Tuesday, August 14, 2007

Al-Kisah Lagi Surat Royalti

Assalamualaikum Puan Sifu yang budiman,

Semoga Puan dirahmati Allah hendaknya.

Tentu sekali para penulis PTS sekarang amat sibuk membicarakan tentang royalti. Saya juga tidak terkecuali.

"Berapa agaknya royalti aku tahun ini?" mula mengira-ngira sebab ada rakan penulis sudah maklum beliau menerima cek royalti dari PTS.

Satu hari tanpa diduga, sampailah surat keramat itu. Sah! Cek royalti sudah berada di tangan saya. Alhamdulillah. Terasa sangat berbaloi menulis selama ini.

Cek pertama, dalam RM 2,600.

Tidak lama selepas itu, terima lagi penyata. Bila dicampur tolak, hampir RM11,000. Biar betul!

Memang benar. Saya memang tidak sangka akan memperolehi jumlah sebanyak ini. Memang tidak jadi jutawan tetapi banyak perkara dapat diselesaikan. Tabik springggg! (Ikut iklan Petronas baru..)

Tabik kepada staf bahagian Kewangan yang jujur dan tidak penat-penat mengira royalti kami. Cuma saya hendak bertanya, apakah itu polisi baru PTS membayar sebahagian sahaja royalti? Sekiranya benar, bilakah pula akan menerima bakinya? Bolehkah kami para penulis tahu apa sebabnya? (Tersenyum meleret kerana cek masih di tangan.)

Tidak lupa juga kepada warga PTS yang lain seperti para editor yang sangat mudah bekerjasama dengan saya. Hendak maklumkan, bahawa saya juga telah "diorat" oleh penerbit lain untuk menulis dengan mereka.

"Benar. Masih bersama PTS," jawab saya.

"Bagaimana jika puan menulis dengan kami? Banyak projek ni," wakil itu memberi cadangan.

Saya terdiam. Di dalam benak masih teringat pesan sifu, jangan kahwin dengan ramai penerbit.

"Biarlah dahulu. Saya senang bekerja dengan editor di PTS. Saya pun tidak sempat hendak menyediakan manuskrip kerana dengan PTS, saya sudah biasa dengan gaya penulisan yang lebih mudah," itu alasan saya.

Mujurlah dia tidak memujuk lagi. Saya yakin kerana selama bekerjasama dengan PTS, tiada masalah besar timbul. Terima kasih puan kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat.

"Bangun. Siapkan buku puan," SMS diterima daripada Puan Sifu pada jam 4 pagi. Mengantuknya... tetapi demi mandaikan bangsa, saya turuti juga. Tidak sia-sialah pengorbanan suami saya yang setia menghantar saya menuntut ilmu dengan sifu di Bukit Tinggi (ofis lama PTS).

Kepada mentee-mentee lain, belajarlah dengan Puan Sifu secara konsisten dan teruskan menulis. Bangga dan gembira apabila melihat buku kita dipamerkan di rak-rak buku.

Terima kasih lagi, puan. Wassalam.

IYT

Beginilah wajah-wajah cover buku Puan Ida Rizyani Tahir.

Beliau saat ini adalah pensyarah pengurusan perniagaan di Universiti Pahang Malaysia, Kuantan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa pada Musim Raya Baju Laku, Kasut Laku, Buku pun Sama Laku Previous entry: Memanjangkan Hayat Pasaran Buku
 on  08/14  at  02:52 PM

Assalamualaikum,

Wah, dapat SMS daripada Puan Sifu seawal jam 4 pagi! Cemburunya… Pasal duit itu tidak cemburu sangat. Penulis senior memang patut pun menerima royalti sebanyak itu. Penulis junior? Hmm sabar..

.

Sabar!…

Dr. Danial Zainal Abidin, Samsudin Wahab, Puan Ida Rizyani, Pn. Dr. Haslisa, Ahmad Zafran, Ahmad Naim Jaafar, Ashadi Zain, Ahmad Fadzli Yusof, Pn. Faridah Mohamad adalah antara SAF PERTAMA para pejuang PTS!

Mereka masuk saf sewaktu orang berkata kepada Tuan Fauzul dan Tuan Nazrul, “Kami tak minat penerbit kecil...”
-----

Fifi Noor Hafiza  on  08/14  at  03:10 PM

Assalamualaikum,

Didoakan semoga Bonda sihat dan memperoleh barakah yang ‘lebat’ hasil usaha memandaikan bangsa selama ini.Amin!

Alhamdulillah, dengan cara berkongsikan emel penulis-penulis yang memperoleh royalti begini mencerminkan betapa telus dan tertibnya pengurusan kumpulan PTS. Syabas saya ucapkan!

Api semangat juga makin memercik-mercik. (Bukan menyala-nyala lagi dah, memercik kerana boleh rasa tajam dan pedihnya terkena belalang api itu. Har har har)

Saya juga mahu senyum meleret tidak lama lagi. Soal wang masih keutamaan, tetapi bukan nombor satu lagi. Apabila baca emel penulis-penulis yang dapat royalti ini, boleh saya rasa sama kepuasan mereka. Kepuasan yang tidak semua orang boleh rasai.

Kepuasan ideal yang saya cari selama ini selain di bidang penyiaran. Insya Allah, boleh saya rasakan kelak di PTS. Mungkinkah esok hari buat saya pula?

.

Wahai Cik Fifi yang banyak peminat,

Tulislah buku KERJAYA SEBAGAI HOS TV! Banyak yang mahukan buku itu.

Amiene Rev  on  08/14  at  04:16 PM

Beberapa tahun yang lalu, saya menerima panggilan telefon daripada ______. Oleh itu saya tahu, Sifu sangat mengambil berat penulis-penulisnya. smile

Fifi Noor Hafiza  on  08/14  at  05:05 PM

Ya Bonda yang dimuliakan,
Sudah saya hantar proposal tajuk buku tersebut kepada Cik Nurul Hafizah.

“Tabik!” ...bak kata Tn. Jonos...(tagline Tn. Jonos ini pun bagus juga jika dibuat tajuk buku tentang protokol dan adab tertib dalam majlis orang Melayu dan bisnes. Catchy! (dengan izin) har har har…

.

Tulis juga buku: “Protokol dan Adab Tertib dalam Majlis Orang Melayu dan Bisnes”

Denai  on  08/14  at  07:59 PM

Tahniah buat orang-orang di hulu, mereka masuk saf sebelum khatib naik ke mimbar.

Bagi orang kemudian, ambil air sembahyang betul-betul, nanti masuklah saf, dapat ‘ekor unta’pun tidak apa, asal jangan sampai orang sudah habis sembahyang.

Puan, saya baru hendak mencari ‘buku panduan mengambil air sembahyang’ PTS (belumpun lagi ambil air sembahyang), nampaknya jauh lagilah saya ini.

.

Tidak mengapa… baru pasang niat, sudah mendapat pahala!

belumpun (SALAH) = belum pun (BETUL)

alang kelana  on  08/15  at  02:31 AM

Royalti, Mercedes dan Poligami
---------------------------------------------
Kisah cinta semalam
Rinduku jadi ungu
Aduhai mungkin aku rentung di sini
Royalti, mercedes dan poligami
Bilakah ketiga-tiganya akan sebati?

smile

zalisa  on  08/15  at  09:18 AM

Tahniah Puan Ida. Dicampur tolak keuntungan bisnes yang puan selalu iklan di sisi ID puan di YM tentu tidak lama lagi jadi jutawan smile

Mya Marja  on  08/15  at  09:26 AM

Saya pernah terdengar dan terbaca, jutawan ialah orang yang banyak hutang.

 on  08/16  at  12:56 PM

Saya juga mahu merasai duit royalti. Akan saya usahakan sehingga berjaya… InsyaAllah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: