Saturday, December 29, 2007

Akhbar UTUSAN MALAYSIA Menerbitkan Artikel yang Diplagiat daripada Blog Peribadi

Sekali lagi! Sebelum ini artikel Tuan Jonos diplagiat dan diterbitkan oleh UTUSAN MALAYSIA.  

Baca blog Sdr Abu Saif, klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Fenomena Buku Mobil Previous entry: Travelog Haji Masuk ASTRO
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  12:48 AM

Assalamu’alaykum wbh,

Moga Allah merahmati Puan Ainon yang sudi berkongsi ilmu dan isu hakcipta di universiti percuma PTS ini,

Hakikatnya ramai lagi di kalangan masyarakat yang keliru atau tidak memahami berkenaan harta intelek.  Sudahnya, mereka menciplak karya-karya orang lain secara gaya bebas.  Tanpa segan silu.

Mereka ingat dan menganggap ianya sekadar termaktub dalam perundangan sivil dan tiada mengena dengan hukum syarak.  Sekaligus tiada kesan pahala dan dosa pada pelakunya. 

Bagus juga kalau ada pakar undang-undang harta intelek mengupas isu ini secara mendalam dari sudut perundangan sivil dan persepsi syariat.  Moga-moga lebih ramai yang faham dan berhati-hati dengannya.  Boleh juga rujuk di perpustakaan Universiti Malaya tesis berikut; 

1.  Nor Liza Mohamad. Hakcipta dari aspek teori harta intelek menurut perspektif Islam / Nor Liza binti Mohamad. Dissertation (M.Syariah)—Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
2.  Rosmaniza Abdul Rahman. Undang-undang harta intelek di Malaysia menurut perspektif syariah / Rosmaniza binti Abdul Rahman. Dissertation (M.Syariah)—Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2004.
3.  Rozaini Tukimin. Pencurian harta intelek : analisis menurut perspektif hukum hudud / Rozaini Tukimin. Dissertation (M.Syariah)—Jabatan Fiqh dan Usul, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2003.

Dr Muhammad ‘Uthman Sybir di dalam bukunya al-Mu’amalat al-Maaliyyah al-Mu’aashirah fi Fi al-Fiqh al-Islamiy ( Ekonomi Semasa menurut Persepsi Islam ) memetik pandangan pakar syariah kontemporari berhubung hakcipta penulis.  Pakar tersebut ialah Dr Muhammad Fathi al-Durayni, Prof. Mustafa al-Zarqa’, Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti dan Dr. Wahbah al-Zuhayli.  Mereka memperakui hakcipta penulisan berlandaskan hujjah syarak.  Sila rujuk halaman 57-60 buku berkenaan bagi mereka yang memahami bahasa Arab atau terjemahannya, kiranya ada.

Saya pernah menghantar sebuah artikel ke sebuah akhbar mingguan tempatan dengan nama pena Ummu Abbas.  Sebaliknya ia diterbitkan satu halaman penuh dengan nama pena seorang lelaki!  Oleh kerana akhbar tersebut dikenali sebagai akhbar yang bermaruah, saya bersangka baik terlebih dahulu.  Saya merujuk terus kepada editor yang menerima artikel saya tersebut.  Rupa-rupanya, editor tersebut terlupa nama pena saya dan meletakkan nama pena seorang penulis yang sering menghantar artikel kepada beliau.  Editor berkenaan memohon maaf dan menyatakan terlalu banyak email yang diterima sehingga tidak menemui email saya yang asal.  Kemudian saya tanya suami apakah perlu saya menuntut honorarium.  Jawab suami saya, ‘Sedekah je!.  Saya akur dan tidak kisah pasal bayaran tersebut kerana suami saya merestuinya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  11:03 AM

Assalamualaikum,

Ya, lambat-laun akhbar ini akan jadi ‘Utusan Meloya’ kerana sikap segelintir wartawannya.

Saya telah tunjukkan apa yang berlaku terhadap saya kepada seorang peguam. Sekarang sedang dalam proses tuntutan.

Moga usaha saya menjumpai jalan penyudah. Amin!

Buat saudara Abu Saif, tuntut hak saudara! Bukan kerana ‘wang’ yang kita kejar, tetapi sekadar untuk kita sama-sama kongsi belajar agar ada yang pihak sedar.

Lawan Tetap Lawan!
jOnOs

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.