Adakah Ini Melanggar Undang-undang Hakcipta
Tuan Zamri Mohamed melaporkan dalam blog beliau perkara seperti di bawah:
"....satu laman web yang mengumpulkan artikel-artikel percuma dalam laman web dalam satu e-buku.
Adakah pemilik laman web itu melanggar akta hakcipta?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan Sifu,
Saya dihubungi oleh Tuan Zamri melalui emel memaklumkan perkara di atas. Rupa-rupanya sebahagian artikel yang dijual di dalam ebook itu mengandungi isi kandungan 1-2 bab dalam buku “Hidup Tenang Walaupun Berhutang”.
Penjual ebook itu ada menghubungi saya melalui emel selepas dimaklumkan oleh Tuan Zamri. Beliau meminta kebenaran untuk terus melakukan apa yang telah dilakukannya.
Saya harus merujuk kepada Puan Sifu dan penasihat undang-undang hak cipta PTS sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya sama ada membenarkan ataupun sebaliknya.
Ah… saman sahaja. Sudah diberi betis, hendakkan peha pula.
“Penjual ebook itu ada menghubungi saya melalui emel selepas dimaklumkan oleh Tuan Zamri. Beliau meminta kebenaran untuk terus melakukan apa yang telah dilakukannya.”
Kurang ajar betul penulis e-book itu. Mementingkan diri sendiri. Jangan lembut hati. Kalau dia diberi peluang untuk meneruskan kegiatan haramnya itu, maka ramai lagi yang akan menurut tindakan beliau.
Itu satu taktik baru pencetak rompak. Hari ini sedut Bab 1 dan Bab 2, esok dia buat e-book lain pula, sedut Bab 3-4. Kemudian dia terus kata, “Alah 1-2 bab sahaja. Bolehlah, saya teruskan jual e-book ini ya? Ya? Ya?”
Manusia yang memberi peluang kepada penjual e-book adalah sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim manusia terhadap dirinya sendiri.
Sepatutnya penjual e-book itu meminta maaf dan berjanji untuk tidak meneruskan kerja haramnya itu.
Saya sangat tidak bersetuju apabila hasil kerja dan penat lelah kita tidak dihormati oleh orang lain. Usah diberi kebenaran. Kalau dia ikhlas kenapa tidak dari awal-awal lagi meminta kebenaran. Sekurang-kurangnya boleh juga kita kira berapakah imbuhan yang patut diterima. Ini tidak, ambil jalan singkat sahaja.
Saya juga Anti-Cetak-Rompak.
Saya benci lanun cetak rompak!
Kami benci lanun cetak rompak. Lanun cetak rompak tidak bermoral.
Lanun cetak rompak dayus.
Lanun cetak rompak sama macam anjing hina.
Lanun cetak rompak lebih hina daripada pelacur.
Lanun cetak rompak berperangai jijik.
Lanun cetak rompak tidak sedar diri, ego, parasit dan pergi jahanam.
Lanun cetak rompak suka makan najis.
Berapa nilai ‘upah’ untuk “copy and paste” dan tukar kepada format pdf? Saya rasa antara 1 hingga 2 sen sahaja.
Berapa yang dia “jual” di pasaran? Berapa pula royalti yang diberi kepada pemilik asal artikel? Mengambil penulisan orang lain dari ayat ke ayat, dari perenggan ke perenggan adalah plagiarism. Tanpa kebenaran dan pembayaran royalti, ia adalah pencerobohan harta intelek.
Saranan saya kepada si pembikin: Tulis sahaja e-book sendiri. Bukankah itu lebih baik dan mempunyai leverage jangka panjang?
Apa? Susah?
Tahu pun!
Bagaimana kalau dibuat satu e-book dengan masukkan 1 bab dari mana-mana buku (dengan izin) sambil meletakkan promo buku tersebut dalam e-book tersebut.
Ada penulis yang mungkin bersetuju? Royalti kena kira juga?
Amboi, susah-susah saja.
Royalti mestilah dikira. Tapi kena amanahlah, bang. Janganlah kata e-book tu dibuatnya 1000, royaltinya untuk 10 buah. Hai, taktik.. taktik… orang kalau dah kaki cetak rompak, macam-macam nak menipu. Baik tak payah.
Kenapa tidak penulis dan penerbit itu yang buat sendiri? Kenapa mesti bagi pada entah siapa-siapa yang kena buat promosi tu?
Hai…
Post a comment