Friday, August 31, 2007

Ancaman POPULAR kepada Pengimpot Buku dari Indonesia

Sesudah POPULAR membuka pejabat di London bagi memilih dan mengimpot sendiri judul terbitan Britain untuk rangkaian kedai-kedainya, tidakkah mungkin POPULAR mengambil langkah mengimpot sendiri judul-judul Indonesia?

Barangkali, saiz dan nilai jualan buku-buku Indonesia di negara ini 30 kali besar daripada buku terbitan Malaysia. Ertinya, bagi setiap 1 judul buku terbitan Malaysia yang dibeli oleh rakyat Malaysia, mereka membeli 30 judul terbitan Indonesia.

99% buku Indonesia yang diimpot ke negara ini adalah buku-buku agama.

Di kawasan di mana lokasinya banyak penduduk Melayu, rangkaian POPULAR sudah membuka rak buku-buku agama Islam dan jualannya terus meningkat.

Pada masa ini buku-buku itu dibekalkan oleh pengimpot-pengedar Mamak. Mamak yang serupa juga membekalkan buku-buku agama yang sama ke rangkaian lain, seperti MPH.

Kalau POPULAR, yang terkenal suka bermain 'perang harga' bagi mencuri pelanggan MPH, mahu menurunkan harga buku-buku agama dalam kedai-kedainya, suatu strategi yang pasti akan diambil oleh POPULAR adalah mengimpot sendiri buku-buku itu dari Jakarta.

Peminat buku Indonesia sudah lama ditekan oleh pengimpot buku Mamak, yang menjual buku-buku Indonsia sekali ganda harganya.

Jika POPULAR semakin agresif bermain perang harga, bukan hanya dengan buku Inggeris, tetapi juga buku-buku Indonesia, keadaan ini menguntungkan pembeli.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • POPULAR
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gosip Industri: "Melayu Baru" dan Buku Melayu Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Amanah dalam Perlembagaan Malaysia
Denai  on  09/01  at  11:54 AM

Puan, memang menguntungkan pembeli dan pengguna apabila dalam pasaran terbuka adanya persaingan harga. Ini kerana masing-masing cuba untuk turunkan harga bagi memenangi hati pembeli.

Tetapi apabila ‘pemain-pemain besar ini’ sudah terlalu besar dan monopoli, yang sakit ialah ‘peserta-peserta kecil’ yang tidak dapat bersaing.

Contohnya, susah peniaga kecil untuk hidup bila pasaraya-pasaraya besar dibenarkan disemua bandar-bandar kecil. Jika Giant, Tesco dan lain-lain dibenarkan beroperasi dibandar-bandar kecil, bagaimana kedai runcit Ahmad, Ali dan Abu boleh hidup.

Mungkin pengguna dapat banyak barang harga rendah, tetapi mungkin juga Ahmad, Ali dan Abu bungkus.
——-

Web Sutera  on  02/19  at  11:03 AM

Jika benar, saya sebagai antara pembeli tegar buku amat gembira. Saya mengalukan berita ini.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.