Thursday, June 28, 2007

Akademi Penerbitan: Alahai Noh Omar…

Dato' Noh Omar sudah mengumumkan kerajaan akan menubuhkan akademi penerbitan (AP) dalam RMK ke-9.

Mengikut laporan Bernama, AP akan menawarkan kursus dalam bidang percetakan juga. Ini sungguh luar biasa.

Subjek percetakan tidak ada kaitan dengan penerbitan. Ia umpama epal dengan oren perbezaannya.

Penerbitkan dan percetakan adalah 2 bidang yang masing-masing berdiri sendiri.

Mahu mengajar penerbitan dan percetakan serentak adalah umpama mahu mengajar orang yang sama bagaimana menjadi jurutera kereta lumba dan menjadi drebar lumba kereta serentak.

Alahai Noh Omar! Siapalah yang menasihati timbalan menteri kita ini...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(19) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa Itu Running Gag Previous entry: Novel Thriller
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/28  at  04:44 AM

Salam.

Orang yang sama menasihati menteri kat rtm tu…
——-

sinaganaga  on  06/28  at  05:52 AM

Ini cuma pendapat saya. Apalah saya ini, cuma penasihat peribadi Puan Canselor UTPTS. smile

Karyawan penerbitan yang ambil tahu ilmu percetakan - itu bonus! Begitu juga sebaliknya.

Kata abang Yusof (Yusof Mohd. Yunos) - “Naga jangan main bantai je pilih-pilih kertas… buat TENSILE TEST dahulu FIBER NAP-nya. Lepas tu uji DOT GAIN-nya pula…”

“Wo!” Kata saya.

Peguam yang ambil tahu ilmu perniagaan - itu bonus! Begitu juga sebaliknya.

Tuanku Naga,

(a) Mahu belajar, cerita lain. (Kita boleh pilih banyak tempat belajar. Lepas ambil diploma penerbitan, boleh ambil diploma percetakaan di pusat lain.)

(b) Mahu menubuhkan pusat mengajar, cerita lain. (Padang untuk mengajar bola sepak, lain. Padang untuk mengajar hoki, lain.)

Bagi mengajar ilmu percetakan, mesti ada mesin-mesin cetak dalam akademi itu, dan tidak boleh mesin cetak teknologi hampir lupus, mesti teknologi yang terbaru.

Ini Akademi Percetakan Heidelberg<a href=“http://www.print-media-academy.com/www/html/en/startPage” rel=“nofollow”> yang paling terkenal itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/28  at  06:01 AM

Penubuhan akademi penerbitan + percetakan. Ada baiknya kerana wang untuk menubuhkan dari A - Z adalah wang rakyat. Untuk rakyat kepada rakyat. Bukan begitu?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/28  at  02:21 PM

Saya secara peribadi menyokong pendapat Tuan Sinaganaga. Editor atau “designer” sudah tentu ditipu oleh pihak percetakan sekiranya mereka tidak tahu apa-apa berkenaan percetakan.

Editor perlu mengambil kira kemampuan kualiti percetakan yang dilakukan oleh kilang percetakan bagi menterjemahkan idea konsep grafik buku atau majalah. Manakala “designer” pula perlu mengambil kira soal kertas dan warna.

Karangkraf menjadi penerbit hebat dengan gandingan Ultimate Print. Tetapi DBP agak pincang kerana dipisahkan dengan kilang percetakannya. Alahai~~~

Aspek yang disebut oleh Tuan Naga itu, seperti memahami jenis-jenis kertas untuk jenis-jenis penerbitan, adalah aspek penerbitan, bukan percetakan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  01:07 AM

Itu cerita menteri garang - siapa hendak nasihatkan - jika nasihat terus kena tukar 24 jam!

embun  on  06/29  at  01:55 AM

Puan,
Bunyi idea tu macam nak isi kantung-kantung tertentu sahaja.

tu (SALAH) = itu (BETUL)
nak (SALAH) = hendak (BETUL)

sinaganaga  on  06/29  at  02:44 AM

Aspek yang disebut oleh Tuan Naga itu, seperti memahami jenis-jenis kertas untuk jenis-jenis penerbitan, adalah aspek penerbitan, bukan percetakan.

