Ada-ada Saja: Editor Universiti Minta Royalti
Dalam Persidangan Penerbitan Ilmiah di Johor Bharu, seorang pembentang kertas kerja yang pernah mengedit buku rakan sejawatnya di sebuah universiti mengemukakan idea supaya:
(a) Nama editor dicetak pada kulit buku.
(b) Supaya penulis berkongsi royalti dengan editor bukunya.
Nota: Adalah menjadi amalan biasa bagi penulis yang benar-benar menghargai sumbangan editornya menuliskan penghargaannya itu dalam ruang 'Daripada Pengarang' bukunya.
.
.
(a) Nama editor dicetak pada kulit buku.
(b) Supaya penulis berkongsi royalti dengan editor bukunya.
Nota: Adalah menjadi amalan biasa bagi penulis yang benar-benar menghargai sumbangan editornya menuliskan penghargaannya itu dalam ruang 'Daripada Pengarang' bukunya.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya setuju jika editor tesis diberi royalti juga.
Kerja editor bukan senang. Bukan hanya membaca pruf malah juga membetulkan fakta yang salah.
Saya pernah menerima tugasan menyunting tesis seorang pensyarah yang belajar di London. Sudahlah bahasanya tunggang langgang, maklumat juga banyak yang salah kerana tersalah menyusun ayat. Tugasan dikongsi bersama kakak kerana saya ada tugasan lain. Teruk juga telinga mendengar bebelan kakak yang arif dalam subjek tesis tentang kualiti penulisan tesis itu.
Yang paling malang dia tidak membayar invois saya hingga ke hari ini. Katanya bila menerima invois, caj saya seperti kadar London. Sedangkan saya mengenakan caj mengikut kadar biasa di Malaysia dan waktu diberi sebut harga dia tidak pula menyatakan caj saya tinggi. Saya sedang tunggu beliau pulang ke Malaysia dan akan menghubungi beliau sendiri di universitinya untuk menagih hutang itu.
Dia terlupa, di zaman siber ini, mana mungkin seorang pensyarah boleh ghaib begitu sahaja. Sudahlah begitu nama beliau bila kali pertama saya baca memang bergemercing loceng di telinga.
——-
Salam….
Saudari Siti Hajar,
Untuk maklumat puan, semua maklumat terperinci mengenai pensyarah-pensyarah di IPTA seluruh Malaysia boleh diteliti di alamat berikut:
expertacad.ukm.my/expert/
Cari saja ikut huruf nama pensyarah. Semua pensyarah diwajibkan mengisi profail masing-masing di sini…
Wasalam
saya rasa tidak setuju.
anda bayangkan editor memang penting tetapi mereka hanya mengemaskinikan bahan dan material dari buah idea penulis.kepentingan lebih kepada tatabahasa dan gaya bahasa.mereka tidak terlibat dalam proses mengolah bahan mentah menjadi produk ilmu kepada pengguna terakhir.
sama pentingnya mereka seperti pemain muzik yang memainkan alat muzik mengikut rentak susunan muzik yang digubal oleh pencipta lagu. meraka dibayar untuk khidmat sahaja sedangkan hak cipta lagu hanya milik penulis lirik dan pencipta melodi sahaja!
saya pernah bekerja dengan editor (saya hanya eksekutif sumber manusia). mereka menunggu hasil karya dari penulis untuk diedit. jika tidak ada bahan dari penulis (mungkin syarikat penerbitan tersebut tidak seproduktif PTS) mereka duduk membaca (kantoi bukan baca buku tapi katalog!).sungguhpun begitu mereka tetap menerima gaji tetap RM 1,800-2,000 tiap2 bulan walau pada bulan tersebut tiada karya untuk di edit!
berlainan dengan penulis mereka hanya dibayar untuk royalti buku yang laku. jika tidak laris atau tidak ada buku baru mungkin mereka dapat ciput sahaja!
Saudari NeenaUmi,
Terima kasih. Saya akan simpan URL itu.
Saudara Faisal,
Jika sudah dibayar gaji saya juga tidak setuju jika mereka hendak royalti juga.
Jika saya diminta menyunting terjemahan dan terjemahan itu akan dibukukan, saya lebih suka jika diberi royalti. Ini kerana, selain tatabahasa, [gaya bahasa tidak diubah waktu menyunting, itu kreativiti penulis] saya juga perlu menterjemahkan semula bahagian yang salah diterjemah. Jika sudah hampir 50% atau lebih terjemahan perlu dibetulkan, ini pernah berlaku, lebih baik saya dibayar royalti buku itu atau caj penterjemahan itu.
Begitu juga jika menyunting karya adaptasi. Jika sudah hampir atau lebih 50% fakta asal tidak betul dan perlu diubah dan ditulis semula, sudah tentu saya mahu habuan saya dalam bentuk royalti juga.
Selalunya jika mendapat tugasan begitu saya akan pulangkan kepada pemberi tugasan.
Saya rasa rakan sejawat pembentang kertas kerja itu memberikan bahan yang begitu mentah hinggakan beliau perlu berpeluh-peluh menyiang, menyediakan bumbu dan akhirnya memasak bahan itu supaya dapat diterima para penilai tesis itu.
Jika teks itu mudah disunting, kami tidak akan minta royalti. Cukup dengan bayaran sahaja.
penyelesaian sdri siti hajar ialah definasi editor itu sendiri.jika menterjemah ia juga dibayar royalti.
jika penulis menghantar meterial tidak sempurna sebaiknya bincangkan dengannya tentang royalti.tetapi tidak semua penulis begitukan?
Kalau begitu halnya, syarat pertama editor tidak perlu dibayar gajilah, sama seperti penulis asalnya. Hmmm
Kalau begitu untung besar jadi editor… Apabila sampai masa pencen… terima royalti beratus-ratus buah buku yang telah di editnya.
RESPONS PUAN AINON: Sdr Walimatulurus, ada 2 kategori editor di PTS. (1) Mereka yang bertugas sebagai pegawai tetap yang dibayar gaji bulanan. (2) Mereka yang bertugas sebagai editor kontrak yang dibayar honorarium bagi setiap job yang dibuat. Tidak ada isu pencen, semua mencarum dengan EPF. Tidak ada isu editor PTS terima royalti daripada kerja-kerja editing.
Post a comment