Monday, January 22, 2007

Ada Orang Mendengar Suara Kita

Ini nota yang masuk ke blog ini:

Salam untuk Puan Ainon,

Saya mengikuti penuh minat tentang cetusan rasa puan tentang kedudukan industri buku tempatan kita. Saya kira sudah tiba masanya untuk isu ini diketengahkan supaya industri buku terbitan tempatan mendapat pembelaan.

Dan saya kira sekarang ialah masa yang sesuai untuk berjuang kerana pada suku pertama setiap tahun ialah masa para pegawai kerajaan di bahagian kementerian kewangan duduk meneliti dan berbincang tentang perkara-perkara atau insentif / cadangan baru yang dikemukakan kepada mereka.

Jika puan pergi ke Putrajaya, puan pasti dapat melihat kereta mercedes besar-besar datang untuk mengemukakan masalah mereka agar dipertimbangkan oleh kerajaan dalam bajet akan datang.

Para pegawai ini perlu merangka isi-isi Bajet Nasional 2008 nanti. Pada setiap tahun para akauntan akan dijemput mengemukakan cadangan tentang berbagai isu dan insentif cukai.

Supaya lebih berkesan dicadangkan supaya pihak persatuan penerbit Melayu Malaysia mengemukakan cadangan tersebut dan disokong oleh mana-mana ahli politik yang memahami isu ini.

Insentif cukai (pengecualian) untuk penerbit baru buku tempatan, penerbit karya ilmuan Islam dan ilmuan Melayu yang original, karya kreatif, karya kartunis tempatan, royalti lukisan kartun dll.

Selain itu geran khas untuk sesuatu projek penerbitan khas dalam Bahasa Melayu.

Pengecualian cukai untuk buku karya tempatan yang diekspot ataupun apabila terjemahannya diekspot.

Pengecualian cukai dua kali ganda untuk karya motivasi / ilmuan terhadap royalti pengarang.

Peruntukan pinjaman dengan kadar faedah rendah ataupun dana khas untuk para penerbit tempatan yang menerbitkan buku-buku ilmu dan motivasi (bukan buku cinta tak bermutu).

Saya pasti puan mesti punya lebih banyak idea tentang hal ini.

Insentif ini bermanfaat kepada masyarakat kerana:
- menggalakkan budaya pembacaan
- menggalakkan penciptaan / karyawan tempatan
- menggalakkan perkembangan ilmuan dalam Bahasa Melayu
- perjuangan untuk Bahasa Melayu
- dan macam-macam lagi…

(Memang isu politik yang bagus untuk mana-mana wakil rakyat!)

Kertas cadangan harus dikemukan kepada Kementerian Kewangan Bahagian Bajet di Putrajaya. Setelah itu jika cadangan diambil peruntukan akan dibuat dan diagih-agihkan kepada kementerian / jabatan lain seperti SMIDEC.

Saya kira tidak ada sebab mereka tidak mempertimbangkannya. Sekian.

Nor.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(23) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hakcipta Kisah Hidup Saudara Previous entry: Lagi-lagi Puisi Cinta Islami
rastom  on  01/22  at  07:23 PM

Alhamdulillah! Saya yakin ini respon yang bona fide lagi mencerahkan!
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  09:24 PM

Alhamdulillah ada yang dengar! Sekarang biarlah ada yang ambil tindakan. Perkara yg bagus elok disegerakan.

alang kelana  on  01/23  at  01:42 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu, Pak Rastom, Puan Normah, et al,

Mendengar suatu perkara, tetapi bertindak selepas mendengar suatu perkara yang lain, dan belum tentu keduanya berturutan… smile

Puan Ainon Mohd.  on  01/23  at  07:49 AM

Encik-encik dan Tuan-tuan,

Surat ini sudah kita hantar ke Presiden MABOPA supaya isu-isu itu dibincangkan dengan pihak Kementerian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  10:44 AM

Hakikatnya, Ahli Parlimen (tak kira BN atau Pembangkang) yg mesra bahasa dan buku merupakan spesis hampir pupus (jika tidak pupus terus). Nama-nama spt Dr Nungsari, Dato’ Ron dll sudah tiada lagi. Nama-nama yg ada brand bahasa dan buku spt Dato’ Johan Jaafar sudah berubah.

Tak kiralah kalau MABOPA ke, atau mana2 persatuan lain yg cuba - selagi tidak bernatijahkan Anak Menantu PM - usah tunggu buah yg tak gugur.

