Amoi Seksi Membeli Novel Cinta Islami
Beberapa hari lalu saya sempat berbual-bual dengan Puan Nor Hazizam, Pengurus Jabatan Marketing PTS.
Beliau bercerita, semasa Pesta Buku ReadMalaysia yang baru lalu, seorang gadis Cina yang datang dengan memakai seluar pendek dan sungguh seksi datang ke gerai PTS.
Gadis Cina itu seorang peminat novel-novel cinta Islami terbitan PTS. Pada hari itu beliau memilih novel Munajat Cinta.
Tuan Izwan, eksekutif marketing yang bertugas di booth PTS telah bertanya kepada gadis itu, "Beli untuk siapa?"
"Saya sendiri baca," jawab amoi seksi itu.
Apa yang berlaku itu membuktikan beberapa perkara:
(i) Novel Melayu dapat digemari oleh remaja Cina.
(ii) Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dalam novel-novel terbitan PTS membolehkan pembaca Cina memahami dengan mudah setiap ayat yang dibaca.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

sekadar bertanya dan beri pendapat tentang penggunaan bahasa melayu tinggi, adakah ia tidak mengongkong kreativiti penulis? bagaimana hendak menggambarkan suatu watak yang ‘celaru’ berbahasa? contohnya seorang penagih dadah bercakap.
adakah penggunaan bahasa melayu tinggi membenarkan penulis mencipta perkataan sendiri? contoh perkataan ciluk. mungkin tidak diiktiraf sebgai bmt, tapi ia mempunyai makna tersendiri. pada saya sesetengah perkataan baru yg menjadi trend org muda sekarang boleh diiktiraf. ia turut mengkayakan perbendaharaan kata dalam bm.
Sekadar pendapat.
Bahasa celaru hanya difahami oleh generasi yang bercelaru saja. Generasi ini akan pupus ditelan zaman apabila diganti dengan generasi lebih muda.
BMT, bukunya akan menjadi evergreen, sepertilah lagu Melayu Asli, filem hitam-putih lakonan P. Ramlee, Nordin Ahmad dikenang sehingga sekarang oleh generasi lama dan dikagumi dan difahami oleh generasi baru.
Bandingkan cerita Prof. Razak Abdul Razak Mohaideen, Dato’ Yusuf Haslam yang ‘celaru’ bahasanya. Adakah lebih KREATIF dari cerita filem hitam-putih?
Malangnya generasi kita akan mewariskan cerita “hampas” yang cacamerba bahasanya atas nama kreativiti.
Perkayaan istillah BM bukannya dibuat oleh sesiapa saja ikut suka hati.
sekarang kita asyik meminjam bahasa saja terutamanya bahasa inggeris. kita pun tidak tahu siapa yang mencipta istilah inggeris tersebut. mungkin orang biasa-biasa saja seperti golongan kulit hitam yang tertindas. jadi, pendapat saya, golongan pejuang BMT di sini perlu mengurangkan sedikit ‘sekatan’ terhadap apa yang didakwa sebagai BMR. bahasa melayu seolah-olah statik perkembangannya. pejuang bahasa sepatutnya bukan setakat memperjuangkan BMT, bahasa dialek pun boleh dipopularkan dan diserap ke dalam BMT. banyak kata ganti diri dalam dialek bm yang tidak dipopularkan. nak harapkan BMT terlalu terhad. hendak tak hendak, kita kena ikut perkembangan zaman. jika orang bahasa tak mampu cipta istilah, tak salah mengiktiraf bahasa yang dicipta golongan tertentu. mungkin bukan semuanya sesuai, tapi takkan satu pun tak boleh dipertimbangkan. ia lebih baik daripada asyik pinjam istilah inggeris sahaja. sekadar pendapat.
Tuan Nino,
Sekali lagi ini pandangan peribadi saya.
Ciri bahasa maju dan dinamik akan sentiasa mencipta dan meminjam istillah untuk menambahkan perbendaharaan kata bahasa tersebut.
Cumanya saya “rimas” apabila terlalu banyak istilah pinjaman terutama BI digunakan untuk menggantikan istillah yang telah ada pun dalam BM. Contohnya bajet, fi, vesel, inses, masturb*** dan macam-macam lagi.
Tiada masalah sekiranya tidak ada istillah tersebut dalam BM tetapi jika menggantikan istillah yang sedia ada dalam BM bagi saya seoalah-olah istillah tersebut lekeh dan rendah mertabatnya.
Tentang bahasa dialek, saya setuju ada banyak perkataan boleh diserap dalam BMT. DBP memainkan peranan yang baik dalam hal ini cumanya, tidak ramai yang tahu. Tidak tahu bukan bermaksudnya tidak ada.
Saya nak tanya pada Puan Ainon, apa pandangan puan mengenai istillah BI diserap bagi mempopularkan (menggantikan?) istillah BM yang telah pun ujud untuk sekian lama?
Sebagai contoh menulis karya menggunakan Bahasa Tinggi tanpa mengorbankan unsur unsur realiti bahasa rendah yang celaru terkandng di dalam karya Umberto Eco Il nome della rosa. Beliau menulis menggunakan bahasa Itali Tinggi tetapi memaparkan seorang watak gila bahasa, Salvatore yang bercakap bahasa rojak, Itali bercampur baur dengan bahasa Latin. Unsur itu hanyalah sisipan yang kecil peratusnya berbanding bahasa standard Itali.Karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa termasuk Inggeris berjudul The Name of the Rose.
Post a comment