sudah turun dari pentas.
Memang sesiapa pun yang berada di atas pentas adalah dalam keadaan sedang bersandiwara, sedang melakonkan skripnya, sedang memakai topeng, sedang memainkan watak lelaki ideal.
Perempuan-perempuan itu percaya lelaki yang di atas pentas itu konsisten tingkah lakunya - sentiasa serupa sepanjang masa.
Hehehe…. alangkah lurus bendulnya perempuan apabila terpana oleh karisma motivator yang memiliki ketampanan sosial seperti Tuan - sudahlah hensem, suara penuh tenaga, kata-katanya tersusun kemas, setiap patah diucapkan dengan bulat, ada ‘dr’, bergelar ‘tengku’ pula!
Aduh! Memang resipi yang baik bagi pelbagai ujian iman, baik kepada yang empunya diri, mahupun kepada klien-klien (perempuan) yang dalam kekosongan.
Assalamualaikum Puan Sifu,
Saya amat menyokong pandangan Puan Sifu bagi bengkel Kaunseling. Saya sendiri banyak diajukan persoalan yang memerlukan panduan dari Puan Ainon.
Saya mendaftarkan diri
Shamsuddin Abdul Kadir
0133060 529
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Tidak ada bantahan, jika boleh Puan, boleh bermula dengan pra entri di sini
Assalamualaikum.
Puan Ainon yang disegani, moga ceria selalu dan rakan-rakan penulis yang saya hormati.
Tergelak saya sendirian pagi tadi bila baca entri Puan Ainon di tahun baru ni. Bukan apa, seingat saya, masa kursus penulis sebagai trainer yang Puan Sifu anjurkan dulu, bukan perkataan ‘hensem’ yang Sifu berikan kepada saya, tetapi perkataan ‘tidak menakutkan’. Itu pun dah cukup bagus untuk saya.
Berkenaan ‘minta bahu’ tu, isteri saya memang selalu risau. Tambah pula bila saya cerita kepadanya bahawa program-program saya di universiti selalunya lebih ramai dihadiri oleh mahasiswi. (Mahasiswi lebih rajin menghadiri program pembangunan diri di universiti).
Setakat ini, tidak pernah pula terjumpa situasi ‘minta bahu’ ni, atau saya sendiri yang tidak sedar sebab terlampau lurus bila nak bantu selesaikan masalah orang lain?
Entahlah, bagus juga kalau ada bengkel ni. Dapat juga belajar daripada pengalaman orang lain.
p/s Amboi Tuan Sham, cepat betul dia mendaftar. Mesti banyak kena pinjamkan bahu sebelum ni.
Tuan Osman,
Tuan Sham itu memang nampaknya tidak sabar-sabar hendak berkongsi pengalaman bahunya asyik mahu dipinjam orang (perempuan).
Maklumlah, pengkhususan beliau adalah motivasi duit. Maka kelebihan beliau adalah peserta ceramah beliau (yang perempuan) nampak Tuan Sham sebagai lelaki beruang (uang = ejaan Bahasa Indonesia).
Sudahlah Tuan Sham itu “dark, tall and handsome”, hidung pun tajam, beruang lagi!
Hehehe… Rezeki bahu masing-masing!
Yang mulia Puan Sifu,
Bagus juga diadakan bengkel kaunseling untuk penulis-penulis selebriti Puan. Sekurang-kurangnya ia menambahkan skil kepada mereka. Selain daripada itu, ia menjadi peringatan dan kekuatan kepada para penulis berhadapan dengan klien.
Peringatan bahawa klien adalah klien, jangan korbankan profesionalisma hanya kerana jadi bahu tumpang menangis (a shoulder to cry on). Ia juga jadi kekuatan apabila para penulis sering bertukar teknik bagaimana menghadapi pelbagai godaan.
PS: Suka melihat rumahtangga para penulis PTS bahagia.
PSS: Seronok melihat jualan PTS meletup-letup. Saya terpaksa korbankan RM500 sebulan untuk buku-buku PTS buat anak saya (dia yang minta) dan sedikit untuk saya sendiri.
PSSS: Lebih kagum lagi dengan kehebatan Nabi Yusuf mengatasi godaan wanita (Zulaikha isteri Al-Aziz). Yusuf memang benar-benar hensem, bukan sahaja kerana rupa, tetapi caranya yang sememangnya memikat, bukan sekadar wanita zaman itu, bahkan wanita akhir zaman ini. Rupa-rupanya yang paling cantik dan paling hansem ialah yang sanggup mempertahankan imannya.
PSSSS: Teringat beberapa golongan yang akan dilindungi Allah di hari akhirat kelak. Antaranya ialah pemuda yang dapat mempertahankan diri daripada diperdaya wanita cantik.
Wallahu A’lam.
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
http://aspirasiku.wordpress.com (blog percubaan)
Salam…
Bila baca jadi lucu pula..Ye lah kan. Buku tu pasal haji, kenapa pula penulis jadi tempat tumpang bahu tentang “permasalahan lain”. Kalau tanya-tanya pasal haji tu boleh la saya terima kan. Saya pun belum lagi baca buku travelog haji tu sebab belum sempat ke kedai buku.
Oh ye Sifu, saya ni pensyarah bidang matematik. Saya hampir siap sebuah buku matematik untuk pelajar-pelajar menengah rendah. Buku ni sesuai untuk mereka yang kurang pintar dalam matematik tapi mahu pandai! PTS terbitkan buku matematik juga ke?
sekian
Imran Danial
wassalam
Puan Ayu Darlu,
Saya sudah baca blog Puan. Ini komen saya:
1. Bahasa Melayu Tinggi Puan elok dan kemas.
2. Sistem ejaan betul, kecuali amat sedikit.
3. Tatabahasa Puan betul.
4. Sistem tanda bacaan betul.
5. Tema entri Puan informatif.
Puan mempunyai bakat bahasa, dan bakat berkarya.
Assalamualaikum Puan,
Izinkan saya mengulangi apa yang ditulis oleh Puan di atas.
“Perempuan memang mudah terpikat kepada lelaki yang pandai berkata-kata di atas pentas! Mereka tidak membezakan lelaki yang di atas pentas dengan lelaki yang sama, tetapi sudah turun dari pentas.”
“Memang sesiapa pun yang berada di atas pentas adalah dalam keadaan sedang bersandiwara, sedang melakonkan skripnya, sedang memakai topeng, sedang memainkan watak lelaki ideal.”
“Perempuan-perempuan itu percaya lelaki yang di atas pentas itu konsisten tingkah lakunya - sentiasa serupa sepanjang masa.”
Apa yang puan utarakan ini pernah saya hadapi semasa belajar di IPTA dulu. Sebagai seorang Komander, kami diminta untuk memimpin lain-lain pelajar yang lebih junior.
Mahu tidak mahu kenalah tunjukkan sifat-sifat baik dan akhlak mulia kepada mereka. Semasa menegur dan diminta memberi nasihat, kata-kata semangat dan doronganlah yang sentiasa meniti dibibir.
Yang muda menawarkan diri menjadi adik angkat. Yang lebih tua pula mahu menjadi kakak angkat. Menjadi rebutan. Namun prinsip dan sifat malu yang amat menebal kurniaan Allah telah memelihara saya.
Bila terbaca entri puan yang ini, saya memikirkan selain kursus kaunseling untuk penulis-penulis PTS, perlu juga ditulis buku yang boleh menjadi pedoman kepada kaum hawa agar tidak mudah hanyut dengan melayan perasaan sendiri yang terlalu mengagumi seseorang insan yang dianggap ideal.
Insan ideal ini juga mungkin terdiri daripada pemimpin POLITIK, penyanyi, pelakon, pendidik dan pegawai atasan.
Semasa berhadapan dengan situasi ini dahulu, saya merasa cukup risau. Apakah yang akan terjadi jika bahu yang ditumpang itu adalah bahu selain daripada bahu orang yang macam Tuan Tengku Asmadi, Tuan Muhd Kamil dan Tuan Osman Affan.
Wallahu’alam.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Sekiranya Puan adakan bengkel teknik kaunseling itu, saya adalah di antara orang terawal yang akan hadir, sebab mahu duduk di depan.
Tuan Zakir,
Saya tertarik membaca pengalaman tuan di IPTA. Hmm… macam itu rupa-rupanya! Tolong masukkan episod-episod itu dalam jibunsyi yang tuan sedang tulis.
Tuan Alang!
Orang yang lebih layak memberikan bengkel itu adalah Tuan Dr. Tengku Asmadi!
Beliau tentu mempunyai banyak pengalaman yang dapat kita jadikan teladan, maklumlah, beliau adalah motivator yang pandai bab alih-mengalih. Jadi beliau dapat bantu kita semua beralih daripada teknik-teknik yang tidak betul sewaktu melayan kerenah pengagum kepada teknik-teknik yang betul.
Dulu semasa saya masih muda, ada peserta bengkel Lateral Thinking saya yang datang dari jauh, dia cari saya di pejabat saya di KL. Dia datang membawa kaset sebuah lagu yang dia cipta dan dia sendiri main (apa namanya instrumen muzik yang macam organ itu?) dan dia sendiri nyanyikan buat saya!
Mujurlah waktu itu pejabat saya cuma sebuah kotak kecil yang saya sewa dalam pejabat seorang peguam Cina. Jadi saya dan 3 orang pembantu saya semua duduk dalam kotak kecil itu. Jadi, pengagum saya itu tidak dapat cakap banyak, dan tidak dapat duduk lama.
Hmm… macam-macam cerita!
Assalamualaikum Puan Sifu,
Betul kata Tuan Osman itu, saya rasa beliau juga selalu mengalami situasi yang sama. Yang membezakan adalah beliau dapat mematahkan ‘serangan itu’ kerana dalam diri dia sudah ada antibiotik. Antibiotik itu dapat di lihat di dalam bisnes kad dia yang tertera Master in .....
Tuan Osman, saya tidak tahu kenapa apabila Puan Sifu ataupun Tuan ingin buat bengkel saya hendak jadi peserta pertama mendaftarkan diri.
Yang pasti banyak ilmu yang teramat berguna saya dapat. Insyaa-Allah Tuan Zamri Mohamad juga akan menjadi peserta setia, tidak begitu Tuan Zamri ?
Assalamualaikum Puan Sifu dan rakan-rakan seperjuangan,
Wah, banyak sungguh respon kepada entri ini. Nampaknya ramai yang berminat dengan bengkel sebegini dan ini menunjukkan kita semua mahu menjaga etika kerja sebagai trainer.
Waduh-waduh Puan Sifu, kata-kata Puan Sifu sahaja sudah bisa menggugurkan iman. Tidak terbayang kalau kata-kata sebegitu datangnya dari seorang gadis jelita, ayu dan manja pula. Bisa hancur.
Kalau Bengkel ini dapat direalisasikan saya bersedia mencurahkan tip dan pengalaman tetapi biarlah orang lain yang menjadi peneraju utamanya. Cukuplah saya berperanan sekadar tempelan sahaja.
Lelaki pun mahu bahu juga
Annete, gimme you shoulder please, please. pleeeaaaseee
http://www.tv.com/annette-otoole/person/1587/photos.html&pg_pics=1
Salam,
Saya mohon apabila diadakan bengkel ini nanti, ia tidak dihadkan kepada trainer sahaja.
Terima kasih didahulukan.
Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi,
“Bisa hancur.”
Pada zaman saya aktif di bidang training dahulu, memang ada 2 orang trainer yang saya kenal telah ‘hancur’ bisnes trainingnya oleh sebab dia tidak dapat menahan godaan dari “seorang gadis jelita, ayu dan manja pula.”
Salah seorangnya berjaya mendapat lesen tokoh terkenal bidang salemanship di US. Buku-buku tokoh itu memang evergreen dan sampai hari ini pun sentiasa dapat dibeli di kedai-kedai buku utama.
Apabila klien-klien beliau terhidu cerita bahawa beliau ter-mengalah kepada godaan gadis itu, maka ‘hancur’-lah bisnes trainingnya. Beliau terpaksa keluar daripada sektor training. Itulah cerita terakhir yang saya tahu….
Majoriti pegawai yang menjaga urusan latihan kakitangan adalah perempuan, lebih-lebih lagi dalam sektor kerajaan. Inilah yang menjadikan isu ‘perempuan kedua’ sangat sensitif. Mereka takkan mahu ambil trainer yang dikaitkan dengan gosip perempuan.
Post a comment