Akan Masuk Ulang Cetak Jun 2008
Apa pendapat saudara tentang kulit baru novel sai-fai ini?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Jejaka di sebelah kanan...
Eh, bukan. Maksud saya yang di seeblah kiri.
Salam,
Saya suka kulit buku ini. Impresi pertama… warga marhain di alam sai fai. Rasa cam syok semacam jer.
Selama ni saya tangguh dulu beli buku ini. Sebab utama, kulit buku lama agak hambar sikit.
Tapi selepas tengok kulit buku baru.. sangat berkemungkinan besar saya akan sambar dalam masa terdekat.
Jejaka di sebelah kanan itu bukankah ‘cameo’ oleh pereka grafik PTS? Hehe.
Pada pendapat saya, rekabentuk terbaru ini agak ‘sesak’ dan terlalu banyak elemen yang cuba dimuatkan. Saya suka kulit muka yang lama kerana lebih ringkas.
Hahaha! Watak-watak di kulit depan tu macam… Macam pernah dilihat, tetapi di mana ya? Tapi dengan adanya penampilan watak-watak sebegini dapat mengeratkan hubungan antara pembaca dengan novel atau watak-watak novel.
Kapal angkasa di dalam kulit buku itu saya suka. Team grafik PTS semakin hari semakin bagus!
Cadangan: Apa kata kapal angkaasa itu dipakejkan, diletakkan dalam kedudukan yang dekat dengan watak-watak utama?
Assalamu’alaikom wrt,
Ahmad Patria Abdullah anak kepada penulis Abdullah Hussein pernah menulis siri buku sains untuk remaja. Kisah pengembaraan dialam fantasi. Beliau hanya sempat menerbitkan 4 siri sahaja dan selepas itu hilang tanpa kesan. Walau buku tersebut dikatakan mempunyaai 12 siri.
Saya mencadangkan kepada puan untuk memujuk beliau supaya kembali menulis kerana gaya penulisan adalah gaya ayahnya dan sesuai untuk remaja.
Sdr Tarmize,
Abang Pat (Ahmad Patria) sudah pun kembali menulis.
Cuba ke http://www.artakus.net
Bila pergi ke laman artakus itu buntu sahaja, tiada perkembangan yang baru.
Perasaan bercampur aduk bila pergi ke web Abang Pat. Terima kasih kerana bagi link.
Gembira - dia kembali menulis
Teruja - Buku 8 hampir keluar
Sedih - Penerbit buku bagai tidak serius memasarkan buku beliau
Kecewa - Saya cuma sempat baca sampai siri 3 sahaja
Nostalgik - terkenang kembali zaman dulu. Waktu tu…
Risau - sejak 2007 tiada update. Adakah dia masih dalam writers block mode!!!
wassalam
Post a comment