Amaran Buat Tuan Sinaganaga
Sifu menerima mesej SMS daripada blogger berbahasa Melayu paling ngetop, siapa lagi, kalau bukan Tuan Sinaganaga.
Beliau memberitahu saat ini beliau sedang bertungkus-lumus menyiapkan bukunya buat PTS.
Ini amaran Sifu untuk Tuan Sinaganaga!
Jangan fikir beliau terkecuali daripada dipaksa menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, sistem ejaan standard yang digubal oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan sistem tanda bacaan yang betul sebagaimana yang diamalkan oleh penerbit-penerbit antarabangsa.
Meskipun beliau hensem iras-iras seniman lagenda Nordin Ahmad, wajahnya yang tampan itu tidak menyebabkan beliau diberikan sebarang layanan istimewa di PTS!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

wah..tiada layanan untuk orang hensem yer di PTS?
Salam.
Kesian Encik Naga,
rupa yang menawan lagi menusuk kalbu tidak membawa sebarang makna jika bahasanya Melayunya tidak tinggi…
Hahahahhaha
Naga menulis. Apabila ditambah SN, jadilah SN Naga. Insya-Allah.
1. Siapa kata Sinaganaga tak boleh menulis dalam bahasa Melayu tinggi? Ha ha.
2. Apa guna PTS menpunyai segerombolan editor ‘power’ (sila rujuk entri editor ‘power’ lwn editor urusetia di blog cowgumrubber saya) jika tidak boleh mengedit karangan saya (tanpa menghilangkan keasliannnya) dengan baik?
Jadi, ini satu cabaran buat sifu khasnya dan PTS amnya.
p/s: ‘sifu’ bukanlah ganti nama diri dalam bahasa Melayu tinggi! Harap dapat tukar kepada ‘cikgu’, guru’, atau ‘mahaguru’. MUARKAKAKAKAKKAAAA…
Bahasa Melayu tinggi? Hmmm….saya ada juga menelesuri buku-buku terbitan PTS. Dan saya juga tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Melayu tinggi bagi PTS apabila kesalahan tatabahasanya berulang di sana sini….
Mungkinkah editornya terdidik di Indonesia?
Perkara nombor 2., para satu, sepatutnya dieja sebagai ‘mempunyai’. Harap maklum.
Hm… apabila Sifu PTS dan Pak Sinaganaga bergurau, maksudnya cukup tinggi.
Hm… Kedua-duanya adalah tokoh! Sungguh teruja melihatnya, seolah-olah kisah thriller.
La… La… La… La… La…
Bimbang tempias perang, lalu, Amiene Rev pergi menghiburkan hati di tempat yang lain.
Amiene Rev,
Maaf, saya bukan tokoh! Saya cuma ketua turus dalam Sindiket Sol-Jah. Harap maklum.
Salam kenal puan,
Terima kasih untuk blog Sastera Islami. Tulisan puan banyak membantu saya yang baru bertatih untuk menulis. Tanpa degree dari mana-mana universiti saya menulis sesedap rasa. Tanpa sebarang teori.
Untuk makluman, tuan Sinaganaga sumber inspirasi saya :D
Post a comment