Kesimpulannya senang - kaitkan si KJ itu dalam agenda bahasa dan buku. Kalau Halal Hub boleh, agenda mencerdikkan bangsa pun boleh. Heret Puteri UMNO sekali. Orang muda perlu diajar kembali menjadi idealistik.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  11:39 AM

Saya ada kisah benar nak diceritakan.

Ia berkaitan sepatah kata ajaib. Macam kata “Zam-Zam Alakazam”. Kalau dalam kisah Aladdin, ajaib itu muncul dgn mengosok lampu antik, maka kisah saya ini hanya perlu sebut perkataan itu lantas keajaiban berlaku.

Kisah ini berlaku tahun lepas, 2006. Saya sendiri salah seorang protagonisnya.

Seorang kakitangan kerajaan pangkat rendah telah kemalangan jalan raya sewaktu hari Sabtu masih kerja sekerat hari. Dia tunggang motorsikal sambil kandar kerusi di bahunya. Kerusi itu dilupus oleh pejabatnya tapi masih boleh diguna jika diperbaiki. Kerusi itu untuk keselesaan anaknya belajar di rumah. Mereka tinggal di rumah pangsa murah di Kuala Lumpur.

Akibat patah dua bahagian tulang kakinya (pergelangan tangan juga patah), kawan kita ni cuti sakit hampir setahun. Satu sebab jadi lama ialah kerana umurnya yg melebihi 50 tahun. Kata orang proses pembaikan tubuh agak perlahan berbanding usia muda. Satu sebab lagi ialah pembedahan pertama betulkan patah kaki jadi tak betul kerana perlu dibedah semula.

Selepas keluar wad, dia terpaksa ulang-alik hospital untuk rawatan. Kena naik teksi.

Sejak dia mula kerja puluhan tahun lalu, gajinya telah dipotong untuk caruman Socso. Jadi dia berhajat benar utk buat tuntutan dgn PERKESO. Maka proses tuntutan pun berlaku, hatta temuduga di peringkat jabatan.

Tapi kita tahulah gaja kerja PERKESO ini. Macam tuntut insurans jugaklah. Segalanya dicari supaya TAK PERLU BAYAR. Apa boleh buat, kawan kita ni kemalangan jam 11.00 pagi waktu pejabat. Amalannya time minum dia bawa balik kerusi lupus itu.

Secara rasmi, mana ada time minum dalam waktu pejabat. Itu semua budi bicara ketua jabatan tanpa bertulis. Jangan melampau2 udah. Kena tanggung sendiri. Pendek cerita, tuntutan ditolak. Rayuan pun ditolak.

Saya tahulah. Saya yg sedia semua urusan dokumentasinya, malah jadi saksi semasa temuduga dgn PERKESO.

Kawan kita ni ralat bangat. Sudahlah kakinya tak seperti dulu, nak cover belanja rawatan pun tak dapat. Dia tak faham apa perlunya gaji dipotong sekian lama tapi tuntutan kantoi.

Keraplah rawan dan hiba hatinya diluah. Telinga saya sasarannya. Akhirnya saya sendiri tak tahan lagi.

Maka saya beritahu dia mahukah tahu satu perkataan ajaib? Sebut perkataan ini maka hajat tertunai. Sebut kena slow22, iaitu macam berbisik. Yalah, perkataan ajaiblah katakan.

Kawan kita ni hanya boleh angguk.

“UMNO” kata saya berbisik.

Hang kan hari2 lalu depan PWTC tu. Stop sat naik tingkat 37 ka, 38 ka - janji ada UMNO. Hang letak saja fail yg setimbun tu kat kaunter depa - kata mintak tolong. Lepas tu buat muka sekupang.

3 hari dia cuti tergempar. Bila datang ofis gelabah lain macam. Heret saya tersorok sikit ajak bersalam. Ada sekepul duit not RM50. Saya kira ada ada 20 keping. Tanya dia, “ni duit apa?”. Dia kata isterinya suruh beri setengah, tapi dia rasa saya boleh terima RM1,000.

Dia pun cerita. Macam mana dia naik tingkat berapa kat PWTC tu. Letak fail kat kaunter. Ada orang datang tengok dan suruh tunggu. Lepas setengah jam dapat surat suruh bawak pi PERKESO. Bila dia bawak pi, PERKESO suruh dia datang esoknya. Ambik cek RM8,000.00. Setengah yg isteri dia cakap tu maknanya RM4,000.00. Sebab saya yg tolong sebut perkataan ajaib.

Saya masuk duit dalam kocek baju. Baju dia. Ambik sekeping RM50/- beri dia balik. Petang pegi Pasar Keramat beli pisang goreng ka, murtabak ka - kita pekena satu ofis.

