Wednesday, July 04, 2007

Alahai DBP! Hendak Buka Kiosk Pula

Ini gosip terbaru yang bertiup dari DBP.

Menurut kata yang empunya gosip, DBP mempunyai rancangan membuka kiosk di tempat-tempat yang orang ramai kunjungi seperti di mall-mall dan supermarket yang besar-besar.

Di kiosk-kiosk itu nanti akan ada petugas yang memberi penerangan berkenaan apa tugas-tugas dan pencapaian DBP.

Kata yang empunya gosip lagi, anggaran kos membuka kiosk-kiosk itu adalah RM1 juta.

Kita menasihati DBP, gunakanlah wang RM1 juta itu bagi menerbitkan buku.

Cuba baca semula Akta DBP. Dalam klausa mana yang disebut DBP harus buka kiosk?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • DBP
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa Itu Cameo Previous entry: Cepat Hantar kepada Sifu Sinopsis Cerita Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji
Nisah Haron  on  07/05  at  09:38 AM

Salam,

Daripada buka kiosk untuk “memberi penerangan berkenaan apa tugas-tugas dan pencapaian DBP” lebih baik kiosk itu digunakan untuk jual buku-buku mereka.
——-

Saifuddin  on  07/05  at  09:51 AM

Puan Nisah,

Saya juga ingin mencadangkan demikian, ramai sangatkah orang ramai hendak tahu “tugas-tugas dan pencapaian DBP”?

Kalau saya singgah di kiosk berkenaan, soalan biasa saya akan tanya, “Apa buku baru terbit?” Bukannya, “Bagaimana pencapaian DBP sekarang?” Itu soalan dari pak-pak menteri sahaja.

Adakah saya tersalah? Minta betulkan.

Pak-pak Menteri itu bertanya, “Ada majlis apa yang saya boleh rasmikan?” sebab dia mahu wartawan dengar dia berucap dan ucapannya masuk surat khabar.

Zeti  on  07/05  at  11:01 AM

Kakitangan DBP yang menjual buku sendiri pun perlu di beri latihan bagaimana menjadi jurujual buku yang baik. Lihatlah sahaja semasa Pameran Buku baru-baru ini. Ruang gerainya besar, tetapi bila ditanya buku SN Abdullah Hussin yang terkini pun tidak tahu. Sistem mereka sendiri pun tidak boleh nak cari.

Kalau ada kiosk tapi tidak tahu menjual pun susah juga.

di beri (SALAH) = diberi (BETUL)

Kang  on  07/05  at  11:19 AM

Setuju dengan Zeti. Mereka perlu menerbitkan dan membaca buku “Bagaimana Menguruskan Kiosk.”

Berbalik kepada hukum pemasaran, “Lebih banyak yang dilihat dan didengar, lebih banyak yang akan dibeli.” Saya rasa Creative Enterprise telah memulakan sistem kiosk ini 2—3 tahun lepas di stesen LRT Masjid Jamek. Orang memang ramai, kemungkinan lebih ramai dari mall. Tetapi (ada tetapi) orang berpusu-pusu hendak mengejar keretapi, mungkin tidak sempat hendak membelek novel cinta. Lagi satu—kiosk tersebut agak tersorok ke belakang—tidak tepat depan mata.

Pada pendapat saya sekiranya PTS hendak membuka kiosk, tempat yang paling strategik kini ialah KL-Sentral bahagian ruang legar bukan bahagian belakang atau tepi.

keretapi (SALAH) = kereta api (BETUL)

Saifuddin  on  07/05  at  11:43 AM

Saya rasa mungkin Puan Ainon tidak bersetuju kerana PTS suka berkongsi untung dengan penjual-penjual buku yang lain. Kalau PTS buka kiosk, pakcik yang menjual buku berhampiran terminal Putra LRT tentu tidak boleh cari makan.

Tetapi saya cuma bersangka…

rastom  on  07/05  at  12:11 PM

Tidak salah jika DBP membuka kiosk tetapi ada beberapa prasyarat asas. Saya suka jika organisasi yang tua, lama dan berakar kembali mengkaji asas kekuatan dalaman, umpama kata “back to basics. Kaji di mana kekuatan dan kelemahan. Penekanan terlebih dahulu kepada kekuatan.

Strategi membuka kiosk biasanya dilakukan oleh bisnes yang agresif rangka strategi pemasaran mereka seperti telcos (syarikat telekomunikasi). Kiosk kiosk itu pula sekejap sekejap bukan suatu yang kekal, diadakan mengikut jadual atau pelan pemasaran.

Jika DBP ada suatu pelan promosi menggegarkan - promotional blitz - seluruh negara untuk memperkenalkan sesuatu yang baru lagi menarik, eloklah ada kiosk, jika tidak, elok dikaji semula dan gunakan duit itu untuk tujuan lain….

Sekian ulasan manis pendek lagi cantik (Siam kata MaPenCan) dari saya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  01:49 PM

DBP atau Dawama atau Koperasi DBP yang hendak membuka kiosk. Setahu saya semua buku terbitan DBP secara automatik diserahkan kepada Dawama dan kalau dilihat terjual di DBP ia adalah jualan oleh kedai koperasi kakitangan mereka di situ.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/05  at  02:38 PM

DBP mula melawak!

dingin  on  07/05  at  07:34 PM

Kiosk penerangan?

Tidak cukupkah penerangan di internet.

Tetapi,

jika perkara ini diteruskan juga oleh DBP,

hanya 1 perkara yang bisa kita buat,

berbaik sangka.

Setidak-tidaknya ia membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: