Wednesday, January 24, 2007

Ajip Rosidi

Profesor Ajip Rosidi (70) dianggap salah seorang cendekiawan Indonesia yang memiliki ciri genius, hampir disamakan dengan kegeniusan Pramoedya dan Goenawan Mohamad.

Dalam ceramahnya di Rumah Gapena malam Selasa lalu, beliau memberitahu beberapa perkembangan terbaru tentang Bahasa Indonesia, yang menarik buat catatan di sini.

1. Isu 'bahasa gaul' di media TV Indonesia

Bahasa gaul, atau di sini disebut 'bahasa pasar' dipromosi habis-habisan oleh pengusaha media massa Indonesia. Apabila ditegur oleh ahli-ahli bahasa, mereka menjawab lebih kurang begini: "Bahasa gaul yang laku. Kalau ditukar ke bahasa baku, tidak laku."

Tetapi hujah itu hanyalah hujah pembelaan pengusaha TV yang tidak berdasarkan fakta.

Terbukti apabila seniman Asrul Sani menerbitkan drama-drama yang menggunakan Bahasa Indonesia Baku, sambutan penonton lebih tinggi daripada mana-mana drama yang menggunakan bahasa gaul.

2. Isu sikap golongan bisnes terhadap Bahasa Indonesia

Seperti di mana-mana sahaja, golongan bisnes di Indonesia juga, menunjukkan sikap yang melampau-lampau dalam menggunakan bahasa Inggeris di sekitar premis bisnes mereka, sehingga di tempat-tempat di mana tidak ada pelancong luar negara sampai ke situ pun, bahasa Inggeris digunakan.

Pusat Bahasa Indonesia (saudara kembar DBP Malaysia) saat ini sedang menggubal undang-undang bahasa yang tujuannya adalah memelihara dan mendukung perkembangan Bahasa Indonesia.

3. Dakwah gereja Indonesia dan bahasa-bahasa daerah

Sekarang, gereja-gereja di Indonesia sudah mula menyedari keberkesanan bahasa-bahasa daerah bagi menyampaikan dakwah Kristian. Justeru, sebagai contoh, di Bandung, gereja di sana sudah menyampaikan khutbah dalam bahasa Sunda.

Jumlah bangsa Sunda adalah 35 juta. Mereka seperti Melayu Semenanjung, 100% beragama Islam. Sebelumnya gereja-gereja Bandung menggunakan Bahasa Indonesia Baku. Selama itu majoriti pengunjung gereja adalah kaum Cina, Batak, Menado dan minoriti lain kota itu.

Semenjak gereja-gereja di Bandung menggunakan bahasa Sunda, kehadiran orang Sunda semakin meningkat dengan ketara sekali.

Di pihak lain, masjid-masjid di Bandung menggunakan Bahasa Indonesia Baku dalam khutbah mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ejaan 'ku' yang Sering Kali Salah Previous entry: Cerita Fantasi Melayu
rastom  on  01/24  at  12:46 PM

Puan,

Terima kasih. Laporan ini amat saya hargai.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: