Alangkah Baiknya Kalau….
Jam 2 petang tadi Sifu menghadiri majlis "Bicara Buku" di kompleks membeli-belah Alpha Angle, sempena pesta buku MPH. Hari ini gilirin Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim bercakap tentang buku beliau "Travelog Haji".
Saya mendengar dengan penuh minat beberapa episod di luar pengalaman biasa yang beliau alami sepanjang beliau menjalani ibadah haji. Alangkah baiknya jikalau saya mendengar apa yang beliau sampaikan itu sebelum saya menunaikan haji, banyak sekali manfaatnya.
Apabila saya mendengar pengalaman-pengalaman beliau itu, saya rasa haji saya dahulu tidak cantik, macam tidak sempurna sahaja. Terasa macam hendak sahaja saya pergi haji sekali lagi, tetapi itu sudah tidak wajib, sedangkan wang itu dapat saya gunakan bagi melaksanakan tugas-tugas lain yang wajib ke atas diri saya, yakni tugas berjihad....
Naik haji kali kedua adalah sunat, manakala berjihad adalah wajib.
Alangkah baiknya kalau saya membaca buku "Travelog Haji" sebelum saya pergi haji dahulu....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.
hmmm..Jangan berkalau… Rezeki kita sudah macam itu! (menunaikan haji sebelum Prof terfikir hendak menulisnya).
Saya terlepas peluang untuk dengar celoteh Prof… ketika itu sedang bersiap-siap hendak pergi ke airport (Dubai)... tentu ada rakaman TV PTS?
Post a comment