Tuesday, February 05, 2008

Al-Fatihah Buat Buah Hati Sifu

Semalam saya menerima panggilan telefon yang menyampaikan berita duka ini semasa berada di Kamunting, Perak atas urusan pertunangan En. Izwan Arif, pegawai di Jabatan Grafik PTS dengan Cik Faraliza Zainal Abidin, pegawai di Jabatan Kewangan PTS. Maka saya tidak dapat menziarahi jenazah beliau.

Pagi ini, Isnin 4hb, insyaAllah saya bersama En. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS, Puan Norhazizam, Pengurus Pemasaran PTS, dan Prof. Abdullah Hassan, Penasihat PTS, akan menziarahi ibunya.

Allahyarham Ahmad Zafran Abd. Mutalib, lebih dikenali dengan nama penanya "Panaharjuna".

Beliau memang menghidap penyakit jantung dan selalu kurang sihat.

Beliau berhenti kerja supaya dapat tinggal bersama ibunya dan menjaga ibunya. Dengan itu beliau mengambil keputusan menjadi penulis sepenuh masa.

Sangat besar jasanya kepada PTS kerana beliau banyak memperkenalkan penulis dan pelukis yang berbakat kepada PTS. Walau ke mana beliau pergi, beliau sentiasa membawa bendera PTS dan sentiasa menyebut yang baik-baik tentang PTS sehingga nama PTS menjadi wangi di kalangan penulis dan pekomik seangkatannya.

Allahyarham tidak mendirikan rumahtangga disebabkan beliau menyedari keadaan kesihatan beliau itu, begitulah yang beliau pernah beritahu saya. 

Beliau adalah batch pertama dalam generasi Program Mentee SisuPTS. Antara penulis yang seangkatan dengan beliau adalah Chef Zulkifli Dewa, Dr. Haslisa Ramli, Puan Ida Rizyani Tahir, Puan Faridah Mohamad, dan Cik Ashikin Wahid.

Waktu itu kursus KJ Method saya kendalikan di pejabat lama PTS di Bukit Tinggi. Beliau dan ibunya yang tinggal di Negeri Sembilan terpaksa pergi ke Shah Alam, ke rumah adik perempuan ibunya, dan tidur di sana semalam.

Besoknya beliau datang kursus pertama kali diringi oleh ibunya, ibu saudaranya dan sekaligus suaminya yang menghantarnya ke Bukit Tinggi. Mereka semua ikut masuk kursus! 

Atas dorongan Sifu supaya beliau membeli laptop, dengan izin ibunya beliau menjualkan motosikal tua yang dibelikan oleh arwah ayahnya sewaktu beliau masih menuntut, buat  modal membeli laptop terpakai dengan harga RM800. Menggunakan laptop itulah beliau mula bersungguh-sungguh menghasilkan karya untuk PTS.

Buah hati saya ini seorang yang kuat membaca, baik budi bahasanya, sopan santun orangnya, mulia hatinya, baik pula agamanya, sentiasa mendirikan sembahyang waktunya.

Beliau telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, sedangkan kita akan menyusul beliau dari belakang.

Moga-moga di syurga nanti kita semua, penulis dan Tim PTS, dapat berjumpa, saling ziarah menziarahi, berkat pahala yang terhimpun hasil titik peluh kita menghasilkan karya-karya yang memandaikan bangsa. Amin, ya Allah, Amin!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(45) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tanya Ustaz: Isu Menulis untuk Majalah Hiburan Previous entry: Al-Fatihah: Seorang Lagi Bunga PTS Gugur
Amiene Rev  on  02/03  at  08:30 PM

Al-Fatihah,

Moga-moga perjuangan Allahyarham Panaharjuna akan diwarisi oleh mentee-mentee yang lain.

Walau pun saya tidak mengenali Allahyarham, tetapi saya telah saksikan bagaimana Panaharjuna terlibat dalam usaha menarik minat bakal-bakal penulis dan penulis-penulis baru untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan menerusi laman web dan forum.

Allahyarham tidak lokek ilmu, dan sikapnya sebagai pendamai dan sedia menurunkan ilmu kepada sesiapa jua.

Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau di akhirat. Bonda Allahyarham sekarang bagaimana?

zaidakhtar  on  02/03  at  08:49 PM

:-(
ta’ziah juga utk keluarga PTS.
ia satu kehilangan besar saya kira.
Inna lillah.

Amiene Rev  on  02/03  at  09:17 PM

Saya mencadangkan agar mentee-mentee yang memiliki blog digalakkan membuat promosi buku-buku Allahyarham Ahmad Zafran.

Semoga dengan cara ini:

1. Royalti beliau akan berterusan.
2. Bonda kepada Allahyarham dapat meneruskan kehidupan dengan hasil royalti Allahyarham.
3. Pahala Allahyarham berterusan kerana hasil karyanya terus membantu bonda Allahyarham.

Abdul Latip  on  02/03  at  10:34 PM

Saya mendapat tahu berita ini setelah membacanya dalam blog Nisah Haron petang tadi kemudian terus bertanya kepada Cik Ashikin. Terkejut juga dengan berita ini tetapi saya telah diberitahu oleh En Ahmad Zafran dia mengidap sakit jantung.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atasnya. Al fatihah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/03  at  10:38 PM

Salam takziah buat keluarga Arwah dan kerabat PTS. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/03  at  11:13 PM

al-Fatihah

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/03  at  11:16 PM

Terima kasih Sifu kerana menelefon saya. Saya masih dalam keadaan terkejut dengan berita ini kerana merancang bertemu Allahyarham pada bengkel 10 Februari di tempat biasa kami bersarapan.

Kali terakhir mendengar suaranya sebulan yang lalu. Suaranya seperti menahan kesakitan ketika berbual, lalu saya menamatkan perbualan.

Allahyarham sebenarnya sedang menunggu giliran bagi mendapatkan jantung gantian dari pihak IJN dan sering berulang-alik memandu sendirian dari Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur dalam usahanya mendapatkan rawatan.

Semoga rohnya tenang di sana.

Amin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/03  at  11:56 PM

Inna Lillahi wa inna Ilaihi rojiiun.

Belum puas lagi mahu berkawan dengan Allahyarham. Semoga perjuangannya dalam bidang penulisan selama ini akan mendapat tempat di sisi Allah.

kusyi hirdan  on  02/03  at  11:57 PM

Al-Fatihah. Saya terkejut walau tidak mengenali arwah secara zahir, hanya kenal namanya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Zamri Mohamad  on  02/04  at  12:26 AM

Saya mengenali allahyarham ketika di bengkel.

Kad nama beliau dengan gambar ketika kecil merupakan tanda pengenalan kami yang pertama.

Allahyarham jualah yang bersungguh-sungguh mempertemukan saya dengan Pak Samad ketika Pesta Buku dua tahun lalu.

Allahyarham jualah yang menjadi pencerita karya-karya saya di hadapan Pak Samad dan menjadi senda gurau yang menceriakan.

Allahyarham jugalah pengendur kepada konflik pelukis dan penerbit. Usaha beliau menyedarkan pelukis dan penulis baru dalam menjaga hakcipta adalah perkara yang selalu saya dengar dari mulutnya.

Memang benar kata Puan Ainon, beliau membawa bendera PTS dengan penuh yakin, percaya dan bersungguh-sungguh.

Saya sukar hendak melupakan beliau, minum teh di gerai hadapan HQ PTS Batu Caves sambil menunggu giliran ditemuramah Tuan Sayed Munawar untuk Resensi RTM.

Cerita cerianya mengenai novel Tegar membuat saya senyum sendiri mengingat kenangan itu.

“Orang ingat ini kisah penagih dadah,” katanya.

Kami ketawa.

Tempat pertama yang mempertemukan kami jugalah tempat terakhir kami berbicara. Bengkel PTS Novel Profesional adalah bengkel terakhir.

Orang di atas sedang berbengkel, kami di restoran bawah berbual panjang sehingga tidak ke kelas.

Perbualan yang benar-benar panjang. Bercerita mengenai skrip dan perancangan menjadi penulis bebas.

Kali terakhir itulah kami bertemu dengan kata-katanya, “Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di atas.”

Al Fatihah buat sahabat dan inspiratorku .

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/04  at  03:28 AM

Saya baru sampai rumah daripada mengunjungi rumah arwah bersama-sama Serunai Faqir, Icesoul dan Helmino. Sampai di rumahnya tadi sudah pukul 9 lebih dan sempat bersama-sama bertahlil.

Melihat dan mendengar bicara ibunya membuatkan saya amat-amat sedih dan saya masih terkejut dengan kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang rapat.

Sekiranya Pak Latip membaca komen ini, saya ingin menyampaikan harapan bahawa ibu arwah teringin benar bertemu Pak Latip.

Al-fatihah.

NeenaUmi  on  02/04  at  04:05 AM

Ya Allah, terimalah segala amalannya, ampunkanlah segala dosa-dosanya, tempatkanlah ia beserta orang-orang yang beramal solih…Amin…

Al Fatihah..

Abdul Latip  on  02/04  at  04:16 AM

Tuan Kangaq,

Esok saya ke rumah beliau. Insya-Allah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/04  at  05:44 AM

Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak terhadap rohnya serta mengampunkan segala kesalahan.

Puan Sifu yang dihormati,
Mohon Puan kirimkan salam takziah kepada ibu dan keluarga beliau.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/04  at  06:04 AM

Puan Rihan,

Baik, saya akan sampaikan salam Puan.

MKI  on  02/04  at  07:56 AM

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya dan menerima segala amal-jariahnya. Tempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

shamsuddin Kadir  on  02/04  at  08:03 AM

Takziah buat keluarga Allahyarham,

Sempat berkenalan dengannya ketika menemani isteri datang ke bengkel PTS.

Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Saya akan turut mempromosikan buku-buku tulisan Allahyarham sebagai sebahagian daripada sokongan kepada rakan seperjuangan.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang menerima kebaikan dan rahmat dari Allah, Amin.

mohamadkholid  on  02/04  at  08:29 AM

saya kehilangan seorang kawan… alfatihah

Mya Marja  on  02/04  at  08:30 AM

Takziah untuk seluruh ahli keluarganya! Setulus Al Fatihah kita sedekahkan pahala kepadanya. Mudah-mudahan diterima Allah segala amal kebajikannya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/04  at  08:34 AM

Al-Fatihah.

Pernah berym beberapa kali dengan arwah dan dia nasihatkan saya untuk terus menulis walau sesibuk mana pun.

sab2  on  02/04  at  08:34 AM

Al Fatihah…
Semoga rohnya dicucuri RahmatNya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/04  at  08:48 AM

al-fatihah…

Alang  on  02/04  at  09:06 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Salam takziah untuk keluarganya. (Saya dan beberapa rakan penulis lain menerima berita sedih ini melalui sns ketika mengikuti bengkel trainer di pejabat Tuan Osman Affan).

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/04  at  09:10 AM

Dia seorang yang baik! Dia seorang yang baik! Ya Allah, cucurilah rahmatmu kepada roh hambamu ini! Semoga ditempatkan di kalangan hambamu yang beriman.

Walaupun saya hanya baru mengenal aruah dan perhubungan hanya sebagai seorang sahabat penulis PTS, dia seorang yang sentiasa baik dan merendah diri. Kenangan Pesta Buku 2006 masih segar dalam ingatan.

dingin  on  02/04  at  09:15 AM

Salam,

Betul-betul tidak sangka.

Pernah berjumpa dengan arwah beberapa kali, arwah seorang yang cukup ceria. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir.

Al-Fatihah.

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: