Thursday, June 05, 2008

Akan Masuk Ulang Cetak Jun 2008

Apa pendapat saudara tentang kulit baru novel sai-fai ini?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Tahniah Buat Kerajaan BN Previous entry: Akan Masuk Ulang Cetak Jun 2008
Waris Jagat  on  06/05  at  10:36 PM

Salam,
Cantik, cantik. Nampaknya saya terpaksa beli sekali lagi untuk dapatkan kulit baru.

 on  06/05  at  11:19 PM

Salam,

Apa kata saya cuba jadi negatif. Sepatah kata pujangga, komen positif jarang membina.

1 - Konsep letak gambar mata - Rasanya sudah terlalu banyak kulit buku novel yang guna pendekatan sebegini. Sudah mula terasa bagai mahu basi.

2 - Kapal angkasa - tiru viper dalam Battlestar Galactica

3 - Pertarungan guna light saber (atau yang sewaktu dengannya) - tiru Star Wars.

2 faktor terakhir yang disenaraikan di atas boleh menyebabkan seorang peminat teras keras (hard core fan) buku sai fai tidak membeli buku ini. Impressi pertama saya, ia hanyalah bagai permata tiruan tanpa menjanjikan ingenuiti segar. Kulit buku pun tiru sana tiru sini.

Jika saya tidak ikuti web unipts dan pautan2 berkaitan, saya sangat pasti saya tidak akan beli buku ini.

Maaf jika komen saya agak terlalu negatif. Negatif jika kena tempat mampu memangkin positif tak gitu (A weirder way to say ‘opposite attracts’).

.................

NOTA SIFU: Setuju banget!

Firdaus  on  06/06  at  08:55 AM

Pertama sekali tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga PTS yang bekerja keras memasarkan dan mempromosikan novel saya ini.

Pultraman; Pereka grafik PTS mahu sengaja memprovokasi pembaca mungkin kerana saya boleh memberi jaminan bahawa Sayap Adinila mempunyai jalan cerita dan konsep yang asli.

Battlestar Galactica? Saya tak pernah tengok.

Star Wars? Pertempuran bilah cahaya dalam siri Saga Empayar Kristal mempunyai ‘battle mechanics’ yang berbeza.

Dalam membikin siri ini sasaran saya bukannya ‘hardcore fan’ fiksyen sains tetapi kepada pembaca baru. Ciri-cirinya juga tidak mengikut ‘hardcore sci-fi’ kerana ada elemen ‘alternate history’ dan fantasi.

Untuk peminat tegar fiksyen sains tunggu… Saya sudah ada konsep novel yang betul-betul ‘keras’ punya. :D

Azrul bin Jaini  on  06/06  at  09:04 AM

Assalamualaikum....

Saya ingin komen tentang dua orang yang bertarung. Saya berpendapat, gaya pertarungan terlalu hampir kepada STAR WARS. Buku Best Seller New York TImes, STAR WARS: Revenge of the Sith menggambarkan yang serupa. Darth Vader bertempur dengan gurunya Obi Wan Kenobi dengan menggunakan light saber.

Sila lihat di pautan http://en.wikipedia.org/wiki/Star_Wars_Episode_III:_Revenge_of_the_Sith_(novel)

Seingat saya, hero Sayap Adinila, Fauzi menggunakan pedang kristal di kedua-dua belah tangannya. Mungkin jika ilustrasi ini merujuk kepada hero, maka saya berpendapat kurang tepat.

Ilustrasi masih boleh dipertingkatkan lagi. Tidak salah kita merujuk kepada saifai yang sudah mantap, seperti STAR WARS. Cumanya perlu ada pengubahsuian agar lebih asli dan bersuasanakan tempatan.

Maaf atas kekurangan. Terima kasih.

faizul kamaruddin  on  06/06  at  09:28 AM

gambar mata perempuan itu mengingatkan saya pada kulit buku ‘Ayat-ayat cinta’ dan aksi dua orang yang memegang pedang laser itu mengingatkan saya pada babak star wars

 on  06/06  at  11:09 AM

Gambar mata sudah tidak boleh digunakan untuk mana-mana cover lagi kerana penangan Ayat-Ayat Cinta terlalu kuat.Sekiranya ada lagi, terasa ‘klise’.

 on  06/06  at  02:26 PM

Tuan Firdaus!!

Usah risau dan usah ragu. Komen saya hanya pada kulit buku dan bukannya isi. Saya yakin isi mempunyai kelainan tersendiri. Cuba teka macam mana saya tahu?

Tak kenal battlestar galactica? hmm.. mungkin saya sudah tua kot. Hahaha. Dulu2 untuk mereka yang tidak mampu ke panggung wayang atau menyewa video, siri battlestar galactica lah sahaja yang benar2 sai fai.

Kami yang sudah ‘tua’ sentiasa berusaha untuk membelanjakan lebih kurang RM1k setahun untuk membeli buku. Ini kuota yang diberikan lembaga hasil dalam negeri. Kadang2 buku yang dibeli hanya kerana hiasan kulit muka. Kulit muka yang cantik tapi klise antara faktor pembatal niat terpaling efisien.

faizul kamaruddin  on  06/06  at  02:43 PM

Wajah Sifu juga dipengaruhi ayat-ayat cinta.Maksud saya gambar kecil pada setiap artikel. Kenapa tidak letak sahaja gambar sifu itu, pasti hebat!!!

Firdaus  on  06/06  at  03:30 PM

Update dari Editor, grafik masih boleh diubah. (Idea sudah berlari pantas!) :D

Amiene Rev  on  06/08  at  12:30 AM

Saya cadangkan ‘light saber’ dalam kulit buku digantikan dengan pedang kristal.

Faris  on  06/09  at  11:38 AM

Pultraman,

Battlestar Gallectica?… saya juga terasa tua… mungkin saudara juga ingat Buck Rogers yang lebih awal daripada BG .. (saya tidak ingat nama penuh cerita itu)

Web Sutera  on  06/09  at  12:27 PM

Battlestar Gallectica adalah salah satu siri si-fi kegemaran saya dahulu. Bak kata Tuan Faris, terasa diri semakin berumur..hihii..

Tuan Faris, apa khabar?

 on  06/09  at  03:38 PM

Tuan Faris!!
‘Buck Rogers in the 25th Century’. Haha..  Ingat lagi Twiki dan Colonel Wilma? Colonel Wilma dulu saya rasa bagaikan sungguh anggun sekali… sayang berkongsi nama dengan isteri Flintstone.

Space 1999? Saya teringat satu dialog..
‘Adik saya sekarang lebih tua dari saya. Kerap bergerak melampaui halaju cahaya menyebabkan saya menjadi lebih muda.’

Fizik cerita sai fai lama agak kurang ‘tercemar’ dengan fizik george lucas. Tapi fizik george lucas lebih ‘marketable’. Ye ke? Hmmm....

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: