Ada-ada Sahaja: Yang Paling Banyak Bertanya Tentang Royalti…
Pegawai-pegawai PTS sudah banyak kali mengadakan sesi taklimat dan ceramah tentang penulisan buku di kampus-kampus kolej dan universiti.
Suatu perkara yang diperasani adalah, pensyarah yang banyak bertanya tentang bagaimana PTS membayar royalti, ataupun mempertikai sistem royalti PTS, ataupun yang membandingkan sistem PTS dengan sistem penerbit lain, akhirnya terbukti mereka tidak produktif menulis...
Ini berbeza dengan pensyarah yang akhirnya banyak menulis. Sewaktu dalam majlis taklimat ataupun kursus, mereka langsung tidak bercakap tentang royalti.
Mengapa agaknya, yang banyak cakap fasal royalti akhirnya tidak mendapat cek royalti. Yang langsung tidak mahu bercakap fasal royalti pula yang dapat berkeping-keping cek royalti...
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Barangkali yang diam itu menulis untuk menulis @ kepuasan sedangkan yang banyak bertanya itu menulis untuk uang sahaja.
——-
Err…bukan terbalik ke saudara MBA?
Saya menulis untuk berkongsi ilmu, menambah portfolio, dan meletakkan makanan di meja.
http://fablefox.com/blog/?page_id=19
Sebab itu saya kadangk-kala hantar artikel ke HUGI, walaupun tidak dibayar, hu hu hu :-(
Saya pula menulis bagi menyampaikan ilmu yang sedikit ini. Kawan saya pula sibuk bertanya bagaimana dengan royalti?
Rasa malas pula hendak menjawab.
Buku belum dihasilkan sudah sibuk tanya pasal duit. Entahlah, adakah menulis kerana duit, atau nama atau kepuasan?
Tanyalah diri sendiri!
Mata kalau sudah nampak nombor sahaja, mana nak nampak huruf… (Saya nampak dua-dua tapi saya nampak huruf-huruf terlebih dahulu)
Post a comment