Monday, June 25, 2007

Ancaman Serius Mentaliti “Business-as-Usual”

Bisnes boleh bungkus disebabkan ancaman dari luar dan dari dalam.

Contoh ancaman dari luar adalah perkembangan ekonomi internet. Di negara-negara maju, kedai buku on-line sudah menyebabkan 60% kedai-kedai buku indie bungkus.

Di negara ini, kita meramalkan merebaknya POPULAR ke kota-kota madya diramalkan dapat menyebabkan kedai-kedai buku indie di kota-kota itu bungkus. Fenomena begini sudah berlaku apabila supermarket masuk kota-kota madya, lalu menyebabkan kedai-kedai runcit bungkus.

Salah satu ancaman survival dalam dunia bisnes adalah ancaman-ancaman dari dalam yang disebut 'business-as-usual'.

Dalam fenomena ini, dunia di luar sudah menampakkan tanda-tanda perubahan besar akan melanda, tetapi pegawai-pegawai dalam syarikat tidak perasan akan hal itu, lalu mereka terus menjalankan kerja-kerja hariannya dengan rasa selesa macam biasa....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mencari Idea bagi Fiksyen Sains Previous entry: Undang-undang Hudud dan Perlindungan Hakcipta Karya Terjemahan Teks Quran dan Hadith
sab2  on  06/25  at  01:08 PM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

Memang benar mentaliti ‘business-as-usual’ (BAU) merupakan acaman serius kepada bisnes, tidak kira apa jua saiz dan jenisnya. BAU boleh diandaikan menanti ‘yang datang bergolek’ di dalam persekitaran bisnes yang telah matang atau dalam proses kearah itu. Namun persekitaran serupa itu amat rapuh, yang sememangnya tidak pernah bertahan lama.

Daya tahan berterusan di dalam persekitaran kompetitif dibina berpasakkan halatuju strategik. Halatuju strategik pula dipagari ‘strategic initiatives’, musuh BAU. Disinilah lahirnya inovasi bisnes, atau lebih tepat lagi budaya pemikiran strategik - mentaliti survival yang perlu wujud dan diamalkan.

kearah (SALAH) = ke arah (BETUL)
disinilah (SALAH) = di sinilah (BETUL)

Tuan Sab2,

Bolehkah Tuan terangkan konsep ‘pemikiran strategik’ dalam sebuah buku yang nanti PTS terbitkan. PS ini sungguh penting tetapi kemahiran berfikir secara PS inilah yang kita belum pandai. Judul buku itu “Berfikir Secara Strategik”. Insya Allah meletup. Saya sudah lama mahu menulis buku seperti ini, tetapi saat ini pun sedang menulis 6 buku serentak, jadi belum sempat juga.
——-

sab2  on  06/26  at  12:35 AM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

Terima kasih di atas saranan dan dorongan Puan Sifu berkaitan “pemikiran strategik”.

InsyaAllah, sedang menyediakan kerangka awalannya - mempraktikkan ilmu yang didapati dari kuliah Ahad lalu. Apa yang pasti buku-buku “Kursus Berfikir Tinggi” (1995) dan “Anda Berfikir? Bagaimana?” (2005) serta yang lain-lainnya dalam siri minda kreatif Puan Sifu akan dibuka semula…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.