Friday, February 05, 2010

Ainol Kusyairi Ustaz yang Pandai Bercerita

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak banyak ustaz yang menguasai Bahasa Melayu modern dengan baik. Ustaz Ainol Kusyairi adalah antara mereka yang tidak banyak itu. Bahasa Melayu beliau sangat kontemporari.

Apabila membaca karya-karya beliau, sukar hendak dipercayai bahawa penulisnya adalah lulusan aliran agama. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di Universiti Mu'tah, Jordan.

Lazimnya, golongan kanak-kanak dan remaja tidak suka membaca buku-buku cerita agama. Puncanya adalah gaya bahasa yang digunakan dalam buku-buku cerita itu berbelit-belit, berbau kearab-araban, dan persis bahasa orang Melayu tua-tua.

Disebabkan buku-buku Ustaz Ainol Kusyairi ditulis menggunakan Bahasa Melayu kontemporari, buku-bukunya diminati oleh pembaca kanak-kanak, remaja dan golongan berpendidikan sekular. 

Ustaz Ainol Kusyairi memiliki bakat lingusitik yang sangat tinggi. Beliau sangat fasih bahasa Arab, malah beliau dapat membaca dan memahami kitab-kitab Arab klasik.

Golongan ustaz-ustaz terkenal pandai menulis buku dengan menggunakan ayat-ayat yang berbelit-belit dan kearab-araban. Fenomena ini berlaku bukan hanya di kalangan ustaz-ustaz tua, malah ustaz-ustaz yang masih muda belia pun cenderung menulis menggunakan Bahasa Melayu yang berbau klasik.

Faktor yang menyebabkan bahasa ustaz-ustaz berbelit-belit adalah disebabkan mereka tidak membaca buku-buku yang ditulis menggunakan bahasa Melayu kontemporari. Majoriti ustaz-ustaz hanya membaca buku-buku agama yang ditulis menggunakan bahasa berbelit-belit.

Teori pemerolehan bahasa mengatakan manusia hanya dapat menghasilkan ayat-ayat yang terakam dalam memorinya. Itulah sebabnya anak Cina yang dibela oleh keluarga India akan bercakap Tamil, bukan bercakap Cina.

Apabila seseorang itu banyak membaca ayat-ayat yang berbelit-belit, maka itulah ayat-ayat yang akan terakam dalam memori kita, maka apabila kita menulis, justeru ayat-ayat berbelit-belit itulah yang akan kita keluarkan semula dari memori kita. Fenomena inilah yang dialami oleh ustaz-ustaz itu. Disebabkan mereka tidak banyak membaca buku-buku dalam subjek selain agama, akibatnya mereka tidak menguasai bahasa Melayu kontemporari.

Nota: Ustaz Ainol Kusyairi adalah seorang penulis sepenuh masa. Beliau sudah menerbitkan 5 buah buku dengan PTS. Semua bukunya sudah diulang cetak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komik-M untuk Kanak-Kanak Previous entry: Khutbah Jumaat: Panduan Memilih Tema Cerita untuk Sastera Kanak-kanak dan Remaja

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: