Friday, November 09, 2007

Coming Soon! “Tunnels” dalam Bahasa Melayu Diterbitkan oleh PTS Litera Utama

Sudah digembar-gemburkan bahawa selepas siri Harry Potter ditamatkan, inilah novel fantasi yang akan mencetuskan demam baru di kalangan remaja di seluruh dunia.

PTS berjaya mendapatkan lesen bagi menterjemah dan memasarkan siri ini buat pasaran Malaysia. (Jangan ditanyakan berapa jumlah ongkos pelesenannya!)

Tunggu kemunculan "Tunnels"  tidak lama lagi, yang akan menggunakan judul yang sama dan cover yang serupa.

"Tunnels" diterbitkan oleh PTS LITERA UTAMA. 

Sebelum menulis Tunnels dengan sahabat baiknya sejak di universiti yang bernama Brian Williams, Roderick Gordon adalah seorang investment-banker. Beliau telah menjual rumahnya bagi membiayai penerbitan karya pertamanya ini.

Dalam masa beberapa jam sahaja selepas edisi kulit keras Tunnels dijual di kedai-kedai buku, semuanya sold-out   -  habis terjual.

Secepat kilat, Barry Cunningham membeli hakcipta Tunnels buat penerbit Chicken House. Barry adalah editor yang membawa masuk JK Rowling ke penerbit Bloomsbury pada tahun 1996.

Tunnels adalah suatu cerita fantasi klasik yang diwarnai dengan fiksyen sains.

Menurut Barry Cunningham, dia yakin Tunnels dapat mengisi kekosongan yang bakal berlaku apabila siri Harry Potter  ditamatkan tidak lama lagi.

Sehingga hari ini penerbit Chicken House sudah mengutip yuran pelesenan hakcipta dari luar negara lebih £500 ribu paun sterling (termasuk duit PTSlah itu!)

Menurut Cunningham (foto), "Tunnels memiliki semua ciri karya fantasi yang dimahukan pembaca: Budak lelaki pakar arkeologi, watak-watak jahat yang teramat jahat, tamadun lama yang sudah hilang, dan pengembaraan ke perut bumi yang luar biasa."

Sinopis: Will Burrows berusia 14 tahun. Dia tinggal dengan keluarganya di London. Seperti ayahnya, Will amat meminati ilmu arkeologi, kajipurba. Mereka berdua suka melakukan kerja gali-menggali.

Pada suatu hari mereka berdua sedang menggali, lalu terjumpa suatu terowong purba. Tiba-tiba ayahnya hilang ke dalam terowong itu.

Will dan sahabat karibnya, Chester, membuat keputusan mahu mencari ke mana ayahnya menghilang. Tanpa disedari mereka sudah berada jauh di bawah tanah, di situlah mereka terserempak dengan suatu rahsia yang amat menakutkan, suatu rahsia yang membahayakan nyawa mereka berdua.

Tunnels akan difilemkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Remaja
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jangan Lupa! Sabtu 17.11.07 Previous entry: Rasuah di Kementerian Pelajaran: Apabila Kontraktor Buku Juga Menerbitkan Buku
faizul kamaruddin  on  11/08  at  11:29 AM

wah menariknya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/08  at  04:49 PM

Untung betul penulis buku ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/08  at  09:27 PM

Puan orang kecil tetapi berbuat sesuatu yang besar untuk bahasa melayu.

omecool20  on  11/08  at  11:07 PM

Semoga usaha puan dan PTS diberkati. Sebab itu saya rajin membeli buku - buku PTS grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/09  at  09:17 AM

Tahniah PTS! Tahniah, tahniah. Didoakan projek ini membawa kebaikan kepada semua.

Zamri Mohamad  on  11/09  at  04:37 PM

Apabila disebut arkeologi, ia mengingatkan saya siri kartun zaman sekolah yang saya tidak lepas peluang menontonnya, Mighty Max.

Kisah seorang budak yang pergi ke zaman-zaman berbeza dari zaman mesir purba, zaman pertengahan Eropah dan masa hadapan. Max mengembara dengan menggunakan topi merah ajaibnya yang bertindak mencipta portal ke dimensi lain, bersama-samanya seekor burung hantu (atau ayam?)sebagi mentor yang boleh bercakap dan seorang pahlawan Viking.

Topi itu diterima melalui pos dengan patung burung hantu yang mempunyai tulisan Mesir purba.

Seperti biasa adanya musuh dari dunia bawah tanah yang bernama Skullmaster. Selalu benar makhluk ganjil-ganjil dihantarnya. Pengembaraan Max yang membuat saya berkata, “Wao, rasa seperti hendak menjadi Max!”

Apabila disebut kehilangan bapa Will Burrow dalam novel Tunnels, ceritanya hampir sama dengan Mighty Max.

Ibu Max juga merupakan seorang ahli arkeologi, ada beberapa ketika Max perlu menyelamatkan ibunya yang benar-benar taksub dengan kajian sejarah purba.

Hmm saya perlu menulis entri ini dalam blog. Hahaha :D

Web Sutera  on  11/11  at  03:05 PM

Tahniah PTS. Saya juga akan memiliki edisi BM novel ini, insyaallah. Sebelum itu, saya akan lihat-lihat edisi BI terlebih dahulu di kedai buku.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: