Akademi Latihan DBP
BERNAMA hari ini melaporkan bahawa semua kursus penulisan yang ditawarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di peringkat sijil akan dinaiktaraf ke peringkat diploma dengan siapnya Akademi Latihan DBP menjelang 2010.
DBP akan memohon akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), yang sebelum ini dikenali Lembaga Akreditasi Negara (LAN), bagi mendapatkan pengiktirafan semua kursus di peringkat diploma.
Kerja-kerja pembinaan akademi tersebut di Nilai, Negeri Sembilan, sudah dimulakan akhir tahun lepas dan kerajaan memperuntukkan RM6 juta bagi DBP melengkapkan peralatan di akademi tersebut.
Antara kursus tersebut ialah penyuntingan, mengarang, penerbitan dan illustrasi.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Adakah Sifu akan pergi mengajar di sana kelak?
AL DBP akan ajar ilustrasi? Ha ha. Jadi anjaran sesat le tu nanti jadinya.
Pendidikan Media 101: Jangan terlalu yakin dengan berita berita “menyeronokkan” bila menjelang pilihanraya. Unsur unsur feel-good ini laksana janji janji manis sang kasanova sebelum mendapat apa yang diidamkan
Saudara Naga,
Janganlah kutuk sangat kawan-kawan baik kita di DBP (dan DAWAMA) itu. Kasihanilah mereka…
Salam
Pada pendapat sifu, adakah perlu suatu hari nanti wujud sebuah institusi latihan penulisan seterusnya melahirkan ramai penulis berkualiti. Bagaimana pula kalau wujud sebuah syarikat yang memberi peluang pekerjaan sebagai penulis sepenuh masa, syarikat membayar gaji, menyediakan segala kemudahan seperti komputer dan buku rujukan, memberi kursus dan bengkel serta membantu menerbitkan buku-buku tersebut. Selepas buku tersebut diterbitkan adakah wajar royalti dibayar kepada penulis berkongsi 50/50 dengan syarikat?.
Sekian.
Post a comment