Anggota Jabatan Editorial Era IT
Apabila saudara pergi ke pejabat syarikat penerbit yang mesra IT, saudara dapati di jabatan editorialnya, tidak ada lagi staf yang dipanggil:
(a) setiausaha (jawatan ini dihapuskan dengan adanya internet dan telefon tangan)
(b) kerani (fail-fail rekod buku disimpan oleh pengurus dan editor)
(c) jurutaip (manuskrip diterima dalam bentuk digital daripada penulis)
(d) budak pejabat (jawatan ini dihapuskan)
(e) pembaca pruf (kerja membaca pruf dilakukan oleh penulis buku)
(f) type-setter (tidak ada lagi kerja type-setting dilakukan)
(g) layout artis (layout dilakukan oleh editor)
(h) pembantu editor (jawatan ini tidak diperlukan lagi)
(i) operator mesin filem (tugas mencetak dan menyemak kualiti filem dilakukan oleh editor)
Teknologi IT menyebabkan 9 pekerjaan itu dapat dihapuskan. Yang ada dalam jabatan editorial sekarang hanya 4 jawatan sahaja:
(a) pengurus
(b) editor teks
(c) editor perolehan
(c) artis grafik yang bertugas sebagai designer buku
Penghapusan 9 jawatan itu menyebabkan kerenah birokrasi dapat dikurangkan dengan efektif bagi mempercepatkan proses penerbitan.
.
.
(a) setiausaha (jawatan ini dihapuskan dengan adanya internet dan telefon tangan)
(b) kerani (fail-fail rekod buku disimpan oleh pengurus dan editor)
(c) jurutaip (manuskrip diterima dalam bentuk digital daripada penulis)
(d) budak pejabat (jawatan ini dihapuskan)
(e) pembaca pruf (kerja membaca pruf dilakukan oleh penulis buku)
(f) type-setter (tidak ada lagi kerja type-setting dilakukan)
(g) layout artis (layout dilakukan oleh editor)
(h) pembantu editor (jawatan ini tidak diperlukan lagi)
(i) operator mesin filem (tugas mencetak dan menyemak kualiti filem dilakukan oleh editor)
Teknologi IT menyebabkan 9 pekerjaan itu dapat dihapuskan. Yang ada dalam jabatan editorial sekarang hanya 4 jawatan sahaja:
(a) pengurus
(b) editor teks
(c) editor perolehan
(c) artis grafik yang bertugas sebagai designer buku
Penghapusan 9 jawatan itu menyebabkan kerenah birokrasi dapat dikurangkan dengan efektif bagi mempercepatkan proses penerbitan.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

The magic of networking
Tapi sampai sekarang masih ramai lagi yang mengatakan (tanpa asas), “Internet tak boleh percaya…” Bila tanya kembali apa yang tak boleh dipercayai? Tak ada jawapan—hanya melongo (bahasa Jawa = melopong).
Bagaimanapun, pendapat hamba yang daif ini, jawatan (e) iaitu pembaca pruf tidak dapat dihapuskan, maklumlah manusia tidak akan dapat melihat kesalahan sendiri. Sentiasa terlepas pandang.
——-
Tun Dr Kang,
Pada pendapat saya sebagai penerbit yang kayaraya ini, jawatan pembaca pruf wajib dihapuskan, sebabnya, kelulusan pembaca pruf adalah SPM, sedangkan kandungan buku ditulis oleh orang-orang yang terpelajar, maka banyaklah ejaan teks BM tinggi tidak diketahui oleh lulusan SPM, akibatnya berlaku yang betul di-‘betul’-kan, sampai salah. (‘massa’ - dibetulkan menjadi ‘masa’, ‘notion’ jadi ‘nation’, ‘uniti’ jadi ‘unit’ dan banyak lagi.)
Apabila pengarang sendiri bertugas membaca pruf bukunya, kalau pengarang khuatir tak nampak salah sendiri, no problem… bisa saja diminta si buah hatinya tolong membaca. Pengarang-pengarang yang berpelajaran tinggi, buah hatinya pun tidak kurang taraf pendidikannya. Kalau takut hendak cari buah hati, suruh sahajalah anak sendiri…
Hehehe… minta tolong buah hati ye…. Satu idea yang sangat bagus. Lagipun, buah hati mestilah hendakkan yang terbaik untuk si pengarang. Akan dilaksanakan cadangan itu.
Tapi, bagaimana kalau bukunya banyak? Perlukan buah hati yang ramai?
(Meninjau-ninjau siswi Universiti PTS…)
Salam Ibu Ainon,
Apabila pengarang sendiri bertugas membaca pruf bukunya, kalau pengarang khuatir tak nampak salah sendiri, no problem⦠bisa saja diminta si buah hatinya tolong membaca. Pengarang-pengarang yang berpelajaran tinggi, buah hatinya pun tidak kurang taraf pendidikannya. Kalau takut hendak cari buah hati, suruh sahajalah anak sendiriā¦
Macam biasa saya lalui saja…
Teringat cerita Andre La Mothe. Kebanyakan kesilapan formula matematik disebabkan oleh pembaca pruf / editor / layout artist /. Tak pasal-pasal dia kena sediakan fail pdf download untuk ralat.
Sdr FOX,
Pembaca pruf, editor dan layout artist mempunyai kepakaran yang berbeza dengan kepakaran pengarang. Itulah sebabnya, sebaik-baiknya pengarang membaca sendiri pruf buku mereka. Pengarang jangan malas baca pruf. (Jangan ikut ditiru Tun Dr. Kang, dia malas baca pruf, main percaya sahaja kepada editornya!).
Saya mohon sedikit penjelasan dari Puan Sifu, apakah betul kefahaman saya ini:
1. Editor Perolehan = Commissioning Editor?
2. Editor Teks = Desk Editor/Copy-Editor/Assistant Editor/Sub-Editor?
2.1 Pelbagai nama jawatan yang hampir serupa ini digunakan oleh berbagai syarikat penerbitan, tetapi adakah fungsi mereka berlainan?
3. Siapakah yang membuat kerja type-setting?
Terima kasih.
Sdr Hada,
Masing-masing rumah penerbitan menggunakan istilah masing-masing dengan tugas dan fungsi kerja masing-masing.
Di PTS, Editor Perolehan juga disebut Acquisition Editor. Editor Teks adalah editor yang menguruskan proses penerbitan buku.
Kerja ‘typesetting’ itu sudah tidak dilakukan lagi di PTS.
Puan,
Bagaimana mereka yang berempat ini membahagikan masa untuk menguruskan karya-karya yang sentiasa bertimbun-tambah setiap bulan atau tahun? Ataupun mungkin saya silap faham, yang setiap jawatan tersebut disandang oleh lebih daripada seorang.
Sdr Idrus,
Ya setiap jawatan itu ada beberapa orang yang menjalankan tugas-tugas itu. Mereka berbahagi tugas, macam pasukan bola jugalah!
Saya berminat untuk menjadi editor jarak jauh memandangkan zaman sekarang sudah canggih. Sudah ada internet, e-mel dan open source.
Baru bercadang nak jadi pembaca pruf secara sambilan. hehe.
Sdr Azree,
Saya melatih saudara menjadi pengarang besar! Bukan menjadi pembaca pruf karya orang lain.
Tapi kalau jadi pembaca pruf, boleh baca buku paling awal dan secara percuma. Gurau sahaja. Tapi saya terpaksa pergi berulang-alik ke MPH di mid valley untuk membaca buku-buku bermutu.
Sdr Azree,
Pergi ke MPH untuk membaca buku bermutu! Subhanallah… Itulah tanda-tanda awal bahawa saudara akan menjadi pengarang besar!!
Saudara Kang,
Hendak ramai buah hati?... nanti dulu. Tunggu buku Tip-tip Berpoligami Sheikh Alang terbit. Supaya nanti para buah hati yang hendak membaca pruf itu sehati sejiwa… he..he..
Assalamualaikum
Dalam operasi desktop publishing (cetak ikut pesanan) atau e-dook publishing (kaedah muat turun) apakah tidak mungkin kesemua kerja penerbitannya dilakukan oleh seorang, dan pemasaran dipajak kepada kedai maya?
MPH adalah rumah keempat saya. Hari ini saya terbeli akhbar khusus untuk mahasiswa. Ini kali pertama saya melihat akhbar ini dijual di sini (tempatnya rahsia).
Pergi BORDERS boleh baca buku free. Nak buat macam mana, nasib badan….
Post a comment