Apa kena-mengena kisah ni dgn kita kat sini?

Kena.

Perkataan ajaib ..., “UMNO” .....
ingat, mesti dibisikkan.

mohamad kholid  on  01/23  at  06:27 PM

sdr belalang…

mana ada kakitangan kerajaan caruman perkeso!

Puan Ainon Mohd.  on  01/23  at  07:17 PM

Sdr Belalang,

Jawablah pertanyaan Tuan Mohamad Kholid itu! Jawab, jangan tak jawab!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  11:18 AM

Salam Tuan Mohamad Kholid dan Sifu PTS,

Jawapnya ada.

Periksa semula fakta tuan.

Saya tulis caruman Socso, bukan caruman Perkeso. Tuntutan dibuat kepada Perkeso. Socso sudah jadi sebahagian Perkeso.

Kakitangan agensi kerajaan memang mencarum Socso, terutama sebelum SSB dulu. Kakitangan kerajaan maknanya termasuk semua badan berkanun sebab guna skim perkhidmatan kerajaan dan tertakluk kepada JPA.

Kalau perlu saya boleh beri no telefon Cik Mastura di Perkeso WP untuk sahkan. Orangnya manis tapi tegas.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  12:01 PM

Saudara Belalang,

Maafkan saya kerana mencelah.  Setahu saya PERKESO – PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL dan SOCSO ialah SOCIAL SECURITY ORGANISATION (versi Inggeris) ~ kedua-duanya adalah sama kecuali bahasanya sahaja yang berlainan – rujuk http://www.perkeso.gov.my.

Dan berdasarkan kepada pengalaman saya yang cetek ini, pegawai badan berkanun tidak dianggap sebagai pegawai kerajaan.  Contoh :  Sijil atau borang pengesahan yang diperlukan semasa permohonan biasiswa JPA, menghendaki tandatangan pengesahan oleh pegawai pengurusan kumpulan A/professional (yang hanya dirujuk kepada pegawai kerajaan sahaja).  Borang yang ditandatangani oleh pegawai dari badan berkanun, walau setinggi manapun pangkatnya, masih tidak diterima, kerana tidak dianggap sebagai pegawai kerajaan.

Saya rasa isu di sini, bukanlah percaya atau tidak percaya, tetapi ‘pernyataan fakta’.  Dalam mahkamah, sekiranya fakta yang diusulkan boleh menimbulkan sedikit keraguan, maka tertuduh boleh dianggap tidak bersalah.

Seorang perawi hadis, mestilah bersih dari perbuatan menipu dalam hayatnya, ini termasuklah bersih dari bercakap tentang perkara yang boleh menimbulkan keraguan.

Maafkan saya sekali lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  12:57 PM

Jawapan awal saya agak umum.

Kakitangan kerajaan yg pilih skim KWSP (berbanding skim pencen) kena mencarum ke Socso. Begitu juga kakitangan baru yg belum cukup tempoh untuk membuat pilihan skim..

Socso ialah insurans kemalangan kerajaan. Perkeso ialah badan pengurusannya. Sekarang, kakitangan kerajaan boleh pilih skim insurans (swasta) lain, jika mahu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  01:11 PM

Kerana Cik Norjihan sudah menyebut mahkamah - maka saya anggap telah disepina untuk membuat kenyataan. Cuma berbeza Razak Baginda, affidavit saya tidak diguna sebagai hujah memohon jaminan keluar.

Bukan cetek, mungkin tohor.

Bagaimana mungkin pegawai2 DBP, atau IPTA contohnya (semuanya badan berkanun) tidak dianggap sebagai pegawai kerajaan. Terutama bila disabit dengan tandatangan yg tak laku utk pengesahan mohon biasiswa JPA - walhal antara pemohon itu ialah siswa/i IPTA sendiri utk lanjut pelajaran dsb. Apakah tandatangan NC, TNC, Pendaftar, Dekan contohnya tidak laku di JPA? Saya amat meraguinya.

Mungkin yg lebih penting, setiap kali PM umum baget dan “kakitangan kerajaan” dapat bonus - ia tidak membataskan definisi yg berkaitan.

Tapi, ada apa dgn semuanya ini? Dgn kita di UNIKA?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  01:38 PM

Saudara Belalang,

Sekadar berinteraksi dan menghangatkan suasana. 

Bukankah dalam pelajar-pelajar yang banyak berinteraksi dalam kuliah dan aktif dengan berbagai aktiviti dan isu di universiti lebih berwibawa di dunia luar.

Lagipun, sebenarnya saya sedang stres dengan kerja.  Sedang menyediakan laporan audit untuk pelanggan - jadi sekali-sekala ingin juga keluar dari kotak.

No hard feelings, okay?  smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  02:44 PM

Mungkin kerana saya sabitkan “ajaib” dgn “UMNO”. Puan Sifu tentu senyum sekarang.Maaf Puan Sifu - namun sebagai universiti terbuka, tentulah apa saja perlu terbuka untuk diperkatakan. Bak kata Sdri Norjihan - interaksi utk lebih mewibawakan. Dan moto UNIKA utk memandaikan bangsa.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  05:39 PM

Puan Sifu,

Saya ada satu saran.

Saran saya ini bernatijah komersil justeru hari ini hanya saran komersil yg mendapat tempat di khalayak umum dan marhaen.

Saran saya ini supaya “Orang Mendengar Suara Kita”.

Saran saya juga Quranic Compliance. Ayat pertama Al-Iqra.

Satu rancangan realiti tv pertandingan MEMBACA teks berbahasa Melayu. “Baca Suara Kita”. Intelligence In Reality TV.

Umur peserta tiada had bawah atau atas. Dari bebudak sekolah hingga ke profesor pencen. Anak Cina Kelantan hingga Harjit S Hullon.

Bukan sekadar membaca, tapi membaca dgn Betul & Bergaya. Ingat Rahim Razali dalam Alang Rentak Seribu.

Ada baca semata-mata membaca, ada baca pantun, gurindam, syair, qasidah, marhaban dll. Baca santai macam SM Salim menyanyi. Mungkin ada baca eleman hip-hop, rap ala Ahli Fiqir dll. Pokoknya membaca ..., dgn suara yg lantang, jelas sebutan & intonasinya, ya .., betul pitchingnya, kena idram mak’runahnya dll.

Teksnya dipilih. Karya klasik Melayu yg banyak dikuburkan itu dihidupkan kembali. Teks digarap supaya ada unsur bacaan penglipur lara, siap dgn gurindam dan pantunnya dll. Teks yg mendidik. Sarat dgn nilai murni kemanusiaannya. Teks yg mampu memulas nurani.

Bacaan sekitar 15 minit. Ada sesi soal jawap dgn panel hakim. Diolah secara santai.

Membaca seperti WS Rendra. Bergaya seperti Eman Manan. Mengalun bak Jah Lelawati.

Nama-nama seperti Pak Samad Said, Adibah Amin, Dato’ Aziz Tapa, Sabri Yunus, Baha Zain dll sebagai juri. Mungkin DSAI. Bersama Mat Sabu.

Puan Sifu PTS sebagai pengacara. Diganding dgn Prof. Dollah yg baku sebutannya.

PTS sebagai content/service provider. DBP sebagai corporate sponsor. ZAM sendiri sebagai penaung. Kalau DBP culas, saya rasa banyak corporate brand lain yg mahu.

Dipentas/dirakam di auditorium2 IPTA.

Forum, Bicara Siswa et al semuanya klise dan tepu.

Realiti TV cari jodoh, makan usus haiwan, nyanyi sumbang et al makin meluat dan jemu.

Ada selebriti undangan seperti Kopratasa, Kulintangan Beaufort Cultural Group, dan yg sewaktu dgnnya.

Mungkin Norjihan setuju kita keluar kotak dan bikin sesuatu yg gempaq tapi ada kebijaksanaan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  05:44 PM

sebagai protes sebab unnecessary editing, saya tak minum air kacang soya selama 3 hari.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  08:29 PM

Puan Sifu, Saudara Belalang,

Cadangan itu bagus juga.  Saya ada sedikit cadangan tambahan kepada rangka modul yang dicadangkan oleh Saudara Belalang.

Tambah satu segmen kupasan buku / teks / persuratan.  Peserta menyatakan apa yang difahami, diperolehi dan digarap dari hasil pembacaan tersebut dan diaplikasikan dengan situasi kehidupan sebenar.  Berdasarkan kepada pelbagai caragaya berfikir; lateral, deduktif, kritis dsb. dan melalui kepelbagaian persepsi.

Cara membaca ‘read between the lines’.

Contoh :

Siri Harry Potter

Apakah isu yang diketengahkan oleh JK Rowling?
- perkauman
- proses persahabatan
- tidak ada seorang pun yang sempurna, setiap manusia ada sifat-sifat negatif dan positif masing-masing.
- Kepemimpinan
- Kesetiaan dan pengorbanan
- Perubahan pandangan dan sikap setiap individu selari dengan proses pembesaran/pertumbuhan manusia – kanak-kanak, remaja, dewasa – proses yang membentuk kematangan.

Masyarakat harus dilatih membaca dan memahami apa yang dibaca bukan setakat pada nilai literalnya sahaja, tetapi mesej yang tersirat.

Ramai pelajar yang membaca banyak buku untuk menambah kuantiti buku yang dibaca dalam Buku Nilam, tetapi mereka tidak faham apa yang dibaca. 

Dalam mengimarahkan budaya membaca, bukannya dengan memberi anugerah Buku Nilam, tetapi menggalakkan aktiviti membaca sebagai salah satu aktiviti keluarga, di mana buku tersebut dibaca oleh semua anggota keluarga termasuk ibu-bapa dan diadakan sesi perbincangan dalam keluarga.

Oh ya, untuk undian SMS, kutipan SMS boleh digunakan untuk membina perpustakaan mini di rumah anak-anak yatim yang kurang mendapat perhatian pihak komersil (rumah anak yatim miskin).

mohamad kholid  on  01/24  at  08:52 PM

Sdr Belalang

Tentang socso dan perkeso tu… Saya makin tak faham (makin bebal agaknya aku ni).  Huaah huaah huaaah…

Sdr Norjihan

Kalau nak derma jangan guna sms.  50% daripada kutipan derma sms itu disalurkan kepada syarikat pengendali.  Dalam kutipan derma sms mangsa tsunami dahulu, hanya beberapa kerat sahaja yang sampai ke penerimanya.  Salurkan terus kepada penerima - lebih afdal…

rastom  on  01/24  at  09:12 PM

Yang 50% kepada pengendali itu pula entah ke saloran mana pula dilaburkan? Jangan subahat!

alang kelana  on  01/24  at  09:41 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu, Pak Rastom, et al,

“.....Yang 50% kepada pengendali itu pula entah ke saloran mana pula dilaburkan? Jangan subahat!..”

Adakah Pak Rastom maksudkan DILEBURKAN? smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/25  at  01:47 PM

Puan Sifu,

PTS boleh tubuhkan PTS Channel iaitu penerbit rancangan televisyen. Puan Sifu jadi moderator. Tetapi jangan terlalu formal dan protokol. Kita buat lebih santai seperti rancangan Sensasi di TV3.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/25  at  03:19 PM

Hebat.

Ho Leng kata orang Cina.

PTS belum setuju jadi content provider, kita berdiskusi tentang agihan laba. Ya tak ya jugak, mana tahu ada mamat yg copyrightkan modul ini .., kita jugak yg nganga.

Tuan Kholid,

bab socso/perkeso & kata ajaib tu .., saya kira pendekatan Cik Norjihan kita bagus bangat iaitu “read between the lines”. Yg lebih penting ialah kata ajaib itu terbukti boleh diguna pakai kerana prosedur kerja tewas dgn letterhead parti (dalam hal ini bernatijah baik).

Matlamat menghalalkan cara.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/26  at  12:58 AM

Semua warga UNIKA yang prihatin,

Saya akan memberikan informasi yang sedikit selebihnya saudara perlu mencari jawapannya dengan bertanya sendiri kepada kenalan terdekat dalam sector kerajaan.

Saya akan memberikan penerangan ringkas mengenai PERKESO. Akta PERKESO (Pindaan) 1992, memperuntukan bahawa semua pekerja tanpa mengira saiz firmanya yang menerima gaji sehingga RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Ringgit Sahaja) sebulan dikehendaki menyumbang kepada PERKESO.

PERKESO melindungi pencarum melalui dua skim iaitu; Skim Kecederaan Pekerja dan Skim Pencen Ilat.

Bagaimana kesnya jika sudah lama tempoh perkhidmatan hingga gaji akhir pencarum melebihi paras RM2,000 adakah mereka masih dilindungi di bawah Akta PERKESO?

Jawapannya ya!

Walaupun pada mulanya pencarum bergaji dibawah paras RM900 dan kemudiannya dinaikkan pangkat dan gaji menjadi RM3000 beliau masih terus menerima perlindungan dan perlu mencarum sehingga tempoh persaraan/akhir perkhidmatan.

Ini kerana PERKESO mengamalkan prinsip ‘sekali dilindungi terus dilindungi, tanpa mengambil kira upah yang diterima’.

Tetapi sebagai pengamal sumber manusia dalam sector industri swasta saya tidak arif tentang aplikasinya dalam sektor awam terhadap kakitangan kerajaan.

Sekian, laporan saya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: