Saturday, January 15, 2011

Ain Maisarah Cover Girl Majalah Anis

PTS tidak mempunyai majalah sendiri, sedangkan majalah dapat menjadi saluran promosi yang sangat efektif bagi produk-produk PTS.

Jadi, apabila ada penerbit majalah yang sudi mempromosi penulis PTS dan buku-buku terbitan PTS, maka PTS sangat menghargai sokongan majalah itu.

Namun, bagi pengarang, bukanlah mudah bagi mendapatkan promosi sebagai cover girl. Kriteria yang paling utama adalah wajah cover girl yang dipilih mestilah dapat meningkatkan jualan majalah itu.

PTS mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penerbit majalah ANIS kerana sudi memilih Puan Ain Maisarah sebagai cover girl majalah itu bagi terbitan Februari 2011.

Majalah Anis adalah majalah yang sudah lama berada dalam pasaran. Ia khusus menerbitkan informasi untuk memenuhi keperluan keluarga Islam.

Puan Ain Maisarah adala Duta PTS. Dengan terpilihnya wajah beliau sebagai cover girl majalah Anis maka bertambah tinggilah tiang bendera PTS!

Majalah Anis diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jabatan Editorial PTS Membuka Unit E-Book Previous entry: Buku-Buku Terbaru untuk Kempen Promosi Gerakan Membaca Musim Maulud Rasul

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.