Friday, October 26, 2007

Aduhai Kassim Selamat, Apa Khabarmu

Sudah lama Kassim Selamat tidak menghantar kad-kadnya. Mari kita masuk blog DARI KATIL KEKASIHKU dan tinggalkan doa-doa supaya beliau rasa ringan badan, dan dapat menyambung karyanya.

Sewaktu saya mengadakan bengkel di Akademi Aidit, saya berkenalan dengan seorang kaunselor OKU yang biasa menziarahi Kassim Selamat. 

Aduhai Kassim, kita merinduimu... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Pahala Teknik Quran dan Bahasa Quran Previous entry: PPK , BTP dan BBT Elok Ikut Cara Pembelian PNM
endok sempo  on  07/20  at  01:09 PM

Mata saya basah bila membaca suratan hidupku yang ditulis oleh KS, hati saya berbisik, novel ini kalau tamat boleh jadi best seller. KS seorang yang berbakat dan punya irodah yang kuat semangat yang kental. Teruskan perjuangan penulisan untuk hasilkan karya agung!
-----

 on  08/02  at  08:04 AM

Doa sentiasa diiringi. Diharap jangan menangis meratapi nasib diri tetapi perlu muhasabah diri agar menjadi hamba yang mempunyai iman yang tinggi. Didoakan juga karya yang akan terhasil mendapat sambutan yang menggalakkan.Amin

 on  08/02  at  06:10 PM

Apabila kita diberikan kekurangan sesuatu sebenarnya tuhan cuba menguji kita. Ujian itu sebenarnya hadir bersama seribu satu rahmat yang tersembunyi bagi mereka yang tabah menghadapi dugaan tersebut. Saya amat percaya akan hal ini kerana saya pernah lihat bukti-buktinya biarpun umur saya baru setahun jagung. Tabahlah menghadapi dugaan tuhan, insyaAllah saudara KS akan berjaya dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

 on  08/13  at  09:48 AM

Salam saudara KS,

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan agar saudara boleh terus berkarya, ada kalanya kita diuji dengan begitu perit sekali, namun Dia lebih Mengetahui tentang siapa dan apa yang diujiNya. Namun setiap kesukaran itu pasti ada hikmah dan ‘kemenangannya’ nanti, cuma perlu bersabar dahulu.

Seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Insyirah ayat 5, 6, 7 dan 8.

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

‘Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.’

‘Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau ingini).’

Sekian, semoga saudara diberi ilham yang lebih banyak pada saat-saat begini.

Azila

 on  08/24  at  05:58 PM

Assalamualaikum Puan,
Maafkan saya puan kerana lama tidak menghantar tugasan.

Saya cuba juga untuk menyambung tugasan tetapi jari dan minda saya tidak begerak...beku!

InsyaAllah, saya akan cuba menyambungnya kembali.

Mya Marja  on  10/26  at  04:44 AM

Assalamualaikum,

Semoga Allah memberikan kekuatan dan ilham melimpah-ruah kepada Tuan Kassim Selamat.

Kassim Selamat  on  10/26  at  05:07 AM

Assalamualaikum Puan dan teman2,
Maafkan saya puan kerana lama tidak menghantar tugasan. Saya masih di daerah ini merayau-rayau di waktu malam.

Terima kasih kerana mengingati saya. InsyaAllah saya cuba mendisplinkan diri saya untuk menyambung tugasan saya.

 on  10/27  at  09:49 PM

Assalamualaikum warahmatullah,

Semoga Allah berikan Saudara Kassim Selamat kekuatan dan mengurniakan keajaiban untuk terus berkarya.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa beratnya tanggungan Saudara Kassim Selamat dan keluarga menerima ujian ini.

Allah Maha Hebat kerana dengan ujian inilah Saudara mempunyai keistimewaan pengalaman yang tiada bandingannya dengan orang lain.

Saya doakan semoga segala impian menjadi kenyataan. Aamiin…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: