Anggota Terbaru Tim Grafik PTS
Inilah wajah-wajah seniman ganteng yang terbaru masuk menjadi anggota Tim Jabatan Grafik PTS.
Mereka adalah dari kiri: Tn. Mohd. Fauzi bin Burhanuddin, Tn. Shahrol Izra bin Ishak (sudah berumahtangga), dan Tn. Norazri bin Norazmi.
PTS terkenal sebagai penerbit buku ilmu dalam Bahasa Melayu yang menghasilkan kaver-kaver buku paling cantik dan menarik dalam pasaran.
Kehadiran 3 orang seniman ini akan memperkukuhkan lagi brand PTS.
NOTA: Jangan tengok lama-lama kaver buku PTS, nanti terbeli!....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon ,
Apakah perkataan kaver telah diserap di dalam BMT? Saya agak keliru kerana puan menggunakan istillah saduran BI sedangkan istillah dalam BM telah pun ujud. Contohnya baru-baru ini puan menggunakan istillah di luar skedul.
Maaflah saya tidak terdidik di dalam bidang bahasa. Setahu saya ciri bahasa moden dan dinamik sentiasa menyerap istillah baru untuk menambah perbendaharaan kata. Agak keterlaluan bagi saya sekiranya istillah dibuat sesuka hati bagi menggantikan istillah yang sedia ada.
Cukuplah dengan pencemaran yang dilakukan dengan istillah bajet, cif, cop, vesel, fi seolah-olah miskin benar BM sehingga terpaksa meminjam BI.
Jangan nanti katak pula akan dieja sebagai “frok”. Tiada bezanya BM dengan bahasa Tok Pisin di Papua New Guinea yang tercemar dengan istillah BI.
Post a comment