Wednesday, September 08, 2010

Akhbar-Akhbar yang Edarannya Jatuh dalam Tempoh 2006 - 2009

Laporan oleh ABC (Audit Bureau of Circulation), menunjukkan sehingga tarikh 31 Disember 2009, edaran Utusan Malaysia jatuh 21% iaitu daripada 213,445 naskhah pada 2006 kepada 169,548 pada 2009.

Perolehan kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd jatuh daripada RM384 juta pada 2006 kepada RM349 juta pada 2009. Akibatnya, keuntungan sebelum cukai kumpulan itu jatuh merudum daripada RM21 juta kepada RM7 juta sahaja dalam temnpoh 4 tahun yang lalu. (Edaran Kosmo! sahaja yang meningkat daripada 100,798 pada 2007 kepada 172,253 pada 2009.

Berita Harian pula jatuh 24% daripada 203,704 naskhah pada 2006 kepada 154,868 pada 2009. Bagi tempoh yang sama, edaran Harian Metro, naik daripada 249,575 kepada 358,676.

Edaran The Star jatuh daripada 310,008 pada 2006 kepada 286,857 pada 2009.

Edaran New Straits Times jatuh daripada 139,468 kepada 111,158 dalam tempoh 4 tahun.

Akhbar percuma The Sun naik daripada 174,179 pada 2006 kepada 300,587 pada  2009.

Edaran akhbar-akhbar Cina, Sin Chew, China Press, dan Oriental Daily News semua naik. Cuma Guang Ming jatuh sedikit.

Akhbar paling besar adalah Sin Chew (382,000), diikuti oleh Harian Metro (359,000) dan The Star (287,000).

Akhbar hujung minggu paling besar adalah Metro Ahad (406,000) dan Mingguan Malaysia (370,000) dan Sin Chew.

Nota: Dalam tempoh yang sama jualan buku-buku Melayu naik! Foto di bawah menunjukkan 2 orang petugas PTS sedang menguruskan penghantaran kotak-kotak buku PTS ke kedai buku POPULAR 4 hari sebelum Hari Raya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hantarkan Informasi Dunia Buku kepada Wartawan di Jabatan Marketing PTS Previous entry: Dasar Hijau: PTS akan Beralih kepada Kertas Bersijil FSC

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: