Akan Terbit
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Salam,
Saya masih ingat ketika beberapa episod awal novel bersiri Salju Sakinah disiarkan di blog dua tahun lepas. Jika sudah dinovelkan, baguslah. Tahniah buat Ustaz Zaid Akhtar dan PTS.
Assalamualaikum warahmatullah.
Salam taaruf penuh sakinah buat
Sifu Ainon & seluruh warga PTS.
Assalamu’alaykum Sifu dan para penuntut Unika PTS,
Merujuk kepada respon Waris Jagat, saya ingin mendapatkan pandangan;
1, Adakah baik kalau kita menulis sedikit demi sedikit dalam blog kita cerita yang ingin dijadikan buku?
2, Suami saya berpendapat terdapat risiko karya kita diplagiat terlebih dahulu sebelum ia diterbitkan. Jika berlaku demikian, apakah risikonya jika karya tersebut dipanjangkan kepada syarikat penerbitan?
Jasa baik sifu (atau sesiapa yang punya idea)menjelaskan hal ini didahului dengan Jazakumullah.
Sekian, Wassalam.
Puan Wan Nor Ainon,
Elok saja gunakan blog untuk perkenalkan novel saja, mungkin satu bab (yang menarik, saspen atau kemuncak) sebagai pelaris. Kemudian kembangkan kreativiti berinteraksi dengan pembaca daripada satu bab itu. Jangan jadikan blog sebagai arkib tulisan jika tidak berniat untuk mewakafkan (open source) karya tersebut.
Salam.
Sekadar makluman kepada warga PTS
yang budiman dan prihatin.
Novel Salju Sakinah ini telah disiarkan secara bersiri di Ruangan Agama Utusan Malaysia setiap Isnin hingga Rabu sepanjang 2005. Dan ia juga disiarkan secara online di Utusan Online pada hari-hari tersebut.
Post a comment