Puan,
Pandangan saya: tidak cukup seseorang karyawan di Jabatan Kreatif itu untuk memahami jenis-jenis kertas sekadar bertanya-tanya kepada operator percetakan. Pada pendapat saya, karyawan itu perlulah mempunyai (walaupun sedikit) pengalaman sebenar (amali) di Jabatan Percetakan.

Bagi pendapat saya, selama ini kita sering menyalahtafsirkan fungsi dan kerja-kerja yang dilakukan di 1. Jabatan Kreatif, 2. Jabatan Pra-cetak, 3. Jabatan Percetakan.

Di DBP sendiri, sekian lama, fungsi pekerjaan atur huruf itu telah dimomokkan sebagai kerja-kerja pra-cetak. Sedangkan, kerja-kerja ini sebenarnya adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kreatif.

Dunia penerbitan itu sendiri bermula dari/hingga:
1. Membina tajuk & Menulis buku, 2. Suntingan, 3. Konsep rekaan keseluruhan, 4. Reka bentuk kulit buku dan reka letak muka surat, 5. Pisah Warna, 6. Plate, 7. Cetak, 8. Jilid, 9. Stor, 10. Edaran, 11. Iklan dan Promosi (boleh dilakukan seawal proses ‘pembinaan tajuk’ lagi), 12. Jual. 13. Selepas jual.

Kerja-kerja ini dilakukan oleh:
1. Jabatan Editorial (bagi kerja-kerja 1 dan 2)
2. Jabatan Kreatif (bagi kerja-kerja 3 dan 4)
3. Jabatan Pra-cetak (bagi kerja-kerja 5 dan 6)
4. Jabatan Percetakan (bagi kerja-kerja 7 dan 8)
5. Stor & Pengedaran (bagi kerja-kerja 8 dan 9)
6. Perserantaan (bagi kerja 11)
7. Perniagaan dan Pemasaran (bagi kerja 12 dan 13)

Jadi, dunia penerbitan itu sepatutnya merangkumi kesemua fungsi kerja ini. Begitu jugalah halnya jika mahu menubuhkan sebuah Universiti Penerbitan pun.

Jika saya mahu menubuhkan Universiti Penerbitan saya sendiri – secara idealnya, saya akan wujudkan 3 falkulti:
1. Fakulti Editorial
2. Fakulti Penerbitan – Jabatan Kreatif, Jabatan Pra-cetak, Jabatan Percetakan
3. Fakulti Perniagaan – Jabatan Stor & Pengedaran, Media Massa, Perniagaan & Pemasaran.

Oleh kerana sesetengah ‘school’ ini sudah ada di Universiti-universiti tempatan, saya akan fokuskan kepada:
1. Fakulti Penerbitan
2. Jabatan Stor & Pengedaran

Ok, saya mahu memberi contoh dengan memfokuskan di Fakulti Penerbitan saya itu – misalnya, jika MatJan major Pra-cetak, dia mesti/wajib minor (kedua2nya) Kreatif dan Percetakan. So, barulah graduan Universiti Penerbitan saya ini mempunyai kualiti yang tiada tolok bandingannya.

Dan, jika saya mahu mewujudkan Universiti Penerbitan bertaraf dunia – sudah tentulah Jabatan Percetakan saya akan mempunyai pelbagai jenis mesin dari yang lama sehingga yang baru, misalnya. Seseorang pelajar itu perlu tahu sejarah kerja itu terlebih dahulu sebelum mereka menguasai teknologi terbaharu.

Motto Universiti Penerbitan saya: Anda perlu menguasai dari A sehingga Z untuk menjadi lepasan graduan kami. Kalau tidak – boleh blah!!!

Ha ha.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  03:38 AM

Kita bersangka baik sahajalah dengan apa-apa yang dilakukan Pak Menteri ya! “husnuzzon” lebih baik daripada “suuzzon”. haha…

sinaganaga  on  06/29  at  04:05 AM

>>>Aspek yang disebut oleh Tuan Naga itu, seperti memahami jenis-jenis kertas untuk jenis-jenis penerbitan, adalah aspek penerbitan, bukan percetakan.

Kalau begitu apakah aspek Percetakan? Bukankah dengan memahami proses percetakan (termasuk memahami jenis-jenis kertas) juga? - kerana operator cetak bukan sahaja tahu tentang mesin cetak tetapi juga mesti tahu pasal kertas.

Katakan saya salah!!!! Katakannnnnnnnn!!!!!

smile

Tuan Naga, Klik di sini!

sinaganaga  on  06/29  at  04:11 AM

Saya bersetuju dengan Universiti Penerbitan (University of Book Making Industry) ini - tetapi saya tidak bersetuju jika sukatan pelajarannya disediakan oleh *editor DBP (ini khabar angin yang saya baru dengar. kalau ini terjadi… alahai!). Apalah salahnya kalau ‘state’ mengumpulkan segala bijak pandai dalam bidang tersebut, dibengkelkan, dan hasilnya barulah diangkat sebagai mata pelajaran (HSP?) bagi universiti tersebut.

smile

Akademi Percetakan sudah ada kalau tidak silap saya. Kawan2 (Sdr. Niko) di bekas Percetakan Nasional yang menjadi tenaga pengajarnya. Cuba selidik tentang perkara ini.

Tuan Naga,
Tuan jangan mengutuk kawan-kawan kita di DBP! Itu kerja Sifu!

sinaganaga  on  06/29  at  04:13 AM

‘Book’ making yang saya maksudkan di atas boleh sahaja ditukar menjadi ‘multi-media’ making. Menerbitkan CD, filem, internet, etc.

sinaganaga  on  06/29  at  04:45 AM

Puan Canselor,
Saya sudah rujuk ‘klik di sini’ puan.
Betullah pengkelasan saya tadi.

From idea to PDF (ini kerja Jab. Kreatif)
- Use of FreeHand, Illustrator, QuarkXPress and InDesign
- Editing images with Photoshop
- The possibilities and effects of different typefaces
- Color as a design element
- Digital photography
- Data formats and how to use them Prepress workflow and platemaking

Prepress workflow systems and RIP technologies (ini kerja Jab. Pra-cetak)
- Digital imposition with Prinect Signa Station
- CtF technology: mounting films
- CtP technology: CtP plates and imagers
- Saving and archiving production data

Printing technology (semua di bawah ini kerja Jab. Percetakan)
- Besides single- and two-color presses, a Speedmaster SM 74-4+L with CP 2000, Image Control and a coating system is used.
- A Quickmaster QM DI 46-4 is used to teach the theory and practice of digital offset printing.
- Setting of paper travel for different stocks
- Basic adjustments of dampening and inking units
- Conventional and automatic plate clamping bars
- Introduction to the Prinect CP 2000 control system

Quality control in offset printing
- Quality standards, standardization, ISO 12647
- Densitometry and colorimetry basics
- Using measurement equipment to assess press sheets
- Print Image Control: measurement and control on the four-color press

Press peripherals
- Air compressors, vacuum pumps, inking unit temperature control, dryer systems
- Inline coating, aqueous coatings, matt and glossy spot coating

Finishing in theory and practice
- Finishing operations and production equipment
- Using Compucut to program the cutting machine with prepress data

Cuma, di The Print Media Academy/Summer University di Jerman ini, kesemua ilmu penerbitan ini diajar dalam 1 kajian kursus.

Pertikaian kita ialah, saya mengatakan ilmu Percetakan itu sebahagian kecil dari ilmu Penerbitan. Sedangkan puan mengatakan, “Subjek percetakan tidak ada kaitan dengan penerbitan. Ia umpama epal dengan oren perbezaannya.”

Saya cuba membuktikan ia berkait. Macam itulah. He he.

sinaganaga  on  06/29  at  04:48 AM

Puan,
Bukan niat saya mahu mengutuk kawan-kawan di DBP. Cuma, kerana saya kenal mereka, saya fikir mereka (yang diberi tugas untuk *mengubal HSP itu) tidak wajar untuk melakukan kerja* ( yang maha besar lagi murni ini) untuk The University.

mengubal (SALAH) = menggubal (BETUL)

sinaganaga  on  06/29  at  04:56 AM

Maaf! Saya terlepas pandang. Dato’ nak wujudkan Akademik Penerbitan sebenarnya; bukan University Penerbitan. Ohhh!

Komen tambahan:
Puan says: Penerbitkan dan percetakan adalah 2 bidang yang masing-masing berdiri sendiri.

Saya says: Kalau puan kata, bidang kreatif (grafik) dan bidang percetakan boleh berdiri sendiri dan boleh juga berdiri sebelah menyebelah - saya akan bersetuju dengan puan. smile

Puan says: Mahu mengajar penerbitan dan percetakan serentak adalah umpama mahu mengajar orang yang sama bagaimana menjadi jurutera kereta lumba dan menjadi drebar lumba kereta serentak.

Saya says: Ilmu penerbitan boleh juga diajar serentak atau dipecah-pecahkan mengikut bidang khusus yang tertakluk di bawahnya. Bidang-bidang khusus ini bolehlah diajar mengikut turutan proses kerja ataupun diajar secara random (dengan syarat, pelajar itu mesti diajar keseluruhan proses penerbitan itu, dari A sehingga Z).

sinaganaga  on  06/29  at  04:58 AM

Saya menaip dalam terkejar-kejar ni. Saya dah nak pergi sembahnyang. Saya sudahkan dulu komen-komen saya. Bimbang kalau tak khusyuk nanti. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/30  at  04:22 AM

>>>
1. Jabatan Editorial (bagi kerja-kerja 1 dan 2)
2. Jabatan Kreatif (bagi kerja-kerja 3 dan 4)

Sesetengah pendapat: kerja 1, 2, 3, dan 4 itu kerja-kerja di Jab. Editorial. Ya, ini juga betul.

Tetapi, saya lebih senang memecahduakan kelasnya dengan tujuan - bakal pekerja untuk Jab. Editorial bolehlah mengikuti kursusnya di UKM, UPM, USM, UiTM, dan ASWARA. Sementelah bakal pekerja untuk Jab. Kreatif bolehlah mengikuti kursusnya di Akademi Penerbitan ini.

Oh ya, di UiTM ada kursus dalam bidang teknologi penerbitan (jika tidak salah saya). Tetapi tidaklah mengkhususkan kepada bidang book making seperti yang kita sedang perbincangan. Allahualam!

Selamat berhujung minggu, Puan Canselor!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/24  at  06:11 AM

ingin menyambung pelajaran dalam bidang percetakan bahagian cetak.saya baru tamat peringkat sijil tahap 2 di Institut latihan perindustrian nibong tebal.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/16  at  04:18 PM

hye.. nani dr shah alam..saya ingin bertanya dimana saya boleh mendapatkan maklumat tentang implimentation ISO in graphic art industry..dan dimana saya boleh mendapat maklumat ISO bagi sebuah syarikat percetakan..ia adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja..sekian..terima kasih..

Nissan Frontier Superchager  on  08/28  at  06:37 AM

Selaku orang Melayu yang membaca sekali lalu komen Che Gu Pencen pasti akan naik darah.

Mula2 aku membaca komen tersebut tersirap darah aku, lepas itu aku membaca berulang kali, dan baru aku faham maksud komen tersebut.

Aku berpendapat CGP ni cuba nak mengingatkan orang2 Melayu UMNO tentang senario politik sekarang, dimana Melayu hendaklah berhati2….fuel pump replacement

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.