Amanat Chairman PTS: Mengapa Tim Penulis PTS Mesti Tolong PTS ke BSKL
Salah satu risiko penulis adalah apabila penerbitnya yang besar dan gagah kemudian semakin hari semakin mengecil bisnesnya, lalu gulung tikar.
Kata pepatah Melayu, apabila ayam mati, maka kutu ayam pun ikut mati. Apabila penerbit gulung tikar, penulis pun tidak jauh lebih baik nasibnya!
Apabila orang bisnes bersikap tamak, yakni hendak terus memiliki 100% saham syarikat penerbitannya yang nampaknya berkembang dengan gagah perkasa, sikap tamaknya itu amat berbahaya, baik bagi syarikatnya, apatah lagi bagi para penulisnya.
Masih ingatkah lagi 'empayar' PUSTAKA ANTARA suatu masa dahulu? Itulah penerbit buku-buku Melayu yang berjaya memiliki bangunan 4 tingkat di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Status PA pernah lebih terkenal daripada DBP!
Banyak syarikat hanya bertahan selagi pendirinya masih gagah. Apabila usia pendirinya tua dan dia menjadi lemah-lemah, syarikat itu pun ikut sakit-sakit, dan seterusnya apabila pendirinya meninggal dunia, syarikatnya pun ikut mati.
Nasib buruk seperti itu dapat dielakkan apabila syarikat itu dapat dibawa ke bursa saham.
Jadi, saudara-saudara yang serjuangan denganku, para anggota tim penulis PTS sekalian, tulislah buku yang bagus-bagus, yang evergreen, supaya rekod kewangan bisnes PTS melayakkannya masuk BSKL.
Dengan memperpanjangkan usia PTS sebagai syarikat yang wujud di BSKL, kita semua memperpanjangkan hayat harta intelek kita yang diterbitkan oleh PTS.
Bayangkan PTS hidup beratus-ratus tahun, sebagaimana banyak penerbit buku-buku ilmu lain hidup beratus-ratus tahun, seperti Oxford, MacMillan dan lain-lain lagi.
Apakah mungkin saham PTS diperdagangkan di BSKL? Penerbit Pelangi dan Sasbadi, yang hanya menerbitkan buku-buku bersilabus pun sudah berada di BSKL.
Kita yakin, dengan izin Tuhan yang maha kaya, PTS akan menjadi penerbit buku ilmu dalam Bahasa Melayu pertama, milik individu Bumiputera 100%, masuk ke BSKL, mula-mula di papan ke-2, seterusnya ke papan pertama.
Dengan kejayaan PTS ke BSKL, maka tamatlah penguasaan anak-anak Muhammad bin Somo (Ainon, Aziz dan Arifin) dalam lembaga pengarah PTS.
PTS menjadi syarikat penerbit buku ilmu yang dimiliki oleh orang ramai yang membeli sahamnya. Dengan itu PTS membuka lembaran baru dengan pengurusan 100% berbudaya profesional-korporat.
Hidup PTS (walaupun pendirinya sudah lama tiada...)!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Puan, saya doakan semoga cita-cita PTS hendak berada di papan kedua tercapai. Saya bolehlah lagi menulis buku tanpa had bagi menyokong PTS terus berada di persada penerbitan Malaysia dan seterusunya di Asia Tenggara.
Hidup PTS - memandaikan bangsa!
——-
Puan Chairman PTS,
Saya yakin PTS akan masuk BSKL suatu hari nanti.
Pertama, PTS bekerja memperjuangkan perkara benar, dan Allah akan bantu.
Kedua, hari ini peluang terbuka seluas-luasnya.
Menurut bapa pengurusan moden Peter F. Drucker, revolusi teknologi dan komunikasi sedang berlaku.
Buat kali pertamanya dalam sejarah manusia, kita berupaya berimaginasi dan mencipta apa yang kita mahu. Perkara yang lepas tidak akan menghalang kita lagi.
Ketiga, walaupun tim penulis PTS tidak berada di depan mata Sifu setiap hari, saya percaya jiwa dan fikiran mereka sentiasa berjuang bersama PTS, kerana PTS turut memperjuangkan nasib mereka.
Berkat usahasama dan bantuan Allah, insyaAllah. Hidup PTS untuk bangsa dan agama!
Masuk BSKL (diharap Papan Utama), insyaAllah memang boleh. Papan Kedua selalunya adalah saham spekulatif, bukan saham ‘blue chip’ seperti di Papan Utama.
Saya tak tahu apa syarat kini untuk masuk BSKL. Kalau dulu, untuk masuk Papan Kedua—RM10 juta modal berbayar dan 10 tahun berniaga. Manakala Papan Utama—RM5 juta modal berbayar dan 10 tahun berniaga. Tapi kini bagaimana? Syaratnya masih sama?
Dan apa fungsi masuk BSKL itu? Biasanya adalah untuk tambahan modal, tak perlu meminjam bank yang dikenakan kadar faedah tinggi. Tapi kalau dikatakan masuk BSKL itu lambang syarikat yang kukuh, itu rasanya kurang tepat.
Tentang pegangan majoriti anak-anak Muhammad bin Somo (Ainon, Aziz dan Arifin) akan hilang itu pun kurang tepat. Mbakyu ingat tak Idris Hydraulic Berhad (perlombongan) yang terletak di Boundry (Antara Dengkil dengan Bukit Changgang)—semasa hayatnya, Menteri Besar Selangor Dato’ Harun Idris kekal pemegang saham majoriti.
Mbakyu, kalau ada ‘case study’ Pustaka Antara (Abd Aziz Antara), saya sangat perlukannya.
Doa dan kesungguhan kami kaum penulis yang bernaung di bawah PTS semoga dapat membantu PTS disenaraikan di BSKL.
Yang benar,
Tun Dr. Kang Razzi Armansur, PhD, JKR, KFC, McD, CfC, SPM, PMR, A&W.
Armansur.com Berhad (Since 1998)
Saudara-saudara penulis sekalian,
Mari kita menyahut amanat chairman PTS dengan menulis buku yang bagus-bagus dan evergreen. InsyaAllah.
Salam, Puan. Sekadar pembetulan fakta bahawa Sasbadi belum lagi tersenarai di BSKL. Pelangi, ya sudah.
Nota Sifu: Ya, saudara betul, saya silap! Sasbadi sedang merancang bergabung dengan DAWAMA supaya dapat ke papan pertama BSKL.
Saya ada berada di belakang Puan Ainon. Errr… maksud saya lain, jangan cemburu pula
(Cepat-cepat siapkan buku DBP agar boleh sambung buku PTS)
Nota Sifu: Kalaulah sdr dengar cakap Sifu, siapkan buku PTS dulu, hmm….. dah terbit dah! Buku-buku classmate sdr dalam kelas PTS sudah ada yang diulangcetak!
Menerbitkan buku dengan DBP itu ibarat nampak kelip-kelip - jangan pula disangka api!!
Saya berasa macam dalam perhimpunan agung umeno pula
Tidak mahu komen banyak-banyak, cuma saya hendak kata; di mana ada usaha, di situ ada kejayaan, insyaAllah.
Ikhlaskan hati, usaha, doa dan tawakal. Akhirnya Allah jua penentu segala.
Assalamualaikum Puan,
Murni sungguh hasrat puan. Saya doakan kejayaan untuk PTS, Insya-Allah.
Assalamualaikum warahmatullah,
Apabila kita berada di jalan yang betul dan benar nescaya Allah akan bersama.. menolong kita. Aaamiin.
Post a comment